CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1818|Reply: 0

KEMARAU EMAS BADMINTON BERPASUKAN TERUS BERPANJANGAN

[Copy link]
Post time 12-6-2015 08:49 AM | Show all posts |Read mode


Impian skuad badmionton lelaki negara untuk menamatkan kemarau pingat emas dalam acara berpasukan selama sedekad pada Sukan SEA ke-28 ini tidak kesampaian setelah tewas 3-2 kepada Indonesia di separuh akhir.
Pasukan negara mendahului 1-0 menerusi aksi bertenaga pemain perseorangan, Chong Wei Feng, yang mengalahkan Christie Jonathan 21-18, 13-21, 21-15 di Stadium Tertutup Singapura.

Namun beregu Indonesia, Ricky Karandasuwardi/Angga Pratama membuat kejutan apabila menyamakan kedudukan dengan menewaskan gandingan utama negara Tan Wee Kiong dan Goh V Shem dengan 17-21, 21-15 dan 17-21.

Kemudian jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan selepas mudah menewaskan pemain muda Indonesia, Firman Abdul Kholik untuk menambah mata kedua pasukan dengan kemenangan 21-18 dan 21-10.

Namun Indonesia menyamakan kedudukan apabila Kevin Sanjaya/ Marcus Fernaldi mudah menewaskan beregu kedua negara, Mak Hee Chun/Teo Kok Siang dengan 21-10 dan 21-13.

Perseorangan ketiga negara, Muhammad Ariff Ab Latif pula gagal menumpaskan Ihsan Maulana setelah tewas straight set 21-12 dan 22-20.

Skuad negara terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tersingkir pada pusingan separuh akhir. Singapura turut meraih pingat gangsa selepas tewas kepada Thailand 3-2.

"Saya hilang fokus pada perlawanan set kedua...saya kecewa tidak dapat membantu pasukan. Terima kasih kepada penyokong dan pasukan yang menyebut nama saya ketika perlawanan tadi," kata Muhammad Arif.

Aksi final menyaksikan pertemuan Thailand menentang Indonesia.

Kali terakhir skuad negara meraih pingat emas dalam acara berpasukan ialah di Sukan SEA Manila pada 2005 dan pingat perak di Indonesia pada 2011.

stadiumastro


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.094876 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list