|
Edited by Syd at 3-6-2015 01:52 PM
SELASA, 2 JUN 2015 @ 4:03 PM
Rumah tangga Sharifah Shahora diganggu
Oleh Zaidi Mohamad [email protected]
SHARIFAH Shahora bersama suami, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila rumah tangga pelakon dan penerbit Sharifah Shahora dengan pengarah sinematografi dan jurukamera berpengalaman, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin yang dibina sejak 2008 mulai berantakan tahun ini. Siapa sangka kebahagiaan itu kini hampir diragut oleh orang ketiga yang dikenali dengan nama @madeyanie di laman sosial.
Shahora, ketika dihubungi BH Online sebentar tadi, tidak lagi mampu mengawal kesabarannya lagi kerana amaran sudah diberikan kepada wanita berkenaan. Hakikatnya, dia sudah 'meletop'. Akui Shahora, semakin dia berlembut, semakin kencang pula tindakan wanita terbabit yang mahu memporak-perandakan rumah tangga dia dan suami tercinta.
"Sudah lama saya sedar perkara ini tapi saya cuba kawal diri. Tapi kali ini saya tewas kerana perasan saya seperti dihentak-hentak. Saya tak mampu menyembunyikan apa yang terpendam lagi selama ini. Wanita itu memang tahu saya sedar permainannya, tapi tetap terus mengganggu rumah tangga kami. "Saya cuba menghubunginya tetapi dia tutup telefon bimbitnya. Malahan baru-baru ini dia sudah sekat akses saya di laman Twitter.
Nampak dia memang pengecut. Kalau berani, kenapa buat semua itu," kata Sharifah Shahora yang juga pemilik produksi Eleven Field bersama suaminya. Ditanya apakah keberanian dia membongkar cerita ini seolah-olah memperlihatkan rumah tangga yang dibina seperti retak menanti belah, Shahora mempunyai pendiriannya tersendiri.
"Terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Saya tengah melihat perkembangan seterusnya apa yang wanita itu boleh dan akan lakukan pula.
Amaran seperti saya katakan tadi sudah diberikan sejak tiga bulan supaya berhenti mengganggu suami saya. Saya dapat tahu, wanita ini mengajar suami saya untuk mengingati dan menyimpan nombor telefonnya menerusi memori otak. "Wanita itu siap ajar suami saya untuk memadamkan mesej dan bukti perbualan mereka di telefon bimbit setiap kali berkomunikasi. Saya tahu setiap hari, dia akan hantar mesej bernada manja kepada suami. "Tak tahulah apa tindakannya nanti selepas tahu saya sudah 'meletop'.
Saya juga sampai satu tahap menghantar mesej kepadanya baik-baik dengan menyuruh dia kahwin sahaja dengan suami jika inilah gayanya," katanya. Shahora dan Raja Mukhir berkahwin pada 26 Oktober 2008 dan belum dikurniakan anak. Mereka kini membela anak angkat.
.
/- lelaki idaman Malaya (tapi bukan Mat Malaya ye)
|
|