Edited by fynnkakiblock at 2-7-2015 12:22 PM
Mesej Sharnaaz Ahmad Kepada ‘Kera’ Yang Suka Memekak. Sindir Siapa Tu?
Bagi siapa yang follow Sharnaaz Ahmad kat Instagram dan Twitter memang tau Sharnaaz ni jenis yang lantang bersuara. Senang cerita, Sharnaaz seorang yang jujur dan tak suka bermuka-muka.
Terbaru, pelakon sador ni memuat naik gambar di Instagram dan di kapsyen gambar tersebut Sharnaaz tulis panjang lebar, seolah-olah ingin menegur dan memberi nasihat untuk seseorang. Tapi untuk siapa eh?
“Jangan riak, satu kali Allah tarik nikmat, nak bercakap pun tak boleh bos..”
Picture ehsan dari twitter.. Kita hidup atas dunia ni jangan lupa diri, jgn riak, jgn takabbur .. Aku sedar aku pun kadang kadang terlupa diri.. Biasalah kita manusia, sentiasa melakukan kesilapan, tapi kalau kita ulang kesilapan tu dua kali kita kurang sikit dari manusia, up sikit dari binatang.. Kalau kita ulang lagi sekali kita lagi rendah dari binatang, up sikit dari najis binatang.. Muhasabhkan otak dan zat pinjaman Allah SWT.. Jangan riak, satu kali Allah tarik nikmat, nak bercakap pun tak boleh bos.. Tak mau sebut nama, tapi sendiri mau ingat lah.. Kali ni aku berhenti mendoakan mu.. Kerana biar Allah tentukan nasib mu.. Ok.. Itu mukadimah ja.. Kembali pada business ketum kita, memandangkan ianya diharamkan di malaysia, namun segelintir pihak masih mengamalkan nya.. Jangan tanam, jangan petik.. Kalau dah siap bancuh, minum saje lehh kami org utara tau kesihatannya bukan nak stim, so di hari raya nanti diharapkan supply ketum dapat menampung demand yg banyak.. Kihkih.. Sekadar gurauan.. Jangan esok aku dok dalam pulak sembang pasai ni.. Pi tangkap kera yg suka memekak tuh.. Salam ramadhan #watchmenaenae #anakantoopenang
Lepas kami baca kapsyen Sharnaaz Ahmad, kami rasa macam tau mesej ni ditujukan pada seorang artis yang baru-baru ni buat kontroversi sampai jadi buah mulut satu Malaysia. Hurmm..
Adakah ia ditujukan untuk Azwan Ali?
Bila tengok di ruangan komen di Instagram Sharnaaz Ahmad ramai yang anggap mesej tu ditujukan untuk Azwan Ali. Entah lah kami pun tak berani nak cakap.. Mana lah tau Sharnaaz cakap pasal orang lain ke kan? Kena bersangka baik di bulan ramadhan ni.. Husnuzon! Husnuzon!
Sumber asal OhBulan
|