CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2039|Reply: 0

JDT kecewa sikap penyokong Perak

[Copy link]
Post time 27-4-2015 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Perbuatan segelintir penyokong tuan rumah dalam pertemuan Liga Super di antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi mencemarkan Liga Malaysia (Liga M) musim ini dan membawa kekecewaan kepada pemain JDT.
Keadaan Stadium Perak, Ipoh yang sepatutnya menjadi medan kegembiraan buat penyokong The Bos Gaurus hasil kemenangan 2-1 bertukar tegang sejurus tamat perlawanan apabila penyokong JDT diarahkan memasuki padang ekoran insiden provokasi.

Sementara segelintir penyokong Perak pula menunggu di perkarangan luar tempat masuk utama stadium Perak di Ipoh menyebabkan pasukan JDT hanya dibenarkan meninggalkan stadium pada jam 12.30 pagi.

Kesal dengan insiden itu penyerang Harimau Selatan, Safee Sali dengan berkata, " Saya agak kecewa dengan penyokong Perak kerana ini kali kedua JDT ditahan macam ni.

"Saya harap mereka jadi lebih baik dan menjadi contoh kepada rakyat Perak sendiri dan kepada golongan peminat bola sepak di Malaysia."

Penyerang import baharu taruhan JDT, Alhaji Kamara turut merasakan terkilan dengan perkara negatif bola sepak seperti ini, lebih-lebih lagi setelah pemain selepas kepenatan beraksi.

"Ini tidak bagus untuk bola sepak kerana selepas keputusan yang mengecewakan, kami perlu balik untuk berehat namun terkandas di sini.

"Saya rasa ini mengecewakan," katanya.

Skuad JDT kemudian meninggalkan stadium dengan menaiki bas Pasukan Persekutuan Simpanan (FRU) selepas berlaku kerosakan kepada bas pasukan di atas tindakan penyokong tuan rumah.



sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.064065 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list