CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 913|Reply: 4

[Tempatan] Polis berjaya tahan 472 warga asing

[Copy link]
Post time 1-6-2015 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Polis berjaya tahan 472 warga asing
WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Jun 2015



MUAR - Polis berjaya menahan seramai 472  warga asing di daerah ini dari pelbagai negara menerusi 36 operasi yang dilakukan pada 1 Januari hingga 27 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, daripada jumlah tersebut ia  melibatkan 255  lelaki dan 217 wanita dalam operasi bersepadu yang dilakukan di sekitar daerah ini dengan 1475 pemeriksaan.

“Kesemua warga asing terbabit  daripada negara China, Indonesia, Myanmar, Thailand, Vietnam, India dan Nepal.

“Warga asing paling ramai ditahan dari Indonesia iaitu 137 orang diikuti Thailand (123 orang), Vietnam (79 orang), Myanmar (52 orang), China (19 orang), Nepal (lapan orang) dan India (empat orang),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini semalam.

Menurutnya, kesemua yang ditahan dipercayai melakukan beberapa kesalahan seperti ketiadaan pas dan permit yang sah, tinggal melebihi tempoh masa pas dan kesalahan menyalahgunakan  pas lawatan sosial.

Katanya, mereka disiasat di bawah Seksyen 39b Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Inigresen 1959/63.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Azman berkata, pihaknya turut menahan 67 warga asing wanita dalam Ops Noda bagi tempoh yang sama kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti tidak bermoral iaitu  pelacuran.

Katanya, ia terdiri daripada 42 warganegara Vietnam; Thailand (13 orang), China (lapan orang) dan Indonesia (empat)

Tambahnya, kesemua mereka dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca)

http://www.sinarharian.com.my/ed ... arga-asing-1.396413
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2015 06:21 PM | Show all posts
Berjuta dah masuk 472 aje yang kau tangkap?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2015 06:22 PM | Show all posts
biasa la... polis malaysia memang hebat
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
So..nak kata apa?? Nak puji buat kerja yang selama ni tidur :
Sempadan kat perlis pun xboleh nak jaga..sekankang kera gitu jer pun xada telur..dah berjota la masok sebab perangai lahanat korang,rakyat kena tanggung akibat..dasar makan gaji buta
Ko tangkap pun rakyat kena tanggung bagi makan..hey..depa tu lagi suka kena tangkap la..xyah kerja semua..makan berak tidor je jawabnya : bongok xabes
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang indo boleh lah free balik kampung. Ramadhan pun dah dekat. Lepas raya nanti boleh berkunjung semula kesini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056703 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list