CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

~kisah hati~ TAMAT

[Copy link]
 Author| Post time 22-5-2015 09:40 AM | Show all posts
Mirza Ukail berjabat tangan dengan Dato Hishamudin. Kemudian Dato Hishamudin membawanya ke tengah-tengah ruang pejabat itu.

“Maaf semua ya. Ada pengumuman sikit.” Kata Dato Hishamudin yang berkaca mata berbentuk bulat itu.

Semua pekerja di situ berhenti dari membuat kerja langsung berjalan ke arah mereka berdua. Semua mata sekarang tumpu pada Mirza Ukail.

“Saya kenalkan, Mirza Ukail. Pekerja baru di syarikat kita ni. Dia akan duduk di tempat Encik Hafiz yang bersara baru-baru ini sebagai Ketua Penolong Pengarah.”

“Assalammualaikum semua.” Mirza Ukail berjabat dengan semua pekerja lelaki.

“Harap kamu semua dapat bekerjasama dengan Encik Mirza Ukail. Bantu apa yang patut.”

Semua pekerja hanya mengangguk. Mirza Ukail memang tak lekang dari senyuman yang manis itu. Tipulah kalau ada yang tak terpikat!

“Mari saya tunjukkan bilik Encik Mirza. Yang lain boleh sambung buat kerja balik ya.” Ujar Dato Hishamudin lalu membawa Mirza Ukail ke suatu sudut.

“Bilik kamu sebelah dengan bilik saya. Ini bermakna kamu orang kanan terpenting buat saya.”

Mereka berdua mematikan langkah betul-betul di hadapan bilik baru Mirza Ukail. Mata bertentang mata.

“Saya suka pekerja yang tepat pada masa, jujur, ikhlas, bekerjasama dan yang paling penting..amanah!” sambung Dato Hishamudin.

Mirza Ukail hanya tersenyum mendengar majikannya itu berceloteh. Teringat akan arwah ayahnya. Sama bebelan itu!

Mirza Ukail menghulurkan tangan. Dato Hishamudin menyambutnya.

“Terima kasih, Dato. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mengasah bakat saya. Insyaallah saya akan berikan yang terbaik. Saya juga akan guna peluang ini untuk menambah ilmu.”

Kuat genggaman Dato Hishamudin ketika itu sambil tersenyum lega memandang wajah Mirza Ukail yang tenang itu.


                                                                            **********


Makanan dan minuman mula dihidangkan. Dayyan memandang Ramona yang masih diam dari tadi.

“Awak!”

Ramona tersedar dari lamunan. Terus dia pandang Dayyan yang sedang tersenyum padanya.

“Saya tahu. Saya buat awak kurang selesa kan?”

Ramona diam. Mereka berdua masih bertentang mata.

“Ok. Lepas ni saya takkan ganggu awak lagi. Saya..”

“Dayyan.”

Terus Dayyan mematikan ayatnya. Ini yang dia tunggu sebenarnya! Dia mahu dengar suara perempuan yang pernah dia pikat dulu!

“Saya..”

Terus Ramona tidak dapat menahan sebak dan langsung menangis tanpa fikir apa orang sekeliling pandang padanya. Mukanya ditutup rapat kedua telapak tangan.

“Awak..awak! Saya minta maaf. Lepas ni saya takkan ganggu hidup awak lagi. Jangan nangis awak. Saya tak boleh tengok awak nangis..awak..”

Ramona terus menangis. Dayyan tak sanggup melihat Ramona terus menangis sendirian. Dia bangun lalu menarik tubuh badan Ramona lalu terus memeluk dengan eratnya.

“Saya ada dengan awak. Akan sentiasa dengan awak jika awak perlukan saya. Saya tak boleh tengok awak menangis macam ni.”

Pelukkan Dayyan dibalas. Dah tak peduli apa orang kata!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2015 09:42 AM | Show all posts
Datin Zaitun mengetuk pintu bilik Mirza Ukail.

“Masuk..” panggil Mirza Ukail yang pada ketika itu sedang menyusun fail di rak belakang kerusinya.

“Hai Mirza.”

“Eh, Datin. Masuklah.”

“Wa..macam mana dengan tempat kamu ni? Ok?”

“Ok sangat, Datin!”

“Mirza, saya ada satu benda nak bagi tahu kamu ni”

Mirza Ukail meletakkan failnya lalu duduk mengadap Datin Zaitun. Ayat terakhir Datin itu menarik minatnya.

“Apa, Datin?”

“Esok Lutfiya akan balik ke Malaysia bersama suaminya dari honeymoon. Dan mungkin seminggu lepas tu Lutfiya akan masuk kerja semula.”

