CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2473|Reply: 13

[Dunia] Selamat tinggal Selat melaka

 Close [Copy link]
Post time 17-5-2015 07:41 PM | Show all posts |Read mode
Semenanjung Malaysia Bakal Menjadi Sebuah Pulau Selepas Terusan Ini Wujud?
Berlegar legar dilaman sosial apabila dikatakan pada 10 April 2015 lalu Kerajaan Republik China dan Kerajaan Thailand telah berjaya memetrai satu perjanjian kerjasama untuk mewujudkan satu terusan yang bakal menyebabkan Semenanjung Malaysia terputus dengan tanah besar Asia Tenggara menjadi sebuah pulau.

Perjanjian tersebut sebuah syarikat gergasi dari China dibenarkan melabur di selatan Thailand untuk pembinaan semula lapangan terbang, pelaburan dan pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Thailand dan Pusat Pameran, pemasangan bas NGV dan yang paling penting membina sebuah terusan merentasi Selatan Thai.

Terusan Kra Isthmus atau Thai Canal itu bakal diwujudkan untuk memendekkan perjalanan kapal dagang dari China untuk ke Eropah iaitu sama konsep dengan Terusan Panama dan Terusan Suez.

Menurut MoU berkenaan, jumlah panjang Terusan Kra Isthmus yang dicadangkan ialah akan merentasi selatan Thai sepanjang 102 kilometer dengan lebar 400 meter lebar dan kedalaman mencecah 20 meter.

Dikatakan cadangan tersebut sebenarnya bukanlah cadangan baru tetapi telah di cadangkan oleh Raja Narai pada tahun 1677 lagi dengan meminta jurutera Perancis de Lamar tetapi gagal kerana keupayaan teknikal yang terhad pada masa itu.


Dengan kewujudan Terusan Kra Isthmus ini dikatakan dapat menjimatkan jarak perjalanan kapal -kapal dagang antarabangsa  sejauh 1,200 kilometer kerana tidak perlu lagi melalui perairan Selat Melaka dengan mengelilingi Semenanjung Malaysia.

Kewujudan terusan ini bukan sahaja dapat menjimatkan jarak perjalanan malahan menjimatkan kos bahan api, kos pengangkutan dan menjimatkan masa.

Anggaran awal kos pembinaan Terusan  Kra Isthmus ialah USD $27 bilion dan dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan. Apabila siap ia akan menjadi terusan buatan manusia terbesar di Asia.

Bagaimanapun tarikh untuk projek pembinaan terusan itu masih belum diketahui.

Berita ini mungkin mencetuskan kerisauan dikalangan negara yang bergantung kepada Selat Melaka termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Kerana kewujudan terusan ini pasti akan memberi kesan kepada Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Singapura.

Perlu diingat bahawa salah satu sebab Benua Afrika mundur adalah kerana kewujudan Terusan Suez yang menyebabkan kurang kapal dagang melalui perairan benua tersebut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2015 07:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2015 07:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2015 07:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2015 07:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2015 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
paling terkesan singapore.n.indons la.kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2015 08:01 PM | Show all posts
Takpa rakyat jangan risau.. najib bole selesaikan masalah ni...

Nanti najib tabur BRIM kat tokey2 kapal seluruh dunia... suma kapal duk pakat pulaukan laluan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2015 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
maysia ppn terkesan jugaaaa...hahaha
permaisuri.gundu mmg.suka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2015 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Selfish Thai gov.. dah la zaman jepun dulu dia buka jalan bg jepun masuk tanah melayu asal tak jajah negara dia.. pastu berbangga dgn status negara yg tak pernah dijajah..

Sekarang sekat laluan perdagangan di selat melaka pulak..

Apa kesan ke atas ekosistem dan perairan dan saliran bagi pihak malaysia? Nanti mesti kena bina jambatan dari timur ke barat.. berapa batang jambatan nak kena bina?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2015 08:14 PM | Show all posts
Aku setuju dengan syarat terusan itu dijadikan sempadan baru Malaysia-Thai.
Ada berani ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2015 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan selfish.bijak.bkn mcm Pm kite.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2015 08:21 PM | Show all posts
ayoh...so bila nak istihar perang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2015 08:25 PM | Show all posts
apasal lah TT tak update kat thread sedia ada....

@admin6 please bring back the merge function.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread dah ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.156473 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list