View: 19368|Reply: 113
|
Insidious Incident. PLAY..PAUSE..STOP
[Copy link]
|
|
Edited by aidan90 at 9-7-2015 09:57 PM
Hallo, hallo, aku beginner. Niat aku nak share cerita yang tak berapa nak seram ni.
Ini kisah benar. Bukan rekaan,bukan dongeng, bukan auta. Dah hampir 25 tahun aku membesar dalam rumah yang berdekatan dengan kubur. Memang betul-betul dekat. Rumah aku ada 2 pintu. Pintu depan dan jugak pintu dapur. Buka je pintu dapur tu toleh kiri, akan terus nampak kubur. Dari pintu dapur jalan dalam 10 langkah dah boleh dampai dekat batu nisan kubur arwah Tokwan dengan Tok aku. Dekat tak? Bayangkan lah.
Dari dulu je kalau aku ajak kawan-kawan aku tidur rumah , semua bagi alasan. Mak tak benarkan la, nak balik kampong la. Padahal auta je semua tu. Balik kampong konon, tengok-tengok ade je terpacak kat padang sekolah petang-petang. Tanya punya tanya, sebenarnya dorang ni takut nak tidur rumah aku sebab dekat sangat dengan kubur. Ada la sorang ni mengaku cakap pernah nampak macam ada lembaga hitam dekat tingkap depan rumah aku. Waktu tu dia cuma lalu depan rumah je. Kelam kabut kawan kayuh basikal balik rumah. Tapi setakat ni tak ada pulak aku nampak apa-apa dalam rumah akuni. Pelik jugak. Mungkin perasaan kawan aku je.
Tapi itu semua cerita 15 tahunyang lepas. Perkara yang aku nak kongsi ni berlaku minggu lepas. Dalam bulan puasa ni, tak tahu la kenapa aku banyak sangat tengok movie seram. Sampai tak tidur pun ade mengadap laptop memanjang. Antara movie seram kegemaran aku adalah Insidious. Kan baru keluar Insidious Chapter 3, pulun la aku tengok balik Insidious & Insidious Chapter 2 sebab nak refresh balik cerita denganteliti.
Pada malam Rabu yang lepas aku buat keputusan untuk tidur di ruang tamu seorang diri. Selalunya memang tidur di dalam bilik. Rumah aku ada 4 bilik. 3 bilik di tingkat atas dan 1 di tingkat bawah. Bilik bawah tu la bilik aku. Paling dekat dengan dapur DAN kubur. Operasi mengangkut tilam ke luar pun dijalankan oleh kerana aku menggatal sangat nak tidur di ruang tamu. Aku memilih untuk tidur di depan tv. Walhal bukan boleh tengok tv pun, tv tu dah ting tong. Tapi saja je sebab dekat dengan kipas siling. Mula-mula, aku biarkan1 lampu je yang terpasang di ruang tamu tapi disebabkan aku ni suka yang amattidur dalam gelap, aku pun tutup semua lampu yang ada termasuk la lampu dapur dan ruang tamu. Kira nya gelap gelita lah ruang tingkat bawah dari dapur sampai la ke depan. Dah selesa baring aku pun apa lagi macam biasa, cucuk earphone kat telinga, dengar lagu guna handphone sony erricson arc s classic aku punya ni. Dalam tengah mencari-cari lagu apa yang aku nak PLAY, tiba-tiba terdengar suara perempuan ketawa. Suara tu datang dari luar rumah, betul-betul tepi tingkapyang aku tengah baring. Oleh kerana aku pakai earphone, suara tu tak berapa clear kedengaran. “Mungkin orang tepi jalan kot, lepak-lepak,” Aku tak fikir apa-apa waktu tu.
Aku terus PLAY lagu kegemaran aku– The Day That never Comes by Metallica. Sedap-sedap tengah layan Metallica,dah habis pulak lagu nya. Aku pun tunggu la NEXT SONG utk PLAY sebab aku dahset dalam playlist. Aku malas nak tengok lagu apa comes next sebab aku dah letak handphone kat tepi so aku biarkan je. Terkebil-kebil aku sorang-sorang dalam gelap waktu tu. Tiba-tiba…..
“Tiptoe through the window..”
Aikk! Tersentak aku dengar intro lagu tu. Aku cepat-cepat ambil handphone sebab nak tengok tajuk lagu yang tengah PLAY waktu tu. Jelas terpapar di skrin “AUDIO 1”. Lagu itu masih kedengaran kerana sebelum tu aku tak tekan STOP.