“Ok. Pastu?”

“Lutfiya kerja dekat office ni juga.”

Dup Dap! Dup Dap! Memang sah dia akan bertemu dengan Lutfiya lepas ini! Sanggupkah dia?

Mirza Ukail melepaskan nafasnya perlahan-lahan. Kemudian dia tersenyum memandang Datin Zaitun.



                                                                     **********


Seminggu kemudian..

Ramona memandang handphone di atas katilnya. Qayyum langsung tidak menghubunginya selepas kejadian dia tidak menjawab panggilan Qayyum semasa di Cameron yang lepas. Sedih tetap sedih tetapi hatinya mula beralih pada perhatian dari lelaki yang bernama Dayyan. Dayyan seolah-olah telah mengubat hatinya yang sedang berduka itu.

Pon! Pon!

Ramona tersenyum. Diambilnya beg tangan langsung terus keluar dari rumah lantas menguncinya. Dia tersenyum memandang Dayyan yang sedang membuka pintu kereta padanya.

“Morning..” ucap Dayyan sambil mempersilakan Ramona masuk ke dalam keretanya.

“Morning. Thanks.”

Mereka berdua masuk ke dalam kereta.

“Kita breakfast dulu. Ok?”

“Ok je..” Manis senyuman Ramona ketika itu.

Dayyan lega! Ramona sudah mula berbaik dengannya. Namun itu bukan petanda Ramona boleh dia buat sesuka hati. Nampak je sosial, tapi masih menjaga batas dirinya ketika bersama Ramona.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 09:45 AM | Show all posts
Lutfiya mengenakan anting-anting berbentuk ‘love’ di kedua belah telinganya. Kemudian dia memandang Qayyum yang masih lena diulit mimpi itu.

“Abang.. bangunlah!!”

Kejut Lutfiya sambil memeluk tubuh suaminya yang tidak berbaju itu.

“hmmm”

“Bangunlaa..kata nak hantar Fiya gi keje pagi ni.”

“Hmm?”

“Bangunlaa…”

Qayyum yang tidur terlentang itu terus memusingkan badannya lantas memeluk Lutfiya lalu diciumnya bibir mungil kemerahan itu.

“Abang..Fiya dah lambat ni.”

“Alaa..”

“Cepat bangun!”

Lutfiya menarik tangan Qayyum. Nak tak nak Qayyum terpaksa bangun walaupun hati masih mahu tidur pada ketika itu. Qayyum tak kerja ke? Memang Qayyum ni ikut mood! Kalau dia rajin, memang dia pergi la kerja. Kerja apa? Hmm..


                                                                            **********


Mirza Ukail menyapu sedikit mentega ke atas beberapa roti yang dibakarnya. Ushair Fahmi dengan kemas bertali leher menuruni anak tangga sambil mengintai ke dapur.

"Amboi! Mimpi apa sampai buat breakfast ni?”

“Hahaha..chef boleh rehat pagi ni. Nah, roti untuk ko!” Mirza Ukail menghulurkan sepinggan roti bakar pada Ushair Fahmi.

“Ko mimpi basah erk malam tadi?”

“Kuang ajar! Hahahaha”

Mereka berdua berbalas ketawa.

“Aku seronok sebab..bakal isteri aku sampai Malaysia petang ni.”

“Ooooo patut la..hmmm suka la tu!”

“Mesti! Hahaha”

“Lepas ni aku duduk sengsorang balik la kat rumah ni.”

“Hahaha..Tak pe. Senang-senang lepaklah kat rumah aku nanti.”

“Tudiaa dah beli rumah dah!”

“Belum lah! AKu tunggu Jannah balik dulu. Nak dia tengok rumah tu. Kalau dia kenan ke tak. Kalau tak, kena la pilih rumah lain.”

“Pergh! Sayang betul kau dekat Jannah tu erk?”

“Sayang sangat! Dia banyak bantu aku saat aku sakit dulu. Sakit kerana perempuan jugak”

“Ha! Baru aku teringat. Kau dah jumpa Fiya ke?”

“Hah?” Mirza Ukail terus kemam roti yang baru dia gigit itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 09:48 AM | Show all posts
Di Megah Holdings.

Lutfiya memandang jam di tangannya. Lewat!

“Adoi..habis aku!”

Dato Hishamudin berjalan lalu berdiri berhadapan dengan Lutfiya yang sedang kelam kabut mencari fail.

“Lutfiya!”

“Eh, Dato..Ya..”

“Apa peranan awak dekat saya di office ni?”

“Saya pembantu peribadi Dato..”

