View: 6946|Reply: 0
|
Pelumba Petronas tekad tebus kekecewaan
[Copy link]
|
|
PELUMBA SuperSports 600cc, Yuki Ito bertekad mahu menebus kehampaan yang dialami sewaktu pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang, April lepas.
"Keputusan di Sepang sangat mengecewakan. Kami meletakkan sasaran untuk menamatkan kedua-dua perlumbaan di atas podium namun kecewa kerana untuk berada di kelompok lima pelumba terbaik pun kami gagal," jelas Yuki dalam satu kenyataan.
Pelumba utama Petronas Hong Leong Yamaha itu cemerlang pada saingan musim 2014 namun tampil dengan aksi berbeza bagi musim 2015 apabila gagal memberikan saingan yang kompetitif.
"Saya seakan hilang punca. Saya gagal memberi tumpuan 100 peratus meskipun telah melakukan persediaan rapi.
"Lebih kecewa, kami gagal untuk mendapatkan masa yang pantas. Meskipun masih kecewa ketika ini, saya perlu melupakannya dan memberi tumpuan terhadap perlumbaan di Indonesia minggu ini," katanya lagi.
Yuki menyifatkan persaingan pusingan kedua di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, minggu ini bukan sesuatu yang mudah bagi dirinya.
"Litar Sentul merupakan antara litar yang cukup mencabar bagi saya namun saya terpaksa mencuba yang terbaik, kalau boleh menaiki podium supaya dapat merapatkan jurang mata di dalam kedudukan keseluruhan.
"Namun saya tidak boleh menjadikannya sebagai satu alasan sebaliknya perlu memberikan aksi terbaik untuk mengejar gelaran keseluruhan yang diidamkan," jelasnya.
sinarharian
|
|
|
|
|
|
|
| |
|