CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1844|Reply: 1

Hoki persahabatan: Malaysia kalahkan Brazil 3-2

[Copy link]
Post time 17-6-2015 02:03 PM | Show all posts |Read mode


SKUAD hoki negara mengalahkan Brazil 3-2 dalam perlawanan persahabatan di HC Kampong, Belanda.

Namun ketua jurulati,  Tai Beng Hai berkata, para pemainnya belum dapat menyesuaikan diri dengan perbezaan zon masa dan kekurangan ketajaman.

"Kita sudah jangkakan perkara ini dan bermain mudah bagi mengelak kecederaan dan kehilangan banyak tenaga. Kita melakukan kesilapan di bahagian tengah padang dan tidak menyudahkan peluang menjaringkan gol," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau berkata pemain seperti Firhan Ashaari, Baljit Singh Charun dan Nabil Fiqri memberi persembahan yang baik.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Muhammad Razie Rahim seawal minit kelima menerusi pukulan penalti sebelum dibalas Brazil pada minit ke-20.

Pada separuh masa kedua, Bruno Paes menjaring gol kedua buat Brazil pada minit ke-49, namun Muhammad Razie menjaring gol kedua buat Malaysia pada minit ke-57 juga menerusi pukulan penalti.

Seminit kemudian Shahril Saabah membuat jaringan ketiga buat Malaysia.

Malaysia seterusnya akan menentang Bawah 21 tahun Belanda sebelum berlepas ke Antwerp, Belgium bagi menyertai kejohanan separuh akhir Liga Hoki Sedunia (HWL). - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 03:03 PM | Show all posts
wahh.. dasat malaysia. mesti sebab neymar tak main.

eh, jap, ni hoki yer, bukan bola?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.061974 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list