“Sekarang dah pukul berapa?”

“Err.. 9.15 pagi.”

“Meeting saya pukul berapa?”

“9.00 pagi, Dato.”

“Awak jangan malukan ibu awak, Lutfiya. Ibu awak orang yang ada nama. Jaga maruah ibu awak! Jangan kerana ibu awak ada di sini, awak boleh sesuka hati nak buat pejabat ni macam pejabat awak.”

Tegas Dato Hishamudin dengan kata-katanya.

“Kerana ibu awak saya terima awak bekerja di sini. Ibu awak banyak berjasa. So, please hargai apa yang awak ada sekarang.”

Lutfiya mendiamkan diri. Sedar kesalahan dari pihak dirinya.

“Lepas ni jangan buat lagi. Bukan ini kali pertama kan? Lepas ni saya tak akan teragak-agak kenakan tindakan tatatertib pada awak.”

Dato Hishamudin terus berjalan masuk ke dalam bilik mesyuarat. Lutfiya mencebik mulutnya. Terus dia mengambil beberapa fail dan buku nota di atas meja lalu terus masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Selepas dia menutup pintu, tiba-tiba disaat dia terpandang kerusinya di sebelah Dato Hishamudin itu kosong yang sepatutnya dia duduk telah diisi oleh seorang lelaki. Ya. Lelaki itu memang sah dia kenal!

Mirza Ukail dan Lutfiya berbalas pandangan. Staf yang lain turut memandang Lutfiya yang masih tercegat di muka pintu.

Mirza Ukail bangun. Baru sahaja dia hendak memanggil Lutfiya duduk di situ, tangannya dipegang Dato Hishamudin.

“Awak duduk sini, Mirza. Lutfiya, awak pergi ambil kerusi di luar masuk ke dalam. Duduk di sebelah Encik Mirza.”

“What?! Aku kena ambil sendiri kerusi dekat luar? Shit!”

Lutfiya menahan geram. Sudah lah dia benci lihat wajah Mirza Ukail, bertambah geram apabila bos sendiri sudah mempermainkan dirinya.

“Tak apa, Dato. Saya boleh ambil kerusi dekat luar.”

“Duduk, Mirza. Ok semua. Kita mulakan mesyuarat kita pada pagi ini…”

Mirza Ukail memandang Lutfiya yang sudah merah wajahnya ketika itu. Menahan marah barangkali!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 09:54 AM | Show all posts
Kebetulan selepas menghantar Lutfiya ke pejabat, Qayyum sengaja lalu di hadapan pejabat Ramona.

“Eh, kereta tak ada. Tak masuk office ke hari ni?”

Qayyum masih melilau di kawasan pejabat Ramona. Sehingga lah dia ternampak seorang wanita yang dia kenal susuk tubuh langsing itu yang baru turun dari sebuah kereta asing baginya.

“Dengan sape plak tu?”

Qayyum mula mencari parking berdekatan untuk menyiasat dengan siapa Ramona keluar ketika itu.
Kelihatan Ramona tersenyum bahagia sambil melambai tangan ke arah pemandu lelaki di dalam kereta itu.

“Ni tak boleh jadi!!!”

Qayyum menyimpan dendam. Dia memang pantang orang curang dengannya. Kuat cemburu!!!



                                                                          **********


Beberapa jam kemudian.

Mesyuarat ditangguh. Kelihatan Mirza Ukail dan Lutfiya masih mendiamkan diri. Masing-masing masih belum bertegur sapa.

“Dato..” panggil Mirza Ukail sambil berdiri bersebelahan Dato Hishamudin.

“Ya.”

“Saya ingat petang ni saya nak ambil half day. Boleh ke?”

“Kenapa ya?”

“Ada hal peribadi sikit. Tapi kalau tak boleh..”

“Tak apa. Pergilah. Petang tak ada meeting kan?”

Dato Hishamudin tersenyum lalu terus keluar dari bilik mesyuarat itu. Sekarang hanya tinggal Lutfiya dan Mirza Ukail yang sedang menyusun fail yang berselerak di atas meja hadapannya.

Lutfiya memandang Mirza Ukail. Mirza Ukail perasan dirinya dipandang. Sengaja dia diam.

“Ishhh benci lah aku tengok muka kau!!”

Lutfiya menolak tubuh badan Mirza Ukail lalu terus keluar dari bilik mesyuarat itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 09:57 AM | Show all posts
Tiba-tiba pintu bilik Ramona dibuka tanpa sebarang ketukan. Muncul wajah Qayyum yang berjambang itu.

“Maafkan saya, puan. Saya dah cuba halang tapi..” Sakinah menggeletar takut kena marah.