“Oh, tiptoe from thegarden
By the garden of the willow tree
And tiptoe through the tulips with me”
Aku tefikir dan seingat aku, akutak pernah sama sekali download atau sedut lagu tu dari mana-mana. Lagi-lagi lagu yang versi perempuan nyanyi ni. Pada yang tengok cerita Insidious tentu sama sekali tahu tentang lagu ni. Lagu ni, "Tip-toe Thru The Tulips"adalah lagu yang dimainkan di dalam cerita Insidious, kira macam soundtrack.Tiny Tim, penyanyi asal lagu ni adalah lelaki berbangsa Amerika. Tapi lagu yang aku tengah dengar waktu tu dinyanyikan oleh perempuan. Tapi BUKAN tu part yang menyeramkan aku.
Aku terus je dengar lagu tu sambil fikir yang mungkin ini kerja kawan-kawan ku. Agaknya nak menakutkan aku.Siapa tahu? Aku cuba fikir semua alasan logic yang dapat aku rumuskan. Mungkin handphone ni dah gila, technical problems la gamak nya. Sampai chorus aku mula lah bosan dengan lagu tu lalu nak tukar ke lagu lain. Aku PAUSE lagu Insidioustu. Kali ni aku nak dengar lagu Chapter Four by Avenged Sevenfold. Kalau korangnak tahu, aku guna traditional player yang Sony dah sedia dalam setiap smartphone Sony. Untuk PLAY lagu, kita just boleh select tajuk lagu dari semua senarai lagu yang ada. Semua orang mesti tahu. Ni kan zaman smartphone.
Nak dijadikan cerita, aku pun tekan lah lagu Avenged Sevenfold tu. Bila tekan, automatic dia akan PLAY terus lagu tu.
“Knee deep in flowers we'll stray”
Aik! Lagu Insidious! Siap sambung lagi dekat part yang aku PAUSE sebelum tu. Aku fikir dalam hati, “Sony Ericsson Arc S aku ni dah ting tong tahap dewa ni. Tapi tak pernah pulak jadi macam ni sebelum ni.” Aku masih tidak merasakan keseraman. Cuma KEPELIKAN yang menyelubungi. Apa lagi, akucepat-cepat PAUSE. Lagi sekali, aku tekan lagu lain. Dan SEKALI LAGI jugak lagu Insidious tu PLAY, sambung part yang sebelum tu. Dengan keliling aku yang gelap gelita, cuma cahaya skrin handphone yang menerangi.
LAGI SEKALI, aku tekan lagu lain dengan berdebar-debar. Tapi lagu Insidious jugak yang setia berkumandang! Aku dah mula pelik melampau. Aku tekan secara random dekat 5, 6 tajuk lagu tapi lagu yang sama jugak bersambung! Tak boleh jadi ni. Aku cepat-cepat OFF handphone dan ON balik. Aku cuba lagi PLAY lagu kali ni. YA ALLAH lagu yang sama jugak bersambung! Nak luruh jantung aku waktu tu. Aku cepat-cepat tekan STOP. Dengan keliling aku yang gelap gelemat satu apa pun aku tak nampak melainkan skrin handphone. Keseraman melanda. Ditambah pulak aku rasa macam adaangin yang menyapa muka. Aku terdiam dan terus bangun. Satu moto pun tak lalu depan rumah aku waktu tu menyebabkan keadaan sekeliling terlampau sunyi sepi.
Dalam 5 minit jugak aku terdiam dalam gelap tu sorang-sorang. Aku beranikan diri dan bangun untuk ON satu lampu di ruang tamu. Nasib baik tak ada apa-apa yang menyergah. Kalau tak mau aku pengsan jugak kat situ woi. Dalam aku tengah berdiri tu, aku tengok je handphone aku atas tilam tu. “Argggh…handphone je pn, tu pun nak takot,entah-entah handphone tu dah teruk sangat tu”, cetus ku. Aku buat selamba ambil handphone dan cuba lagi PLAY lagu lain. Kali ni, aku tak dengar guna earphone.Tak sanggup aku nak dengar lagu tu ulang-ulang guna earphone. Sakit jantung den.
Akhirnya….!!!!!.Alhamdulillah,bila aku tekan lagu Hello Heartache by Avril Lavigne, lagu Avril tu jugak yang berkumandang. Finally okay balik handphone aku! Thank goodness! Itu lah benda yang terjadi kat aku minggu lepas. Aku rasa technical problem kot. Handphone aku buat hal. Tapi tu lah FIRST and the LAST time handphone aku buat hal macamtu. Pelik memang pelik. Sebab sehari selepas tu, aku cari balik lagu tu sebab nak cuba dengar. Tapi yang peliknya lagu tu DAH TAK DE. Dah terdelete mungkin? Kena kacau jin mungkin? Mungkin. Mungkin. Mungkin. Hidup ni penuh dengankemungkinan.
