Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
11751
View
146
Reply

Balkans.. Croatia, Bosnia, Montenegro, etc

[Copy link]

Author: lisza       Show all posts   Read mode

Post time 24-11-2016 02:10 PM | Show all posts
jerambatu replied at 23-11-2016 07:07 PM
Mcmna pulak boleh sampai 9k.?Bosnia antara paling murah di Europe.
Lagi jimat kalau sekalikan dgn ...

oo yeke..saya tersilap baca kot. dok scroll2 gitu2 je tadi. kalo murah mmg cantik sgtlah..dah lama pasang niat nk g bosnia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 08:31 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2016 07:12 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:54 PM | Show all posts
babycha replied at 13-10-2016 04:32 PM
Pg brape hari and brape bajet sume

hi cha,

pergi 14 hari
bajet tak kira2 lagi sampai lah ke hari ni
prinsipnya barang yg lepas jgn dikenang2
gittew
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 07:43 PM | Show all posts
Edited by jerambatu at 26-12-2016 07:45 PM

Baru balik semalam setelah 10 hari di Bosnia. Cuaca tengah sgt sejuk disana. Cecah -11 deg C.

Our itinerary

Day 1 - Arrived Sarajevo dah malam. Just pusing Bascarsija. Kebetulan hotel memang kat situ. Makan malam kat PASHA. Very nice cevapi and cheap. Stayed at President Hotel

Day 2 - Bfast kat Ascinica Hadzibajric. Nice Bosnian cuisine. Visit Latin's Bridge, Emperors Mosque, Ferhadja Street, Eternal Flame, Ferhdja Mosque, Snipers Alley, Sarajevo City Centre, Markale, Gazi Huzrev Bey Mosque. All by walking.

Day 3 - Took a SIEGE OF SARAJEVO tour with Funky Tour Sarajevo. Very informative. EURO 20 sorang. Dia bawak ke Tunnel Of Hope, tempat askar Serbia kepung Sarajevo kat Trebevic, sniper nest, 1984 winter Olympics facilities. Pastu kami ke Breka Dzamija aka Malaysian Mosque.

Day 3 - Collect kereta sewa (will use for the rest of our trip). Drive to Srebrenica. Almost 3 hrs driving. Sewa Opel Astra Auto dgn Economy Car Rental for 6 days.

Day 4 - Checkout and drive to Travnik. Check in kat ABA Motel for 2 night. Jln2 Travnik. Plava Voda, old town, Serena Mosque and few other masjid

Day 5 - Visit Stari Grad pastu drive to Jajce. Jln2 Jajce, water fall, water mills, Jajce old town. Drive back to Travnik.

Day 6 - Drive from Travnik to Mostar. Stayed kat Villa Anri with bridge view. Pusing2 old town dan Stari Most bridge. Very stunning.

Day 7 - Continue Mostar. Visit to Blagaj and have lunch. Check out and drive to Bjelasnica

Day 8 - Bjelasnica ski resort and Umoljani

Day 9 - Back to Sarajevo. smbung pusing2

Day 10 - Back to Doha.


Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 07:48 PM | Show all posts

15401080_628267794042097_2091847108282721865_n.jpg

Dlm perjalanan dari airport ke hotel, nampak bangunan separuh musnah akibat perang sekitar 1993. Sengaja dibiarkan tidak dibaiki untuk mengenang kesan perang yg tidak menguntungkan sesiapa




Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 07:51 PM | Show all posts
15319277_628227740712769_7879204186982409487_n.jpg
After check in kami terus cari benda makan sebab terlalu lapar. So Cevapi was the best choice




15401080_628267794042097_2091847108282721865_n.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 07:54 PM | Show all posts

15390673_628480507354159_5032845963124272087_n.jpg
Tram di Sarajevo
Sistem Tram yg tertua di Eropah.Mula beroperasi sejak 1885




Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 07:57 PM | Show all posts
Sniper Alley.jpg
Sniper Alley - Semasa " Siege of Sarajevo" jalan hadapan Hotel Holiday ini menjadi sasaran sniper Serb. Lebih kurang 1030 org mati ditembak di sini termasuk kanak2 dan wanita.








Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 08:00 PM | Show all posts

Luka perang 1.jpg    Luka perang 2.jpg
Luka perang Sarajevo. Seakan sengaja dibiarkan sebagai peringatan.







Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 08:03 PM | Show all posts


Latin's Bridge 1.jpg Latin's Bridge 2.jpg
Latins Bridge
Dibina pada zaman Uthmaniyyah. Diatas jembatan inilah berlakunya pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dari Austria oleh Gavrilo Princip pada tahun 1914, yang membawa kapada tercetusnya Perang Dunia Pertama.








Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 08:34 PM | Show all posts

Husrev Bey Mosque 1.jpg Husrev Bey Mosque 3.jpg
Husrev Bey Mosque 2.jpg Husrev Bey Mosque 4.jpg
Gazi Husrev-beg Mosque
Masjid Gazi Husrev-Bey (Bosnia: Gazi Husrev-begova džamija, Turki Gazi Husrev Bey Masjid) Dibina pada abad ke-16, terbesar dan paling bersejarah di Bosnia dan Herzegovina dan yang paling jelas unsur senibina Othmaniyyah di Balkan.
Dibina pada 937 Hijrah (1530/1531 M) Nama arkitek tidak jelas, tetapi ada spekulasi yg kata Mimar Sinan.
Merupakan masjid yang pertama di dunia yang menerima bekalan elektrik iaitu pada tahun 1898 semasa era Empayar Austria-Hungary.
Senibina Othmaniyyah mendominasi keseluruhan struktur masjid ini . Konsep pelbagai kubah (multi dome) merupakan trademark yg paling jelas.. Ruang segi empat tepat pusat, dikelilingi oleh tembok tinggi dan ditutup dengan deretan kubah sebagai struktur utama.







Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 09:55 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 11:50 PM | Show all posts
Baru balik 3 hari lepas. Atas sebab tertentu,Iols batalkan reservation kat Turkey dan stay extra days kat Bosnia. last day kat sarajevo,host hantar kat airport.kami berpelukan menangis masa berpisah. Rasa nak pegi lagi Bosnia sbb hospitality.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 02:29 PM | Show all posts
Edited by jerambatu at 28-12-2016 02:30 PM

Pada hari ke 3 kami sewa kereta dan memandu ke Srebrenica. Melawat tempat pembunuhan beramai2 umat Islam oleh tentera Serb Bosnia. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Srebrenica terletak berhampiran dgn Serbia.


Srebrenica Genocide Memorial
Memorial Pembunuhan Beramai-ramai Srebrenica, also known asi Memorial Srebrenica-Potočari merupakan kompleks perkuburan mangsa penghapusan etnik yg berlaku pada tahun 1995. Kebanyakan mangsa adalah bangsa Bosniak (Bosnianmuslim) dan beberapa bangsa Croatia. Mangsa pembunuhan beramai-ramai telah dikenal pasti melalui analisis DNA.Sebanyak 8372 mangsa telah dikebumikan.
Merupakan pembunuhan beramai-ramai terburuk di Eropah sejak Holocaust Perang Dunia Kedua . Dalam kejadian ini kira-kira 25,000 pelarian Bosniak dlm keadaan yg sangat cemas, kritikal dan desperate berkumpul didalam sebuah bekas kilang bateri, menunggu bantuan pemindahan dari UNPROFOR. Namun sebelum sempat mereka dipindahkan, pada 13 July 1995 tentera Serb yg diketuai oleh Ratko Mladic, telah mengarahkan supaya lelaki Bosniak dan remaja lelaki dipisahkan dari yang lain dan kemudian kesemua mereka dibunuh dgn kejam. Dan juga ramai wanita dan kanak-kanak perempuan dirogol dan dibunuh. Pasukan pengaman PBB Belanda ditempatkan di Srebrenica (Dutchbat) tidak berbuat apa-apa. Kira-kira 8,000 orang Islam Bosnia dan kanak-kanak lelaki dibunuh dgn kejam oleh tentera Serb Bosnia.
Ramai wanita dan kanak-kanak perempuan menjadi mangsa rogol dan penderaan seksual dan lain-lain bentuk penyeksaan sebelum dibunuh.