“Tak pe. Awak boleh keluar.” Ramona berdiri sambil bertentang mata dengan Qayyum.

“Siapa hantar awak tadi?” Qayyum serius.

“Penting ke?”

Qayyum berjalan ke arah Ramona lalu tanpa rasa bersalah menampar wajah perempuan yang pernah tanggung hidup dia dari dulu sehingga kini.

“Aku pantang perempuan curang dengan aku.”

Ramona tak sangka datang dari mana kekuatannya ketika itu untuk menahan air mata dari mengalir keluar. Mungkin dia sudah cukup banyak menangis kerana lelaki yang langsung tak pernah hargai dirinya!

“Kenapa kau diam?!” jerkah Qayyum.

Ramona masih tegap berdiri dihadapan suaminya itu.

“Aku rasa aku dah tak perlukan kau dalam hidup aku. Aku dah dapat apa yang aku nak. So..”

Laju jantung Ramona mendengar setiap butir perkataan yang keluar dari mulut Qayyum.

“Ya Allah.. kuatkanlah aku” bisik hati Ramona.

“Ramona Mohd Basir.. aku ceraikan kau dengan talak satu.”

Ramona tetap diam berdiri. Masih diam membisu. Qayyum melepaskan nafasnya dan terus keluar dari bilik itu.

Dengan serta merta Ramona terus menangis dan terduduk di atas lantai.

“Ya Allah..”


                                                               **********


Nur Jannah memandang jam di tangannya. Kemudian dia tengok handphone mana tahu Mirza Ukail ada hubunginya. Kosong!

Nur Jannah melabuhkan punggung di kerusi berhampiran.

“Assalammualaikum..”

Nur Jannah terkejut. Ditoleh ke kanan langsung ternampak sekuntum bunga ros dihulurkan Mirza Ukail padanya. Nur Jannah tersenyum lalu menyambut bunga ros itu.

“Waalaikummussalam.”

Nur Jannah berdiri lalu mereka berdua berpandangan satu sama lain sambil masing-masing sedekah senyuman.

“Maaf abang lambat.”

“Lambat kena denda.”

“Ha?”

“Denda Jannah makan chicken chop”

Mirza Ukail terus tersenyum.

“Boleh.. Untuk Jannah apa sahaja.”

Nur Jannah berbunga cinta.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-5-2015 10:00 AM | Show all posts
Ramona mengambil handbegnya lalu terus keluar dari bilik.

“Sakinah, saya dah apply cuti selama seminggu. Tolong jangan ganggu saya dalam tempoh seminggu ni. Thanks.” Ramona terus berlalu dengan hati yang masih sedih.

Laju Ramona berjalan menuruni anak tangga di luar lobi pejabatnya.

“Mana teksi ni?”

Tangannya dipaut kemas.

“Nak ke mana?” tanya Dayyan yang sudah seperti bayang-banyangnya itu.

“Jangan ganggu saya.”

Dayyan menarik tubuh badan Ramona mengadap dirinya.

“Saya tahu awak ada masalah.”

Mereka berdua bertentangan mata.



                                                                   **********


Qayyum membuka pintu biliknya. Kelihatan Lutfiya sedang berdiri memandang ke arahnya. Qayyum mengambil tuala mandi. Belum sempat dia masuk ke dalam bilik air, Lutfiya menarik tangan suaminya itu.

“Abang pergi mana sampai lewat malam baru sampai rumah?” tanya Lutfiya yang hitam pekat rambutnya.

Qayyum malas hendak melayan karenah Lutfiya. Baru sahaja dia hendak masuk ke dalam bilik air, sekali lagi dan kali ini kuat Lutfiya menarik lengan Qayyum.

“Awak nak ape ni?!” Qayyum hilang sabar. Dia tertolak Lutfiya.

Lutfiya terkejut.

“Sampai hati abang buat Fiya macam ni..”

“Abang letih tau tak? Banyak kerja yang abang kena uruskan tadi. Balik rumah macam ni Fiya layan abang. Stress la macam ni!” Qayyum baling tuala mandinya ke lantai.

“Mesti abang jumpa kak Mona tadi kan?”

Qayyum diam.

“Kenapa abang diam? Jadi memang betul lah abang jumpa kak Mona tadi kan? Perempuan tu dah mandrem abang ke sampai abang abaikan Fiya?! Kita baru kahwin abang tau tak? Sepatutnya abang kena bersama dengan Fiya!”

“Abang dah ceraikan dia.”

Lutfiya pula terdiam kali ini. Mulutnya diketap rapat. Kemudian senyuman mula terukir.