Sekian.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
xdpt bayangkan rumah dikelilingi batu nesan |
|
|
|
|
|
|
|
Tak de la dikelilingi, belakang rumah je kubur. Kalau keliling kubur dah lama family den pindah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mata kero. X baca bebetoi tadi
u laki ke pmpn?
ai dulu ada kawan nama nadia.
Terbalikkan nama jadi aidan. |
|
|
|
|
|
|
|
Jeng. Jeng. Jeng. Kaum Hawa.
|
|
|
|
|
|
|
|
seram x insidious chapter 3? xdan nk tgk lg tp dh donlod dah. takut lak aku baca citer kau ni..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Bg aidan Insidious Chapter 3 tak berapa seram berbanding yg Chapter 2. Tengok la, jangan tak tengok.
Rasanya dalam Chapter 3 tak da langsung lagu TIP TOE ni, dalam trailer je die letak. Tak sure.
|
|
|
|
|
|
|
|
tt,,aku tau prasaan umah sblh kubur..tambah kubur lama,
kipidap |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah No 2 (Riuh Rendah)
Ni kisah masa kat rumah sewa pertama yang aku duduk. Dah alang-alang aku bukak thread aku sambung je sini terus walaupun tak de kaitan dengan movie Insidious. Maap ye. Siapa yang sudi nak baca, sila lah baca. Aidan busan yang amat so saja nak share.
Benda ni berlaku masa zaman aku belajar kat UiTM Shah Alam dulu. Masa tu sem 2 tak silap aku. Sem 1 dapat duduk kolej, jimat. Tapi apakan daya Sem 2 tak dapat duduk kolej sebab tak aktif dalam koku. Aku ni aktif main C.O.D je dalam bilik. Aku sewa kat area-area dekat unisel. Rumah Jalan Paladium la senang. Ha siapa yang duduk situ tau la area ni. Ni bukan cerita rumah sewa RM50 ye harap maklum.
Rumah 2 tingkat situ mostly bilik semua kat atas kecuali 1 bilik je kat bawah. Bilik paling kecik dalam rumah dan terletak kat dapur. Orang kata ‘bilik orang gaji’ gitu. Aku duduk bilik tu sebab nak bilik sorang. Bilik kawan-kawan aku semua kat atas, sharing. 1 rumah tu duduk 9 orang tak silap aku la. Kawan sekelas aku ada 3 orang. Yang lain aku tak rapat sangat. Ada 1 malam tu aku lepak dalam bilik je, apa lagi main game la. Time tu ada 2 orang je dalam rumah, yang lain semua tak de. Kira nya tinggal aku dengan sorang kawan aku ni. Dalam pukul 1 pagi, kawan aku sorang ketuk pintu bilik, jerit dari luar cakap dia nak keluar. Aku just cakap “OK!” sebab khusyuk pegang keyboard main game. Punya pemalas nak bukak pintu.
Dah main game dalam sejam, tiba-tiba teringat assignment yang belum siap, kena hantar Isnin ni. Ahh..sudah. Malas betul. Oleh sebab aku ni jenis tak suka tangguh-tangguh kerja, aku save game and exit. Mula la aku buat assignment dengan tekun pulun nak dapat 4 Flat,Apartment,Kondo lah konon nya. Suasan sunyi je time tu sebab aku tak pasang lagu apa-apa pun. 30 minit lepas tu, aku terdengar bunyi orang bukak pintu depan, macam nak masuk rumah. Siap sembang-sembang lagi. Tengok jam lebih kurang pukul 2.30 pagi dah waktu tu. “Haih dorang ni baru nak balik rumah” cakap aku dalam hati.
Aku buat tak tahu je la, sambung menaip. Disebabkan bilik aku di dapur dan dekat dengan ruang tamu, aku memang boleh dengar kalau orang sembang, duduk-duduk dekat sofa depan tu. Orang on off susi lampu dan kipas pun aku boleh dengar kalau betul-betul sunyi.
Kawan-kawan aku yang baru balik tu sembang makin rancak. Makin lama makin kuat pulak tapi aku tak dapat tangkap apa dorang cakap. Lepas aku habis ni aku nak jugak join dorang sembang-sembang huru hara. Aku sambung lagi buat keje. Dengar pulak kawan-kawan aku masuk dapur bukak gas tong tang tong tang nak masak. Kalau orang nak ke dapur kena lalu depan bilik aku jugak. So memang nampak macam bayang-bayang orang lalu. Aku seronok la ape lagi kawan nak masak, perut pun lapar, memang rezeki la kan. Salah sorang kawan aku ketuk pintu bilik aku sekali, aku jerit la “Ye, ye! Jap aku bukak pintu!” Untuk pengetahuan korang aku kunci pintu bilik and siap dah pagar lagi 1 bilik masa lepas aku solat isya malam tu. Aku pagar setiap penjuru dengan Azan and Ayat Kursi. Memang setiap malam aku akan buat macam tu . (Kalau tak sibuk).
