CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3552|Reply: 23

[Tempatan] Mesjid di bomb selepas beberapa jama pelajar Malaysia diselamatkan.

[Copy link]
Post time 18-4-2015 01:10 AM | Show all posts |Read mode



TIMBALAN Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri beramah mesra dengan para pelajar Malaysia yang menuntut di Aden, Yemen sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari negara bergolak itu, semalam. BERNAMA

SEPANG 16 April – Tindakan pantas kerajaan membawa keluar pelajar Malaysia dari Aden, Yemen berjaya menyelamatkan 67 nyawa apabila masjid yang menjadi kawasan perlindungan mereka itu dibom selang beberapa jam proses pemindahan dilaksanakan.

Pelajar tahun pertama Madrasah Ribat Al-Idrus Mohd. Luqmanulhakim Zulkifli, 16, berkata, keadaan tegang di Aden amat luar biasa, kesemua pelajar berada dalam keadaan bersedia untuk sebarang kemungkinan termasuk mencari kawasan perlindungan lain.

Dia berkata, ketibaan pasukan penyelamat Malaysia ke kawasan perlindungan di salah sebuah masjid di Aden amat menggembirakan kesemua pelajar, selepas itu kesemua pelajar dibawa menaiki bot ke Djibouti, Afrika sebelum diterbangkan ke Jeddah, Arab Saudi.

"Kami berlindung di dalam salah sebuah masjid di Aden selama tiga minggu, sepanjang berada di situ kami terpaksa mengikat perut dan bekerjasama untuk memasak apa sahaja yang ada, selepas bekalan terputus kami hanya memakan nasi berlaukkan bawang.

"Kalau kerajaan lambat hantar pasukan penyelamat mungkin kami semua sudah tiada, bayangkan selepas kami dibawa keluar masjid yang menjadi kawasan perlindungan dibom, pergolakan kali ini amat dahsyat berbanding tahun lalu," kata pelajar jurusan Syariah Islamiah itu kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Kumpulan pertama 42 pelajar Malaysia dari Aden itu tiba di KLIA dengan menaiki pesawat Emirates EK804 dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada pukul 3.18 petang ini, manakala kumpulan kedua seramai 25 pelajar pula tiba kira-kira pukul 6 petang.

Semalam, kesemua pelajar berkenaan dibawa menaiki bot selama 22 jam dari Aden ke Djibouti sebelum diterbangkan ke Jeddah menaiki pesawat Hercules C130 milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut Mohd. Luqmanulhakim, sepanjang berada di Aden semasa waktu bergolak bunyi bom dan juga tembakan menjadi perkara biasa dan kesemua pelajar terpaksa berkurung bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu seorang lagi pelajar tahun pertama Madrasah Ribat Al-Idrus, Syed Hafiz Syed Mohd. Alwi berkata, pengalaman menaiki bot selama 22 jam dari Aden ke Djibouti tidak akan dilupakannya kerana perjalanan tersebut begitu memeritkan.

"Bot tersebut besar, namun tidak ubah seperti bot nelayan, di atas bot itu kami semua hanya memakan kentang rebus sahaja. Alhamdulillah kami selamat dan situasi tegang yang dialami akan menjadi kenangan yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup," katanya.

Menceritakan detik cemas di Aden, Syed Hafiz berkata, menyaksikan bangunan dibom dan pertempuran di kawasan tersebut adalah perkara biasa lebih-lebih lagi pada waktu malam, semua pelajar juga tidak dibenarkan keluar daripada kawasan perlindungan kerana bimbang terkena peluru sesat.

Selain itu, seorang lagi pelajar tahun pertama Madrasah Ribat Al-Idrus, Ahmad Zaidi Abdullah, 16, berkata, ketika pergolakan berlaku di negara itu, dia dapat melihat sendiri jet pejuang melalui ruang udara selain kedengaran bunyi bom dilepaskan sehingga terasa gegaran di tempat perlindungan.

"Malah, bom yang dilepaskan itu sangat hampir dengan masjid iaitu bersebelahan madrasah tempat belajar namun kami bersyukur kepada Allah kerana tiada sebarang kejadian buruk berlaku walaupun sering kedengaran letupan di sana," katanya.