“Betul ke ni, abang?”

“Puas hati, Fiya?”

Lutfiya terus melompat lalu memeluk erat suaminya.

“Sayang abang sangat-sangat! So, lepas ni tak perlu Fiya susah payah pendam perasaan cemburu tiap kali abang jumpa perempuan tu!”

Qayyum diam.

“Aku juga akan tinggalkan kau suatu hari nanti seperti bekas madu kau ni jugak setelah apa yang aku nak aku dah dapat..” Qayyum tersenyum sendirian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 10:06 AM | Show all posts
Mirza Ukail meletakkan secawan kopi di atas meja. Kemudian dia tersenyum memandang ibu dan ayah Nur Jannah.

“Lepas ni bolehlah Jannah selalu temankan ibu pegi shopping.” Seloroh Nur Jannah sambil memeluk ibunya disisi.

“Boleh, sayang..” jawab ibu Nur Jannah sambil mengusap kepala Nur Jannah yang bertudung itu.

“Habis la abah kali ni!” ujar Badarudin, ayah kepada Nur Jannah pula.

Mereka semua berbalas ketawa.

“Uncle..auntie. Saya rasa dah lewat ni. Saya nak minta diri dulu.” Mirza Ukail bangun sambil membetulkan seluarnya.

“Ya. Terima kasih ya, Mirza hantar anak uncle sampai ke rumah.”

“Eh, tak ada masalah. Pasal peminangan Nur Jannah tu nanti saya akan maklum secepat mungkin. Lagipun saya dah bincang dengan mak dekat kampung tempoh hari. Cuma nak tetapkan tarikh sahaja.”

“Baiklah.”

Mirza Ukail dan Badarudin bertentangan mata seketika sambil membalas senyuman. Lalu Badarudin menarik tubuh badan Mirza Ukail lalu memeluk dengan erat sekali.

“Moga Mirza ada jodoh dengan anak uncle. Uncle tahu kamu boleh jadi suami yang terbaik untuk anak uncle..”bisik Badarudin lalu menepuk manja belakang badan Mirza Ukail.

“Insyaallah.”

Kemudian Mirza Ukail memandang Nur Jannah. Nur Jannah tersenyum malu.



                                                                        **********


Ramona dan Dayyan masih mendiamkan diri di dalam kereta yang bertentangan dengan tasik itu. Dayyan perlahan-lahan mengalih pandangannya ke arah Ramona. Ya. Dia bersimpati dengan nasib Ramona. Dalam pada masa yang sama, mungkin ini peluang untuk dia lebih mengenali dan mendekati Ramona.

“Awak ok tak ni?” tanya Dayyan memecah kesunyian.

Perlahan-lahan Ramona mengangguk kepala.

“Nak saya hantar balik sekarang ke?”

Ramona memandang Dayyan. Matanya sudah lebam nangis seharian. Sekali lagi dia menangis dan dengan tangkasnya Dayyan menarik tubuh badan Ramona lalu memeluknya.

“Shhh…”

“Saya rasa kosong sangat.” Teresak-esak Ramona meluahkan perasaan.

“Jangan cakap macam tu. Saya ada dengan awak..sentiasa akan bersama dengan awak. Awak kena kuat tau! Ni bukan pengakhirannya..”

Dayyan tidak akan lepas peluang ini lagi yang mana dia pernah lepas suatu masa dahulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2015 10:13 AM | Show all posts
Sebulan kemudian…

Mirza Ukail memandang kalendar. Lagi tiga minggu tarikh perkahwinannya bersama bakal isteri yang dia sayang, Nur Jannah. Kemudian dia tersenyum memandang gambar Nur Jannah yang sentiasa dia letak di atas meja bersebelahan gambar ibu dan arwah ayahnya.

Tok! Tok! Tok!

Mirza Ukail terjaga dari lamunan.

“Masuk!”

Lutfiya masuk dengan wajah yang penuh ego. Mirza Ukail terkejut. Dia berdiri sambil memandang Lutfiya.

“Dato nak jumpa. Sekarang!”

Mirza Ukail mengangguk sambil tersenyum.

“Eh tolong lah! Meluat tau aku tengok muka kau. Muka tak pernah rasa bersalah kan?”

Lutfiya terus menutup pintu dengan kuat sekali.

“Siapa yang patut rasa bersalah sebenarnya ni? Dia yang pilih untuk tinggalkan aku..” Mirza Ukail mengambil buku nota lalu berjalan keluar dari bilik.



                                                                 **********


Lutfiya menghulurkan fail untuk ditandatangani. Dato Hishamudin membelek satu persatu isi kandungan tersebut.