Aku cepat-cepat la siapkan 1 lagi perenggan sebab aku memang tak suka buat kerja separuh-separuh and tangguh kerja. Tengah menaip tu aku bau macam nasi goreng, yelah kawan tengah masak kan. Sedap sangat perut dah lapar. “Haihh sabar jap perut, sikit lagi nak siap”. Kawan aku ketuk pintu lagi, tapi kali ni 2 kali pastu dengar die cakap “bukak”. Suara lembut je. Kawan aku sorang tu memang suara dia lembut je. Suasana kat dapur pun masih riuh rendah dengan gelak ketawa. “ Makin kalut la aku, “Ok.Ok. Jap aku bukak”. Aku menaip pun macam orang gila, nak tulis ‘BROKE’ jadi ‘BERUK’ . Kelaparan boleh mengubah manusia. Kali ketiga, kawan aku ketuk lagi, sekali…dua kali… Aku rimas dia ketuk banyak kali so masa ketukan kedua tu aku bangun and terus bukak pintu. “Ye, ye korang masa…” Ayat aku berhenti kat situ.
Tak de orang. Kosong. Gelap gelita.
Ye. Dapur dan ruang tamu kosong, satu lampu pun tak pasang. Tak ada siapa pun yang masak. Walhal tak ada siapa pun waktu tu dalam rumah tu kecuali aku! Terasa lembik lutut aku. Jadi tak tau nak fikir ape. Berdebar-debar jantung rasa nak pengsan. Baru tadi aku dengar kawan aku cakap bukak. Aku dengar dorang masak. Siap bau lagi makanan. Apa yang berlaku sebenarnya? Aku berani kan diri untuk On lampu dapur. Aku nak jenguk ke tingkat atas tak berani so aku masuk bilik dan kunci pintu. Aku ambil handphone dan text kawan aku.
“Wey, ko ada kat atas ke? Dah balik ea? Budak-budak lain ade?”
Mesej sent. Tak lama lepas tu dia reply.
“Aku kat luaq lagi la.Masa bila plak aku balik. Si Ina ngan Syiha pun xblk lagi. Aku baru ja lepas tanya depa”
Terkeluar jap jantung aku. Rasa macam tak percaya. Aku text lagi kawan-kawan serumah yang lain tanya sama ada dorang dah balik atau tak. SEMUA cakap tak.
Bermakna memang aku sorang je yang ada kat rumah malam tu!
Tak lena tidur aku. Terus bukak Surah Al-Baqarah sampai ke pagi. Biar je ulang-ulang. Sampai sekarang ni aku tak boleh lupa bunyi ketukan pintu tu. Dengan bunyi suara...
“Bukak……………………………………”
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rumah sebelah kubur jugak ke? Wahh kita geng.
|
|
|
|
|
|
|
|
selang sebuah umah kubur lama..muahahaha..tmpt main masa kecik2... |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih lak download lagu The Day That Never Comes. Tak pernah dengar lak lagu ni walaupun aku pun peminat Metallica sejak zaman sekolah lagi.
Yang rumah sewa kat Jalan Paladium tu aku boleh bayangkan camana bentuknya. Sebab tahun lepas pernah stay kat homestay situ. Cuma tak ingat bilik bawah tu camana. Tapi seram gak bila bukak2 pintu rupanya takde orang
BTW, citer best! Kipidap
P/s: Tak sangka lak pompuan. Ingatkan laki awal2 baca tadi eheh |
|
|
|
|
|
|
|
gilooo skeri meriii... aku setakat dengar bunyi guli ja...huhu...ketaq lutuiitt baca...
|
|
|
|
|
|
|
|
Waa..bunyi guli .
Takot..Tapi tu la setakat ni aidan kena kacau pun sekadar dengar bunyi je. Tak pernah lagi 'benda-benda' tu buat free show kat depan mata.
Waii mintak simpang ler.
|
|
|
|
|
|
|
|
Makk..skeri cerita kau aidan.. Punya tahap dewa jin tu buat kite tertipu kan, siap bau nasik goreng tu tak tahan. Nasib bek dia tak nonjol diri |
|
|
|
|
|
|
|
tt..smbungla lg..bes nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh...best3....cer sambung...cer sambung |
|
|
|
|
|
|
|
best jugak...
kipidap
dongibab
hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|