Dalam pada itu seorang lagi pelajar tahun pertama Madrasah Ribat Al-Idrus,Muhammad Danish Iman Mohamad Azizi, 13, berkata, sepanjang tiga minggu berlindung di dalam masjid, dia sering terdengar bunyi bom dilepaskan tidak mengira waktu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2015 01:23 AM | Show all posts
Bombing campaign by Saudi-led coalition.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mak ai mudanya 13 thun..
awat tgk xde rupa org msia pn
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 02:27 AM | Show all posts
sapa bomb? Sunni ka Syiah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Hishamudin pula pergi ke arab saudi sambil puji tindakan ketenteraan dibuat oleh arab saudi. Rakyat sendiri pula nyaris dibom dalam pertempuran

Priceless sangat

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 07:37 AM | Show all posts

itupun masih ada yang ketegar tidak mahu balik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2015 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Priceless sungguh experience deranf ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa le guna pegi belajar sana tu. Abih duit govt jer nak selamatkan derang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2015 10:05 AM | Show all posts

Masjid Dibom?

Edited by tumpanglalu74 at 18-4-2015 10:11 AM
dani-rox replied at 18-4-2015 01:23 AM
Bombing campaign by Saudi-led coalition.

Lahanat!

Yahudi menari bertepok melehat umat Islam mengebom masjid.  Takbiirrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 10:08 AM | Show all posts
kimsa-ra replied at 18-4-2015 02:00 AM
mak ai mudanya 13 thun..
awat tgk xde rupa org msia pn

aku terpikir exactly bende yg sama...mudanya untuk merantau dan belajar
dah laa kat negara bergolak
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Eleh
Pdhal minta tolong org lain carikan student tu
Coz xde contact di Yaman sana

Dh selamat sumer mengaku keje sendrik
Xpela janji sumer selamat
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 10:37 AM | Show all posts
so baru la deme tau menghargai keamanan. baik tok anak2 muda yg selalu tak sedar diri di bumi sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 10:42 AM | Show all posts
muda muda dah study oberc ....

bakal bakal ulamak Malaysia pada masa akan datang ....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
chaintea replied at 18-4-2015 10:31 AM
Eleh
Pdhal minta tolong org lain carikan student tu
Coz xde contact di Yaman sana

So??
Ada masalahkah? Negara orang..dh tentu2 kena mintak bantuan pd pihak yg tahu. Lagi2 antara student tu belajar di sana tanpa pengetahuan pihak kerajaan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 18-4-2015 10:42 AM
muda muda dah study oberc ....

bakal bakal ulamak Malaysia pada masa akan datang ....

Ada parents yg mmg sengaja hantar anak2 belajar kat negara2 seumpamanya sejak dari usia kanak2 lagi. Atas pembiayaan sendiri. Antara parents ni juga adalah dlm kalangan profesional
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 11:10 AM | Show all posts
MissNigga replied at 18-4-2015 10:42 AM
muda muda dah study oberc ....

bakal bakal ulamak Malaysia pada masa akan datang ....

bg aku takyah bljr agama kat negara arab... bkn amalkan islam sbnr pun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2015 11:15 AM | Show all posts
jari10 replied at 18-4-2015 11:08 AM
Ada parents yg mmg sengaja hantar anak2 belajar kat negara2 seumpamanya sejak dari usia kanak2 lag ...

haah .. cam anak aruah kak pah ... si alif tu .. belajar kat Saudi Arabia tu khenzz....

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 11:15 AM | Show all posts
knp nk hantar gi negara2 arab?
mesia sendiri x kompeten ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 11:16 AM | Show all posts
dino replied at 18-4-2015 11:10 AM
bg aku takyah bljr agama kat negara arab... bkn amalkan islam sbnr pun....

teringat citer ostad iols tyme kat UiTM Sabah dulu ...
kawan heols yang belajar kat UK 4 thn .. lik malaysia ... berubah jadi baik dan alim sesangat
kawan sorg lagi yang belajar kat egypt.... lik malaysia .. teruih berubah menjadi kokesen sesangat
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 11:20 AM | Show all posts
MissNigga replied at 18-4-2015 11:16 AM
teringat citer ostad iols tyme kat UiTM Sabah dulu ...
kawan heols yang belajar kat UK 4 thn .. l ...

sepupu aku dulu bljr kat pakistan nun.... tp org kat sana lg memuja msia tawww... lg2 zaman che det
aku ingat sepupu aku ni anti gomen la kan... rupany2 tak... psl kata die kat msia seme gomen bg kemudahan....  yg kite2 kena gerakan.... maksudnya takde halangan....
takde la skit2 kena bom..... org PAS pun takde nak bom bijan ke apa.... sbb tu secara peribadi aku taknak pengaruh penganas ni masuk msia.... tak kira nk kata agenda yahudi la apa la.... klau sesama sendiri berpuak nak slhkan org lain ape kes
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.179836 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list