CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2404|Reply: 0

Malaysia perlu jadi juara pada 2017

[Copy link]
Post time 15-6-2015 12:16 PM | Show all posts |Read mode


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Malaysia muncul juara keseluruhan pada Sukan Sea 2017 apabila menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu.

Justeru itu, beliau berkata, program pembangunan dan latihan berprestasi tinggi untuk atlet negara perlu dipertingkatkan lagi mulai sekarang.

“Kita (Malaysia) kena meningkatkan lagi program pembangunan atlet kita dari sekarang dengan memberi tambahan latihan prestasi tinggi. Bukan sahaja di pihak kerajaan, kita perlu bantuan bukan sahaja daripada persatuan-persatuan sukan, tetapi juga pihak penaja untuk program latihan.

“Program latihan ini bukan sahaja di dalam negara, malahan juga di luar negara, apa yang penting ialah menambah pendedahan atlet untuk bertanding di peringkat antarabangsa sepertimana yang telah dilakukan sebelum ini,” katanya selepas menyaksikan acara boling Masters Wanita pada Sukan Sea Ke-28 di Singapura, semalam.

Muhyiddn berkata, sebagai tuan rumah pada 2017 nanti, sasaran pingat perlu berdasarkan kepada situasi semasa acara sukan dan pencapaian atlet negara.

“Tidak mustahil jika diletakkan sasaran seperti ini (untuk muncul juara keseluruhan) dapat dicapai,” katanya.

Untuk rekod, Malaysia muncul sebagai juara keseluruhan temasya Sukan Sea ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 2001 dengan mengumpul 111 pingat emas, 98 perak dan 86 gangsa.

Muhyiddin turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian atlet Malaysia pada temasya kali ini khususnya dalam kalangan atlet pelapis yang berjaya mempamerkan aksi cemerlang dan meraih pingat emas.

“Masih ada ruang untuk kontinjen negara meraih pingat emas kerana semangat atlet kita cukup tinggi,” katanya.


sinarharian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.068554 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list