View: 3030|Reply: 22
|
[Tempatan]
Akhirnya terrorist Malaya kena cuci tandas ISIS.
[Copy link]
|
|
Majoriti rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk berperang di 2 negara itu, tidak pernah terlibat dalam peperangan dan akhirnya, berkesudahan melakukan kerja-kerja kasar, kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Timbalan menteri dalam negeri itu berkata, Isis tidak banyak merekrut rakyat Malaysia sebagai tentera kerana mereka tidak mempunyai sebarang latihan ketenteraan dan oleh itu, tidak pandai mengendalikan senjata.
"Tanpa sebarang kemahiran berperang atau pengalaman bertempur, rakyat Malaysia ini tidak pernah benar-benar mengambil bahagian dalam peperangan. Mereka hanya melakukan kerja-kerja am berdasarkan arahan komander kepada mereka.
“Jadi, mereka jadi pencuci tandas atau pembantu di dapur.
“Kebanyakan mereka tidak dibekalkan dengan senjata tetapi beberapa yang diberikan senjata berpeluang menyertai peperangan dan terbunuh atau tercedera dan terpaksa pulang ke tanah air," katanya kepada pemberita semalam.
"Tetapi pencuci tandas dan pembantu dapur ini menganggap diri mereka militan dan berusaha untuk menjadi askar.
"Fikiran mereka muktamad. Lawan dan bunuh. Apa yang mereka ada ialah semangat untuk berperang."
Beliau berkata, kerana keinginan mereka untuk melawan dan membunuh, mereka belajar sendiri kemahiran ketenteraan daripada militan lain seperti pembuatan bom dan bahan letupan yang ditambah baik.
"Bayangkan apa kerosakan yang mereka boleh lakukan kepada negara ini dengan kemahiran tersebut.
"Mereka boleh lakukan banyak keajaiban dengan mengebom kedai hiburan, gereja dan kuil."
Beliau berkata, daripada maklumat yang dikumpul dan dikongsi dengan perkhidmatan perisikan lain di seluruh dunia, kira-kira 96 rakyat Malaysia yang pergi ke Timur Tengah dengan harapan untuk menyertai Isis berperang.
Katanya, "6 atau 7 orang" setakat ini terbunuh.
Laporan sebelum ini menyatakan, 6 rakyat Malaysia meninggal dunia sebagai pengebom berani mati dengan seorang daripadanya, dilaporkan menerima latihan ketenteraan di Port Dickson, menerima penghormatan yang meragukan sebagai pengebom berani mati Isis pertama di kalangan warga Malaysia.
Ahmad Tarmimi Maliki, 26, dilaporkan memandu SUV tentera yang diisi dengan bahan letupan ke ibu pejabat senjata khas dan taktikal (SWAT) Iraq di al- Anbar pada Mei tahun lepas, membunuh 25 askar elit Iraq.
Wan Junaidi berkata, 40 orang militan lagi ditangkap sekembalinya mereka ke tanah air dan kini berada dalam tahanan.
Walaupun wujud ancaman daripada militan itu, Wan Junaidi berkata keadaan masih "dalam kawalan".
"Kita boleh katakan kenal kebanyakan daripada mereka dan sedang memantau dan memerhatikan mereka di bawah pengawasan."
– 11 Julai, 2015
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg tino lak dijadikan pemuas nepsew terrorist
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by colacoca at 16-7-2015 08:29 AM
Sama sj dgn warga negara2 lain yg masuk isis. Ada yg berperang. Ada cuci tandas. Ada jadi pengantin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kahkahkah selayaknyalah jadi pencuci jamban. Semoga taik isis memberi seribu keberkatan kpd teroria meleis |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tightcherry at 16-7-2015 06:17 AM
Mg jd hamba je Kat situ..sb tidak berhidung mancung,Mata biru |
|
|
|
|
|
|
|
Kebersihan itu sebahagian daripada iman
|
|
|
|
|
|
|
|
kire jdk tok siak la kt sane |
|
|
|
|
|
|
|
selayak nya lah dengan melayu2 berkerak itu.
berangan sangat kau kan dek |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 16-7-2015 05:36 AM
Kebersihan itu sebahagian daripada iman
btul tu
bersangka baik.. itu sebagian training utk mnjadikan jiwa pejuang yg thawadh'uuk. |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 16-7-2015 07:59 AM
btul tu
bersangka baik.. itu sebagian training utk mnjadikan jiwa pejuang yg thawadh'uuk.
Inshaallah sis. Ini dapat mendidik mereka supaya menjaga kebersihan tandas apabila mereka balik ke Malaysia kelak. Maka tiada lagi orang komplen tandas masjid kotor ke apa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknyalah cuci tandas. Nak pegi jadi terrorist tu pun menipu keluarga dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau orang malaysia jadi tukang cuci jamban je tak payah lah kerajaan susah hati bila depa join isis. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh naikkan pangkat kepada komander kebersihan gitu...gerenti public tak berani kotorkan tandas lagi...buat kalu..depa bom! haaa....amikkk!
|
|
|
|
|
|
|
|
wah wah. belajar sendiri.
self, fast learner gitu.
balik mulaisia boleh jd supervisor tandas. sapa berak xflush, bomb je. |
|
|
|
|
|
|
|
tandas tak bersih siap kau..kepala kena pancung..tu pun kira okay lagi terus gol..dibuatnya kena bakar idup-idup, dilemaskan dalam air idup-idup atau kena sembelih slow-slow barula boleh beroleh 72 bidadari yang masih dara.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada jadik pengantin..lawakkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Tetapi pencuci tandas dan pembantu dapur ini menganggap diri mereka militan dan berusaha untuk menjadi askar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ChildrenOfBodom at 16-7-2015 03:46 PM
dlm laporan2 akhbar antarabangsa jarang sekali dikaitkan terroris Isissy dgn malaysia, depa x recognize pon isissy dari mesia, yg selalu sebut dr eropah..
rupanya sebab x menyumbang pon dalam perang hanya tolong cuci jamban pak arab bodoh laknatullah tu.
media bahalol mesia saja highlight psl isissy dr mesia ni mcm depa ni laa yg dok terrorize irak dan suriah.....mau caprut isissy wannabe tak kagum...hakikatnya menyedihkan sgguh, hanya pencacai cuci jamban pak arab... |
|
|
|
|
|
|
|
tightcherry replied at 16-7-2015 05:13 AM
Mg jd hamba je Kat situ..sb tidak berhidung mancung,Mata biru
Betul tu
Baru nk cakap mende yg sama
Kalo skin color ala2 berkerak, lupakan saja nak angkat senjata ala2 militan
Haruslah disuruh jd kuli, tukang masak etc jah
Ala2 keje2 back office sebegitu
Yg hensem2 hidung mancung mcm ereb, mata hijau biru bleh la jd militan ala2 front line officer gitu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|