Orang Melayu sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan tradisi unik ketika bulan Ramadan. Selain amalan memasang pelita di malam hari, bermain meriam buluh juga adalah contoh tradisi yang masih wujud, meskipun ia jarang dilihat pada zaman moden ini. Lazimnya, mereka yang tinggal di kawasan kampung, tidak paling tidak pastinya pernah merasai pengalaman bermain meriam buluh.
Untuk membuat meriam buluh ianya memerlukan kepakaran dan perlu ada teknik untuk menghasilkan bunyi yang betul-betul “kebabow”!!! Di kampung Talang, Kuala Kangsar lain pula caranya, di mana meriam buluh yang mereka hasilkan bukan calang-calang, saiznya lebih panjang dan besar, dentumannya juga mampu menggegarkan satu kampung.
Selain itu, Admin page Amran Fans juga telah mencabar beberapa admin lain dengan video meriam buluh yang dimuat naik oleh fans nya. Antaranya Siakap Keli, Oh Media, Sukan Star Tv dan Abdul Rani Kulup (ARKA). Semua yang terbabit dalam perang meriam buluh ini tidak henti-henti melawan. - Cari Infonet
Jom main Meriam Buluh nanti sama-sama boleh berhari raya kat Penjara atau Hospital. Actually, saya tak galaklah main Meriam Buluh, Mercun, Bunga Api atau Kembang Api.. Ada gak nak main sebab nak lepaskan gian atau apa alasan sekalipun, yelah sesekali-sekala tak kira muda tua.. Tanya saya mana asal-usul Meriam Buluh nie saya memang tak tahu. Dulu masa kanak-kanak duduk kat Kampung Setinggan tak ada main Meriam Buluh yang lain ada kot tak ingat (hehehehe... cover). Lagi satu Meriam Buluh bukan Produk Pelancongan tapi main Mercun atau Pertunjukkan Bunga Api untuk Budaya atau Pesta itu ada dan ianya berpermit. Adapun untuk bergembira di Hari Raya tak semestinya dengan Meriam Buluh. Banyak cara kita boleh sambut kegembiraan asalkan tak ikut nafsu-nafsi.
i takat berani main bunga api je..
penah try nk main mercun bola..blom cucuh api dah baling bola..hehe
pastu gi camping dalam hutan, depa bagi mercun bola 5bj satu khemah..
wat emergency klu ada babi hutan mai dekat...
puas fikir cemane la nk guna mercun tu..hehe