“Dah panggil Mirza belum?”

“Dah, Dato.”

Tok! Tok! Tok!

“Masuk, Mirza!” panggil Dato Hishamudin yang memang yakin Mirza Ukail lah itu!

Lutfiya pandang je ke arah pintu masuk itu. Mirza Ukail munculkan diri. Dia terkejut buat kali kedua. Lutfiya ada di dalam bilik Dato itu. Kalau boleh dia malas hendak bergaduh dengan Lutfiya. Selalu sangat kalau bertembung muka ada sahaja Lutfiya nak bising-bising dan mengungkit bagai!

“Duduk, Mirza.”

“Terima kasih, Dato”

Mirza Ukail menarik kerusi berhadapan dengan Dato Hishamudin lalu duduk. Lutfiya masih berdiri bersebelahan dengan Dato menunggu fail yang hampir selesai Dato tandatangan.

Lutfiya memandang tajam ke arah Mirza Ukail. Benci betul dia dengan lelaki di hadapannya itu.

“Mirza, minggu depan la kan kamu dah start cuti kahwin kan?”

Kali ni Lutfiya pula yang terkejut.

“Apa? Kahwin? Aku ingat dah kahwin dah mamat ni. Bukan ke Qayyum pernah cakap dekat aku dia kena ikut pilihan mak dia? Sebab tu dia tinggalkan aku. Ni dah berapa tahun dah..takkan baru sekarang nak kahwin kot?” Lutfiya mula main dengan perasaannya.

“Ya, Dato.”

“Saya nak kena minta Encik Faizul yang cover kamu selama kamu cuti ni.”

Dato Hishamudin serahkan fail terakhir pada Lutfiya.

“Ok. Nanti ada apa-apa saya panggil kamu.” Kata Dato Hishamudin pada Lutfiya.

Lutfiya seperti tidak puas hati tentang apa yang dia baru dengar tadi. Dia bertentang mata seketika dengan Mirza Ukail sebelum dia beredar dari bilik itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 10:14 AM | Show all posts
mnum jap erk
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 11:26 AM | Show all posts
ooo...Qayyum la mastermind nya....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 11:56 AM | Show all posts
dayyan and ramona


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 01:44 PM | Show all posts
zameyla replied at 22-5-2015 11:26 AM
ooo...Qayyum la mastermind nya....

yes dear
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 01:46 PM | Show all posts

ha??

hahahaha adoi la
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 01:46 PM | Show all posts

ok....sambung plzzz.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 01:46 PM | Show all posts
zameyla replied at 22-5-2015 01:46 PM
ok....sambung plzzz.....

wokeh    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2015 02:05 PM | Show all posts
Qayyum berjalan laju masuk ke dalam bengkel kereta Badrul. Berserabut wajahnya. Penuh dengan jambang!

“Bad!! Bad!!” jerit Qayyum sambil menarik kerusi plastik lalu duduk.

Badrul keluar dari bawah kereta. Kemudian dia mencuci tangannya yang kotor dengan minyak hitam.

“Apehal?”

“Aku tak faham la dengan perasaan aku ni.”

“Gila talak?”

Qayyum terus tersentap!

“Kan?” Badrul tersengih sambil mengambil spanar di lantai.

“Adoiii.. aku macam tak boleh lupakan Ramona.”

“Dah terlambat!”

Qayyum mengeluh.

“Kan kau dah ada bini muda kan..bergetah lagi tu!”

“Bekas orang jugak tu.”

“Eleh..macam tak biasa makan lauk orang.” Sindir Badrul.

“Serius aku cakap. Aku memang mula-mula rasa cinta dekat Fiya tu. Tapi makin lama macam.. tambah-tambah selepas aku ceraikan Mona. Dah rasa macam kosong! Kosong!”

“Padan la dengan muka kau! Sesal dahulu pendapatan, cerai bini tiada guna..hahahaha”

“Hamboi. Sedapnya pedajal aku..”

“Dah memang betul kan? Bini yang dulu susah payah bersama boleh buang macam tu ja.”

“Tapi aku lagi untung dapat Fiya. Tak lama lagi saham mak dia jatuh dekat tangan aku! Hahaha”

“Suka hati kau la. Ni aku nak bagi tahu kau ni. Tadi orang Eric datang cari kau. Katanya kau janji nak bayar hutang semalam.”

“Adoiiii”

“Kau jangan Qayyum. Patah leher kau kang.”

“Mana aku nak cari seratus ribu tu wei!”

“Haaaa..itulah. Main judi tak ingat neraka. Ni la nasib kau!”

