CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2311|Reply: 0

Farah Ann: 'Saya sangat puas hati'

[Copy link]
Post time 11-6-2015 10:07 AM | Show all posts |Read mode


GIMNAS negara Farah Ann Abdul Hadi menambah sebutir lagi pingat emas dalam acara senam lantai gimnastik artistik pada Sukan Sea Singapura 2015, semalam.

Aksi bertenaga Farah Ann berhasil menarik perhatian juri pertandingan dengan mengumpul 13.733 mata.

Gimnas Indonesia, Rifda Irfanalutfi meraih pingat perak dengan 13.700 mata manakala Phan Thi Ha Thanh dari Vietnam meraih 13.433 mata.

“Alhamdullilah, saya berjaya meraih pingat emas untuk Malaysia. Selepas selesai melakukan persembahan tadi saya gementar untuk melihat markah peserta lain sebab saya merupakan peserta pertama hari ini.

“Saya sangat puas hati dengan persembahan terbaik hari ini (semalam). Memang saya mahu pingat emas untuk negara, terima kasih kepada jurulatih, rakan sepasukan dan keluarga yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Farah Ann  turut menyumbang pingat gangsa dalam acara batang titian dengan 13.300 mata.

Dua gimnas Vietnam Phan Thi Ha Thanh dan Do Thi Van Anh masing-masing meraih pingat emas dan perak dengan 13.966 dan 13.333 mata.

Sementara itu gimnas lelaki negara, Jeremiah Loo pula menamatkan kemarau 14 tahun apabila muncul penyumbang pingat pada temasya dwitahunan itu.

Penampilan pertamanya itu membawa tuah apabila meraih pingat perak dalam acara palang melintang dengan 14.133 mata.

“Saya gembira dan tidak sangka dapat meraih pingat di sini...ini adalah penampilan pertama di Sukan Sea. Saya berlatih di China dua bulan untuk persiapan ke sini,” katanya.

Kali terakhir gimnas lelaki negara meraih pingat di Sukan Sea ialah pada 2001 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.

Gimnastik artistik menutup tirai dengan pencapaian tiga pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa pada temasya dwitahunan edisi kali ini.
sinarharian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.061641 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list