CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8394|Reply: 88

[Tempatan] Surirumah didenda RM5000 akibat simbah air TAHI di kaunter khidmat pelanggan

[Copy link]
Post time 20-4-2015 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ib-instaforex at 20-4-2015 06:11 PM

Gara-gara menyimbah air najis di kaunter perkhidmatan pelanggan sebuah kondominium, seorang surirumah didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhadiela Mustafa, 32, setelah dia mengaku bersalah melakukan khianat dengan menyiram air kotoran sehingga menyebabkan kerosakan tiga buah komputer dan pelbagai dokumen penting bernilai RM10,500.

Mahkamah juga memerintahkan wanita itu dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Muhadiela didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan Blok D, Perdana Exclusive Condo, Damansara Perdana pada pukul10.20  pagi, 7 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh telah menghubungi pejabat berkenaan supaya menghantar kakitangan untuk menyelenggara masalah kebocoran air kumbahan yang kerap kali berlaku di rumahnya.

Bagaimanapun sebelum kakitangan pengurusan tiba di rumahnya, tertuduh telah turun ke pejabat perkhidmatan pelanggan lalu menyimbah air najis itu sebanyak dua kali iaitu di hadapan kaunter dan kepada kakitangan kondominium itu sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia melakukan perbuatan itu dalam keadaan marah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal atas alasan tertuduh sepatutnya berbincang dengan pihak pengurusan sebelum mengambil tindakan sendiri.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2015 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena masuk anger management program ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari dia buat pengaduan sampai pihak pengurusan nk amik tindakan amik masa berapa lama... Ahkak pun naik hangin lambat sangat dtg..nahh amik ko aku mandikan air najis...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:37 PM | Show all posts
ummah bimbo sememangnya perangai hauk pprt sebegini...

dah la pprt tapi gigeh nk duduk kondo..bangsat
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:38 PM | Show all posts

aku ingat dekat china
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by munchkin at 20-4-2015 05:39 PM

Kerugian rm10500. denda rm5000.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2015 05:41 PM | Show all posts
takkanla baru sekali report psl tangki bocor dah nak marah camtu skali?? takde 'cooling period' ke before decide nak siram ofis?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:41 PM | Show all posts
memalukn persatuan penduduk kondo aja..
pnduduk pprt pn tkde perangai cmni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2015 05:42 PM | Show all posts
munchkin replied at 20-4-2015 05:38 PM
Kerugian rm10500. denda rm5000.

hahaha..kan ?

sesuai sgt ur avatar dgn ayat u ni! kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
cikrosienona replied at 20-4-2015 05:42 PM
hahaha..kan ?

sesuai sgt ur avatar dgn ayat u ni! kihkih

Pusing pusing memikior nya. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:47 PM | Show all posts
aku rasa rumah dia dh byk kali kocor, letih asyik repot je.... hr2 mandi campur air kencing org atas, duit mentenan bayar tu yg hangin tu......
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:48 PM | Show all posts
kejadahnya rugi 10k tapi denda 5k je?hukuman xsetimpal langsung baik panggil samseng je kutip duit ganti.nonsense!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:50 PM | Show all posts
gigeh mokcik neh simpan air kumbahan......denda x padan dgn kerugian..up la sket...bg mokcik neh insap...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:55 PM | Show all posts
Innrukia replied at 20-4-2015 05:36 PM
Kena masuk anger management program ni...

makin pelik2 perangai org malaysia ni kan..dah serupa china mainland dah
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti jenis org yg tak menyabauu ni. Jenis bangsa nk cpt je
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 06:05 PM | Show all posts
aperkepunya bangang makcik tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2015 06:09 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 20-4-2015 05:48 PM
kejadahnya rugi 10k tapi denda 5k je?hukuman xsetimpal langsung baik panggil samseng je kutip duit g ...

mungkin hakim juga mengambilkira kesalahan pihak pengurusan kondo yg lembab mengambil tindakan...kut dah buat aduan 10x...tapi takdak penyelesaian...org paling cool dalam dunia pun bulih datang angin ribut topan kalu duk hidu bau air najis saja dlm rumah...bayar mentenen + servis caj bukan main mahal
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 20-4-2015 05:55 PM
makin pelik2 perangai org malaysia ni kan..dah serupa china mainland dah

Sedara bau bau bacang... Dr zaman puteri hang li po & laksamana cheng ho...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 06:15 PM | Show all posts
ni mesti dah tak tahan lah ni, bagi complain berkali2 takde tindakan, seharusnya lah disimbah dgn air taik..good on ya Muhadiela.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 06:17 PM | Show all posts
ninjago replied at 20-4-2015 05:41 PM
takkanla baru sekali report psl tangki bocor dah nak marah camtu skali?? takde 'cooling period' ke b ...

"Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh telah menghubungi pejabat berkenaan supaya menghantar kakitangan untuk menyelenggara masalah kebocoran air kumbahan yang kerap kali berlaku di rumahnya."


i assume dah byk kali dia report n lepas selenggara esok lusa bocor lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.203991 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list