CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1653|Reply: 0

Taktikal Penyu menjadi

[Copy link]
Post time 23-4-2015 09:37 AM | Show all posts |Read mode


Pengendali Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim akui pendekatan taktikal dengan formasi 4-2-3-1 membolehkan pasukannya mengatasi Perak 2-0 pada aksi suku akhir kedua Piala FA pada Selasa, sekaligus mara dengan agregat 3-1.
Abdul Rahman menyedari, skuad peteh perlu menguasai bahagian tengah bagi membataskan ancaman Perak ketika perlawanan tersebut.

Justeru, bekas pengendali kebangsaan ini mengubah formasi peteh dari 4-4-2 ke 4-2-3-1 dan ia terbukti memberi kesan positif buat pasukannya.

Terengganu membuka tirai jaringan menerusi Paulo Rangel minit ke 20. Issey Nakajima Farran kemudian meledak jaringan kedua minit 55, untuk mengesahkan kemaraan Terengganu ke separuh akhir.

Dalam pada itu, Pengendali Perak Datuk M. Karathu akur, pasukannya gagal memberi tentangan selepas terpaksa beraksi tanpa kelibat beberapa tonggak pasukan yang cedera dan juga tonggak pertahanan, Thiago Junior yang menjalani penggantungan perlawanan.

Kekalahan Perak turut menimbulkan rasa kurang senang segelintir peminat Bos Gaurus yang mula menyalakan suar pada hujung perlawanan.


Rekod terengganu di separuh akhir Piala FA

2010

Aksi pertama : Terengganu (0-2  Kedah
Aksi kedua : Kedah 1-2  Terengganu

Terengganu gagal ke final kalah agregat 1-4

2011

Aksi pertama : Pahang 2-3  Terengganu
Aksi kedua : Terengganu 2-0  Pahang

Terengganu ke final dengan agregat 5-2, seterusnya muncul juara Piala FA

2012

Aksi pertama : Terengganu 1-2  Sime Darby
Aksi kedua : SimeDarby 0-0  Terengganu

Terengganu gagal ke final kalah agregat 1-2

2013

Aksi pertama : Kelantan 1-4  Terengganu
Aksi kedua : Terengganu 4-2 Kelantan

Terengganu gagal ke final kalah agregat 5-6


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.225513 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list