CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1818|Reply: 0

MALAYSIA BERPUAS HATI RAIH TEMPAT KETIGA

[Copy link]
Post time 28-4-2015 10:18 AM | Show all posts |Read mode


Skuad sepak takraw lelaki negara berjaya meraih kedudukan tempat ketiga setelah mengalahkan Singapura 2-0 pada pusingan ketiga Kejohanan Siri Super ISTAF 2014/2015 di Arena Wolmyeong, Gunsan City, Korea Selatan, hari ini.
Malaysia, selaku juara bertahan pusingan kedua di Melaka, mencatatkan kemenangan 21-18 dan 21-9 dalam masa 42 minit pada aksi penentuan tempat ketiga.

Strategi ketua jurulatih kebangsaan, Abdul Ahmad Talib merehatkan Sahidan Ali (tekong) dan Khairol Zaman (apit kanan) dalam barisan utama dan memperkenalkan Hairul Hazizi (tekong), ketua pasukan Zuleffendi Sumari (feeder) dan Mohd Zamree sebagai perejam ternyata membuahkan hasil.

Terdahulu, Malaysia yang menduduki ranking kedua dunia dikejutkan dengan kekalahan 2-0 kepada pasukan Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B kejohanan itu.   

"Menewaskan Singapura dan meraih tempat ketiga adalah pencapaian baik buat pemain yang belajar daripada kesilapan sebelum ini. Kami akan kembali dan mengkaji semula persembahan kami di sini untuk mengelakkan situasi sama berlaku di Piala Raja Thai," kata Abdul Ahmad dalam satu kenyataan.

Regu negara akan kembali beraksi di Piala Raja Thai bermula 4 hingga 10 Mei dan Sukan SEA bermula 5 hingga 15 Jun di Singapura, manakala pusingan keempat Siri Super ISTAF dijadualkan pada September ini.

Sementara itu, Thailand menang kedua-dua gelaran lelaki dan wanita menentang Korea Selatan dengan keputusan sama, 2-0.

Pasukan lelaki menang 21-10 dan 21-19 manakala trio wanita terpaksa berhempas pulas sebelum menang 21-12, 21-18.

Pasukan wanita negara pula terpaksa berpuas hati dengan tempat kelima selepas menewaskan Jepun 21-19 dan 21-12 pada aksi penentuan tempat kelima dan keenam.

Skuad wanita sebelum ini kalah pada kedua-dua saingan peringkat Kumpulan A menentang pasukan Thailand dan Korea Selatan dengan keputusan 2-0.

sumber:www.stadiumastro.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.063086 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list