“Ada kawan pun tak guna!”

“Kau cakap baik-baik sikit, Qayyum! Aku ni pun berhutang dengan orang tau sebab nak tolong kau!”

Qayyum terus bangun lalu sepak kerusi plastik tu pada Badrul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 02:12 PM | Show all posts
Mirza Ukail ke pantry. Di ambilnya kopi lalu disudukan masuk ke dalam cawan berhadapan dengannya. Teringin pula nak minum kopi panas ketika itu! Tiba-tiba Lutfiya muncul lalu masuk ke dalam pantry lalu mengunci pintu pantry tersebut.

“Hei! Apa hal ni?” Mirza Ukail tidak sempat menuang air panas ke dalam cawannya.

“Cuba kau cerita benda yang betul!”

“Cerita apa? Saya tak faham.”

“Tak faham atau pura-pura tak faham? Qayyum bagi tahu saya awak tinggalkan saya sebab awak nak kahwin dengan pilihan hati mak awak! Saya sanggup tinggalkan yang lain demi awak tapi ini balasan awak pada saya. Saya sanggup terima keluarga awak yang susah tu. Sebab saya fikir awak boleh bimbing saya.”

Mirza Ukail terdiam. Adakah Qayyum itu suami Lutfiya? Rupanya ini rancangan Qayyum! Airmata Lutfiya mula mengalir membasahi pipi. Mereka berdua masih bertentang mata.

“Apa awak cuba buat pada saya, Mirza?”

“Lutfiya..saya..”

“Jantan tak guna!!!”

Jeritan Lutfiya itu terdengar sehingga luar pantry. Rakan sepejabat yang duduk berhampiran mula mencuri dengar.

“Dengar sini Lutfiya! Saya tak pernah atau takkan langsung ada niat nak curang dengan awak. Takkan awak dah lupa awak yang tinggalkan saya dulu? Bukan saya yang tinggalkan awak! Saya ingat awak tinggalkan saya sebab awak dah kena tangkap khalwat dengan Qayyum dulu. Saya fikir pada masa itu awak hanya mempermainkan perasaan saya! Maklumlah saya kan dari keluarga yang bukan senang macam awak!”

Lutfiya seperti dipanah petir! Apa semua ni?

“Apa ni? Qayyum bagi tahu saya awak terpaksa ikut pilihan hati mak awak. So pada masa itu Qayyum terlalu amik berat pasal saya sehingga saya jatuh hati dengan dia. Kami kahwin dan hidup bersama sehingga sekarang. Saya tinggalkan awak sebab saya fikir awak curang dengan saya.”

“No! Saya bukan lelaki jenis macam tu. Saya setia pada yang satu.”

“Oh my..”

Lutfiya salah langkah. Dia percaya akan kata-kata hasutan Qayyum. Rupanya ini salah satu rancangan Qayyum.

“Qayyum tipu saya lah ni?”

“Itu saya tak tahu. Saya fikir masa tu awak berubah sebab fikir tak boleh hidup dengan keluarga susah macam saya. So awak tinggalkan saya dan pilih Qayyum.”

“Oh no.. no.. kenapa Qayyum buat saya macam ni?”

Lutfiya memandang Mirza Ukail. Kenangan cinta lampau mereka mula diimbas kembali. Mirza Ukail kena kuatkan iman. Dia hendak melangkah keluar tetapi Lutfiya sempat memegang tangannya.

“Jadi, awak tak pernah curang dan tinggalkan saya?” tanya Lutfiya yang mula rasa bersalah kerana salah sangka pada Mirza Ukail.

“Lutfiya..” Mirza Ukail melepaskan genggaman tangan Lutfiya.

“Setiap apa yang berlaku ada hikmah. Saya terima dengan redha. 3 tahun saya tanggung derita atas apa yang awak dah buat pada saya. Saya bangkit semula dengan kekuatan yang bersama dengan saya..Nur Jannah. Bakal isteri saya. Dialah pembakar semangat saya.”

Lutfiya masih bertentangan mata dengan Mirza Ukail.

“Kita dah ada hidup baru. Teruskan sahaja. Saya pun tak lama lagi nak kahwin. Doakan untuk kami..”

Mirza Ukail terus membuka pintu pantry dan terus berlalu pergi meninggalkan Lutfiya sendirian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 02:13 PM | Show all posts
Qayyum memberhentikan keretanya. Kemudian dia memandang ke arah rumah Ramona. Kosong! Dia mengambil handphone di dalam poket.

“Perlukah aku call dia?”

Qayyum seperti gila talak. Baru dia sedar betapa pentingnya Ramona dalam hidupnya.