Srebrenica Cemetery 1.jpg    Srebrenica Cemetery 2.jpg    Srebrenica Cemetery 3.jpg

Srebrenica Cemetery 4.jpg    Srebrenica Cemetery 5.jpg    Srebrenica Cemetery 6.jpg

Srebrenica Cemetery 7.jpg
Srebrenica Cemetery 8.jpg








Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 09:20 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 01:41 PM | Show all posts
Thank you for info
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 03:22 PM | Show all posts
Sambung balik.
lama tak update.

Selepas melawat masaccre site kami ke pekan Srebrenica untuk solat dan mengisi perut. Bandar cowboy and dead town. Border checkpoint ke Serbia cuma 5 km dari pekan ni.


   
sebrenica1.jpg
sebrenica2.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 03:37 PM | Show all posts


On the way back from Srebrenica to Sarajevo. Passing thru few beutiful villages.


sebrenica-sarajevo1.jpg    sebrenica-sarajevo2.jpg    sebrenica-sarajevo3.jpg    sebrenica-sarajevo4.jpg

sebrenica-sarajevo5.jpg    sebrenica-sarajevo6.jpg    sebrenica-sarajevo7.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 03:41 PM | Show all posts
Some driving tips in Bosnia: -

1. Car rental is cheap

2. Make sure to use winter tire . Roads could be icy. Masa winter lah. Masa panas tak yah.

3. Valid driving license. Tak perlu international license pun.

4. Payments with credit card

5. Always head lights on, kalau tak kena saman.

6. Don't expect good directional signage. Kalau nak harapkan sign board memang tak sampai destinasi lah jawabnya. Guna GPS, WAZE, GMAPS dan yg sewaktu dgnnya.

7. Hati2 drive malam. Kebanyakkan jalan takde street lighting. Reflective pun kurang.

8. Kereta auto will be a great advantage. Kalau keta manual mahu tercabut lutut asyik tekan clutch dan tukar gear sebab terlalu banyak selekoh maut dan gunung ganang.

9. Harga petrol lebih kurang RM4.10 se liter. Murah je tu.

10. Bersedia untuk sesat beberapa kali....akulah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 01:17 PM | Show all posts


Tunnel of Hope.

Salah satu tempat wajib lawat ketika di Sarajevo ialah Tunnel of Hope. Salah satu terowong yg memainkan peranan yg sangat penting bagi mempertahankan Sarajevo daripada jatuh ke tangan Serbia semasa pengepungan Sarajevo (Siege of Sarajevo). Di saat pertahanan Srajevo semakin lemah kerana serangan bertubi-tubi pihak Serb dari pergunugan sekitar dan sekatan makanan serta air/api , terowong ini lah satu-satunya harapan terakhir pihak Bosniak (Muslim Bosnia). Sarajevo telah dikepung selama 1,425 hari bermula pada 5 April 1992 hingga 29 Februari 1996. Lebih lama dari pengepungan Leningrad.

Tunnel-Hope1.jpg    Tunnel-Hope5.jpg

The Sarajevo Tunnel (Bosnian: Tunel spasa) was an underground tunnel constructed between March and June 1993 during the Siege of Sarajevo in the midst of the Bosnian War. It was built by the Bosnian Army in order to link the city of Sarajevo, which was entirely cut off by Serbian forces, with Bosnian-held territory on the other side of the Sarajevo Airport, an area controlled by the United Nations. The tunnel linked the Sarajevo neighbourhoods of Dobrinja and Butmir, allowing food, war supplies, and humanitarian aid to come into the city, and allowing people to get out. The tunnel became a major way of bypassing the international arms embargo and providing the city defenders with weaponry.
This tunnel was so crucial for Sarajevo defence.



