|
PUTRAJAYA: Sebanyak 21 jenis barangan ditetapkan harga maksimum dan disenaraikan dalam barangan harga terkawal yang dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2015. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata skim ini akan dilaksanakan selama 17 hari bermula dari 7 hingga 23 Julai ini. "Peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain. "Skim ini dilaksanakan supaya pengguna dapat memperoleh barangan perlu musim perayaan pada harga berpatutan dan menyekat daripada peningkatan harga melampau," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Hasan turut memberi amaran kepada peniaga tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim berkenaan termasuk denda sehingga RM100,000 dan penjara bagi individu serta denda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM50,000 bagi syarikat. Berikut adalah senarai harga 21 barang berkenaan: 1. Ayam hidup
2. Ayam standart (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati, pedal)
3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan pedal)
4. Telur ayam gred A
5. Telur ayam gred B
6. Telur ayam gred C
7. Daging Lembu Tempatan
8. Daging lembu import (dikawal di Sarawak saja)
9. Daging kerbau inport
10. Cili merah
11. Tomato
12. Kubis bulat import (India dan China tidak termasuk kubis Beijing)
13. Kelapa biji (dikawal diperingkat borong saja)
14. Kelapa parut (dikawal di peringkat runcit saja)
15. Bawang merah kecil
16. Bawang putih
17. Bawang besar import
18. Ubi kentang import
19. Ikan kembung termasuk ikan mabung
20. Ikan selayang
21. Ikan aya atau tongkol (dikawal di Pahang, Terengganu dan Kelantan saja)
bharian
|
|