“Call je lah!”

Punat ‘call’ ditekan. Malangnya! Ramona off handphone.

“Hampeh!”

Qayyum mengidupkan enjin, tukar gear lalu terus memecut laju.


                                                                **********


Mirza Ukail menutup pintu biliknya. Dia bersandar di sebalik pintu. Wajah Lutfiya mula membayangi ingatannya.

“Ya Allah.. Dugaan apakah ini?”

Tiba-tiba handphone Mirza Ukail berdering. Serta merta dia berjalan ke arah meja utamanya. Tertera nama ‘Syg Jannah’ di skrin. Dia tersenyum lalu menjawab panggilan itu.

Di sebalik pintu biliknya itu, rupanya Lutfiya sedang mencuri dengar perbualan Mirza Ukail bersama Nur Jannah.

“Perlukah aku rasa cemburu?” bisik hati Lutfiya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 02:18 PM | Show all posts
Nur Jannah masuk ke dapur. Kelihatan ibunya sedang membasuh sayur. Perlahan-lahan dia berdiri bersebelahan ibunya.

“Tersenyum..senyum..”

“Hihihi”

“Mirza jadi makan malam rumah kita tak?”

“Jadi, insyaallah.”

“Tolong ibu masak.”

“Ai ai kapten!”

Nur Jannah anak tunggal keluarga yang sederhana itu. Anak yang rajin, penyabar, jarang bantah cakap orang tuanya dan selalu berkongsi cerita bersama bakal suaminya.

“Dah call mak andam?”

“Dah ibu. Semua dah settle. Cuma minggu ni nak kena pegi butik ukur baju balik sebab yang sebelum ni besar.”

“Waaa anak ibu dah kurus la ni erk?”

“tapi tak de lah Jannah fitkan baju tu.”

“Ibu tahu..”

Nur Jannah tersenyum. Ibunya datang lalu memegang tangan anak tunggalnya itu.

“Tak lama lagi anak ibu dah nak jadi isteri orang. Ingat pesan ibu ni. Syurga kita bawah kaki suami. Susah macam mana pun..jaga aib suami. Itu tanggungjawab kita. Jaga kelakuan, jaga maruah suami. Buat yang terbaik.”

Nur Jannah tersenyum. Airmata mula bertakung.

“Insyaallah, ibu. Jannah akan ingat pesanan ibu ni. Ibu juga syurga buat Jannah..”

Mereka berdua berpelukkan seketika.



                                                                           **********


Pukul 6.00 petang..

Mirza Ukail mengemas mejanya yang penuh dengan fail projek. Disusun rapi di rak semula. Diambilnya beg sandang kecil dan handphone di atas meja. Lampu bilik ditutup dan pintu bilik dikunci.

Mirza berjalan menuju ke pintu lif. Sebaik pintu lif hendak tutup, Lutfiya menjerit.

“Tunggu jap!!”

Mirza Ukail sempat menahan pintu lif tersebut. Lutfiya dan Mirza Ukail masing-masing terkejut. Mirza Ukail tekan punat B1. Masing-masing mendiamkan diri.

“Mirza..err..”

Belum sempat Lutfiya meneruskan kata-katanya, pintu lif terbuka. Mirza Ukail terus keluar berjalan agak laju menuju ke arah keretanya.

“Mirza! Tunggu!!” jerit Lutfiya sambil berlari.

“Perempuan ni nak apa lagi?” Mirza Ukail membuka pintu keretanya lalu membaling beg sandang ke tempat duduk penumpang.

“Tunggu laaa..”

Lutfiya menarik tangan Mirza Ukail. Lutfiya masih cantik seperti dulu. Tiada cacat cela.

“Astaghfirullah..” bisik hati Mirza Ukail.

“Kita jadi mangsa keadaan sebenarnya.”

“Please, Fiya..” Mirza Ukail malas layan perasaan Lutfiya. Baru sahaja dia hendak masuk ke dalam kereta, Lutfiya menarik kuat tubuhnya.

“Maknanya awak masih sayangkan saya.”

“Itu dulu, Fiya! Sekarang dah tak ada perasaan tu.”

“Kenapa saya tak siasat betul-betul dulu.”

Mirza Ukail mendekatkan bibirnya ke telinga Lutfiya.

“Ini namanya kita tiada jodoh.”

Mirza Ukail terus masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Lutfiya. Lutfiya terdiam dan menangis sendirian.

“Kenapa dengan aku ni? Aku dah ada suami. Kenapa mesti aku masih terkejar dapatkan Mirza kembali?” Lutfiya menangis sendirian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.080833 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list