CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1442|Reply: 0

Dollah harap tempoh latihan lebih panjang

[Copy link]
Post time 15-4-2015 08:24 AM | Show all posts |Read mode


Pengendali skuad kebangsaan, Dollah Salleh berharap beliau akan diberikan tempoh secukupnya menyediakan pasukan mantap bagi menghadapi pusingan kelayakan kedua Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.
Dollah berkata tempoh itu sangat penting agar pemain skuad Harimau Malaya dapat mempamerkan aksi yang terbaik pada saingan tersebut, kelak.

"Apa yang penting bagi saya ialah kita panggil pemain awal, kalau tengok orang lain punya persediaan bertahun-tahun, saya ini seminggu...jadi agak sukar. Esok, kita akan buat mesyuarat untuk panggil pemain lebih awal.

"Ini bermain di peringkat tertinggi, takkan saya dapat seminggu dua minggu, lepas itu nak suruh saya buat magis lagi," katanya dalam nada berseloroh, selepas majlis undian pusingan kelayakan kedua Piala Dunia FIFA 2018, yang juga merupakan kelayakan ke Piala Asia UAE 2019.

Dalam saingan pusingan kelayakan kedua itu, sebanyak 40 pasukan diundi dalam lapan kumpulan untuk merebut slot ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2018 dan pusingan akhir Piala Asia 2019, dengan setiap pasukan akan bermain sebanyak lapan kali iaitu empat di halaman sendiri dan empat di tempat lawan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Palestin dan Timor Leste.

Skuad negara akan memulakan cabaran menentang Timor Leste pada 11 Jun dan Palestin pada 16 Jun, sebelum menghadapi saingan getir berdepan UAE pada 3 Sept dan Arab Saudi (8 Sept).

Pengendali berusia 51 tahun itu optimis skuad Harimau Malaya mampu mempamerkan aksi yang cemerlang sepanjang kempen kelayakan itu, terutama apabila beraksi di laman sendiri.

"Undian memang sukar, tapi yang penting bagi saya kita dapat elak bertemu Jepun, Korea Selatan, Australia dan Iran. Harapan untuk menang ke atas UAE dan Arab Saudi di tempat sendiri memang ada.

"Palestin dan Timor Leste tahapnya lebih kurang sama dengan kita. Jadi, bagi saya, tak risaukan sangat...saya risau (bertemu) Arab Saudi dan UAE," katanya.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.054590 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list