   Tunnel-Hope4.jpg     Tunnel-Hope6.jpg
Untuk lawatan ke sini kami guna khidmat local tour guide Sarajevo Funky   Tour. Charge Euro 20 seorang for 4 hours. Dia bawak beberapa lokasi tempat sniper buat kerja.






Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 02:13 PM | Show all posts
Edited by jerambatu at 13-3-2017 02:15 PM

Selepas melawat Tunnel of Hope dan sekitar pergunungan Sarajevo kami menuju ke Masjid Malaysia.
Unutk ke Masjid Malaysia ni cara paling mudah ialah dengan Teksi daripada Bascarsija. Tak berapa jauh dari Sebilj melintasi tram track ada stesyen taxi dan mcm biasa pastikan taxi guna meter. On GPS map kat phone untuk pastikan taxi guna jalan yg sepatutnya. Tambang dlm BAM10. Nak naik Bus pun boleh tapi leceh.

Masjid Msia6.jpg
Masjid Msia3.jpg    Masjid Msia4.jpg

Tersergam indah di celah kawasan kejiranan yang tenang Nova Breka, Masjid Malaysia adalah simbol persahabatan dan keakraban antara Bosnia dan Malaysia. Keakraban ini jelas apabila kehadiran kami sekeluarga disambut mesra oleh Imam Elvedin Klisura yg pernah 2 kali datang Malaysia. Dgn sekali pndng beliau begitu pasti yg kami sekeluarga datang dari Malaysia. Masjid Malaysia ini dibina dengan kos RM1.8 juta yang memaparkan seni bina typicl Malaysia, yang dibina kerajaan Malaysia sebagai tanda penghormatan dan persahabatan untuk rakyat Bosnia. Pintu dan bingkai kayu di pintu masuk utama masjid ini diperbuat daripada kayu jati malar hijau,diukir begitu halus dan dibawa khusus dari Malaysia.
Bahagian arkednya pula menampakkan senibina Melayu Islam yg biasa dilihat di beberapa bangunan bersejarah di Malaysia.
Jelas menunjukkan bahawa arkitek masjid ini mahu memperkenalkan seni bina Melayu ke dalam struktur masjid dengan penggunann
kayu berukir.


Masjid Msia1.jpg    Masjid Msia2.jpg    Masjid Msia5.jpg


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 11:39 AM | Show all posts
upp kan thread ni... ade sape2 nak share pengalaman x.. balik matta aritu amik pakej Balkan 6 negara 14D11N... thn ni jalan rileks amik pakej.. hopefully x mengecewakan.. .
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 12:03 PM | Show all posts
jerambatu replied at 13-3-2017 02:13 PM
Selepas melawat Tunnel of Hope dan sekitar pergunungan Sarajevo kami menuju ke Masjid Malaysia.
Unu ...


thank u for sharing the photos and info jerambatu...

kat Bosnia memang diorg biarkan jer peninggalan perang tu yer...

Last Sept gi Pristina Kosovo mcm tak nampak plak kesan2 perang pun, ker kitorg yg tak pasan sbb gi town jer...yg pasti lepas jer border Macedonia petrol station selang 2-3 mins drive kot..besar2 plak tu...

Kitorg naik bus aka mini van dari Skopje, Macedonia to Pristina, Kosovo....2 jam perjalanan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 12:07 AM | Show all posts
jerambatu replied at 9-3-2017 03:41 PM
Some driving tips in Bosnia: -

1. Car rental is cheap

Bro, car rental bp rate per day..manual @ auto, petrol @ diesel?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053163s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list