CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1521|Reply: 0

Selangor dibelenggu kecederaan

[Copy link]
Post time 15-4-2015 08:45 AM | Show all posts |Read mode


Jurulatih Selangor Mehmet Durakovic akui berdepan saat sukar apabila dilanda krisis kecederaan pemain ketika The Red Giants berada di kemuncak prestasi selaku pendahulu Liga Super, kini.
Hasrat Durakovic untuk rai kejayaan Selangor rampas takhta Liga Super lebih lama terbantut apabila empat tonggak utamanya dibelenggu kecederaan.

Mereka ialah Andik Vermansyah, Robert Cornthwaite, Mohd Raimi Mohd Nor, dan Rizal Fahmi Rosid masing-masing cedera selepas aksi dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sabtu lalu.

Situasi terbaru itu jelas mengudang resah Durakovic ketika pasukannya ditagih meneruskan momentum kemenangan berdepan Lions XII di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Selain empat pemain itu, latihan Selangor pada Selasa turut tidak disertai dua pemain muda Nazmi Faiz Mansor dan Saiful Ridzuwan Selamat.

Kedua-dua pemain itu kini dalam kem skuad bawah 23 tahun negara untuk persiapan Sukan Sea di Singapura, namun Durakovic tiada rungutan tanpa kelibat mereka.

Selangor dijangka tidak mengambil pemain baru pada jendela perpindahan pemain Liga M bulan ini walaupun ura-ura khidmat penyerang import Guilherme de Paula akan digantikan.

Lima perlawanan yang dijadual pada Sabtu, Kelantan bakal ke selatan tanahair bertemu Johor DT, Terengganu lawan Felda United, dan Sime Darby menentang PDRM.

ATM dalam pada itu akan beraksi buat kali pertama di bawah kendalian Shahrin Majid selaku pemangku jurulatih pasukan apabila ke Sarawak.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.427198 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list