Setelah menyimpan perasaan sedihnya bersama isteri, Adam AF dan Fiza Halim akhirnya berkongsi cerita bahawa Fiza telah mengalami keguguran anak pertama mereka pada penghujung Mac lalu selepas disahkan hamil tujuh minggu. Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 32, berkata, biarpun sedih namun mereka reda dengan ketentuan Illahi selain menganggap masih belum rezeki memiliki cahaya mata untuk perkahwinan berkenaan.
“Apabila mendapat perkhabaran isteri mengandung sudah tentu saya gembira kerana kehadiran cahaya mata akan mengeratkan lagi kasih sayang kami namun sudah tiada rezeki kami apabila dia mengalami keguguran”
Kejadian berlaku pada akhir Mac lalu ketika kandungannya memasuki usia tujuh minggu,” katanya kepada mStar Online dan menyatakan bahawa mereka redha dengan ketentuan Illahi selain menganggap belum tiba rezeki mereka untuk memiliki cahaya mata.
Selain itu, menurut Adam, kontorversi yang melanda rumah tangganya sebelum ini sebenarnya menguatkan lagi hubungan meraka malah beranggapan perkara tersebut turut sama mematangkan mereka.
“Apa yang terjadi dalam rumah tangga kami sebelum ini ada hikmah disebaliknya selain ia menjadi pengajaran buat kami berdua. Alhamdulillah kami kini lebih matang dalam menjalani kehidupan sebagai suami-isteri dan berharap semua dapat mendoakan kebahagian kami,” katanya.
Adam dan Fiza bernikah pada 26 September 2013, bercerai (talak satu) pada 28 April 2014 dan kembali rujuk pada 17 Julai 2014. Apa pun, semoga pasangan ini tabah menghadapai dugaan yang mendatang.
|