Perkara ni berlaku masa hari ketiga selepas nenek akumeninggal. Aku, husband n adik lelaki (Amir) nak pergi ke menziarahi kuburnenek,yelah kami bertiga tak kesempatan untuk melihat wajah nenek buat kaliterakhir. Sebab kami bekerja di bandar, nak balik kampung ambil masa 5 jamperjalanan. Ok, balik kepada cerita sebenarnya,aku da baby berusia 6bulan dan berusia setahun lebih.
Pagi tu seperti biasa,sebelum aku nak kekubur, aku bagi baby mandik,then tdurkannya (Baby sihat jer, aktif nak main.)Kat rumah ramai sanak saudara datang nak tolong masak, untuk tahlil malam tu.Aku bawak baby masuk bilik, dimana bilik yang arwah nenek aku tdur dengan adikperempuan (nor) n anak sulong aku(Nana),dan di situ jugak lah,dia meninggal dunia kerana sakit tua (90 tahun). rindu arwah..
Aku tinggal baby aku tdur dalam buaian kat bilik tu, yerlah kat luar ramai orang bising, bilik lain sempit, bilik tu jer yang dekat dengan dapur n senang bagi yang lain dengar kalau baby menangis, aku tinggalkan dengan si Nor untuk jaga.Dah kemas semua, kami pun pegi kubur arwah nenek.
Balik dari kubur, aku tengok baby masih tdur. Aku tak pegang lagi baby aku tu,so aku carik2 mana2 bilik air yang kosong nak cuci tangan kaki, yerlah baruk balik dr kubur(kat rumah mak da 4 bilik air, satu kat dapur, tapi susah nak ke situ,yerlah ramai orang, then bilik Amir, malas nak masuk, coz sempit, tingkat ats plak, air tak naik, masa tu krisis air, so aku guna bilik air parent). Afterthat, aku masuk bilik baby,tengok husband aku yang tolong hayun kan buaian, aku pun tanya husaband, da pegang baby tak, dia cakap tak,then aku suruh dia cuci kaki n tangan. Panjang pulak cerita..hehehe..
Baby masih tdur, so aku pegi makan lah dulu before baby bangun, baru jer aku nak mkn n tengah suap si abang, adik aku bawak baby keluar, baru jer aku nak tanya dia dah cuci kaki n tangn, baby aku muntah,,muntah susu, banyak pulak tu,then aku bawak baby masuk dalam nak lap n tukar baju..masa tukar baju sambil bergurau dengan baby, dia muntah lagik, then afterthat baby macam malas2 jer nak main, lemah jer badan dia,mata dia macam nak tidur jer,tertutup jer, bila panggil nama, dia bukak mata, then tutup balik. aku dah start risau, tapi tak nak terlalu cepat panik, so aku panggil Nor suruh bagitau mak. Then mak datang terus nangis2..aku faham kenapa mak menangis, yerlah nenek baru jer meninggal,pas tu plak baby, macam tak bermaya, so mak panik lah, tapi aku bagitau,jangan nangis, (dlam keadaan marahlah)coz aku tak nak panik..aku kira nak bawa ke hospital..tapi bila mak saudara2 masuk campur, cakap jangan dulu bawak ke hospital, mgkn ada benda lain ni..yerlah tba2 jer..so panggil sorang pakcik(Pak Man), dia ni pandai merawat budak kecik.
So bila dia datang jer kerumah terus dia tengok baby aku,masa tu baby mak yang bawaklah, husband aku tak tahu wat pa dah, dia just dok sebelah Pak Man. Pak Man, terus baca satu ayat tu, tapi tak kedengaran lah, aku dengar macam satu ayat al-quran,Ayat Kursi. Dia guna jari telunjuk jer,tapi tak sentuh baby lah,dari ubun2 sampai ke bahagian hati dia, jari dia berhenti. Dia terus baca2, then afterthat baby aku terus menangis. Bila baby menangis, aku pun lega. Pak Man bagitau 'benda' tu dia duduk kat bahagian hati baby. Sebab tu baby muntah2 n tak bermaya n tba2 deman,panas sangat.
Dia tanya lah, da sapa2 balik dari kubur ker, mak aku bagitaulah Pak Man, aku,husband aku n amir. So Pak Man pun bagitau,'benda' tu dari kubur, then baru aku teringat yang Amir da bawak baby aku tdi..coz dia tak bersihkan diri dia lagi,terus pegang baby.Pak Man bagi satu air yang telah dia baca dengan ayat Al-quran, dia wat kat situ jugak lah, pas tu dia terus sapu kat muka baby,termasuk skali si abanglah.
Pas tu aku terus bawak dia ke klinik di kampung, nasib baik da doktor yang di kuarters,(yerlah klinik kerajaan sabtu ahad tutup), yang da standby doktor (aku call no.hp yang da kat notice). Doktor pun cek baby, suhu badan baby 39⁰C,masuk ubat melalui punggung then bagi baby mandik air sejuk kat situ jugak, cek lagik, terus trun suhu badan.Alhamdullillah, lega hati.
Balik rumah, Mak Sitam, sepupu arwah nenek, terus sapu or basuh muka baby dengan 'AIR MANDIAN ARWAH NENEK', termasuk si abang dengan si kakak. Sambil Mak Sitam basuh muka dengan air (air mandian tu bau sabun tapi aku tak nak pegang..)dia sebut "Sudah2lah, jangan kacau cucu2 kau, biarkan mereka, kau tengok dari jauh jer" macam tu lah pa yang Mak Sitam sebutkan.
Malam tu plak, kami semua dah tdur, aku n anak2, husband tdo depan TV, kat ruang tamu yang berdekatan dengan pintu utama, sebelah tingkap. Si abang tdo tepi dinding dekat dengan tingap, si adik tengah2 antara aku dengan husband. Si abang pulak dalam tidur nangis2, then dia tba2 bangun, tak nak tdur,si abang tutup muka dengan bantal busuk mcam da something dia taknak tengok, so aku pluk dia sampai tertidur, masa tu bukan kami orang jer yang kat ruang tamu, adik aku amir dengan ank bini dia kat raung TV satu lagi, then mak pun tdo situ jugak, cuma adik aku Nor n anak aku Nana tdur dalam bilik arwah.Nor bagitau, tak perlu takut pa2. Mak aku pun terbangun jugak masa si abang nangis2. Kat tempat kami tdur, da selonggok sofa,then ditutup dengan tikar, then atas tu masih da lagi baju or kain yang arwah pakai masa meninggal, blum disimpan.
Aku plak masih merasakan arwah masih da dengan kami dalam rumah tu..tapi bagi sapa2 yang baca thread aku ini, air mandian mayat lah, pa kegunaanya sebenarnya. Coz bagi aku lah(pengetahuan agamaku masih kurang, masih belajar)tu syirikkan. Tolong sapa2 yang tahu, plz terangkan kat aku..tq
|