Dikecam Biar Anak Kencing Di Beg Muntah Dalam Pesawat
Jul 24, 2015
HO CHI MINH CITY – Penyanyi pop terkenal Vietnam, Le Quyen, menerima kecaman ramai selepas membiarkan anaknya kencing di dalam `beg muntah’ dalam sebuah pesawat baharu Airbus A350-900.
Tindakan selebriti ternama ini telah mengakibatkan air kencing kanak-kanak itu habis merecik dan terkena merata-rata tempat, lapor media tempatan.
Gambar anaknya lelakinya itu kencing dalam pesawat kebetulan telah dirakamkan oleh seorang penumpang ketika dalam penerbangan dari Hanoi ke Ho Chi Minh City yang dahulunya dikenali sebagai Saigon.
“Seorang penumpang wanita yang cantik di tempat duduk 11B, dengan kuku yang dicat, perpakaian mengikut fesyen, telah membuka beg muntah dan membiarkan anak lelakinya kencing, hingga merecik ke merata tempat.
“Ketua pramugara kemudian bertanya kenapa tidak ke tandas kerana ia boleh mengotorkan pesawat, namun dia tidak langsung memandang atau pedulikannya,’’ demikian tulis penumpang berkenaan yang dikongsi dalam media sosial.
Pada mulanya gambar Quyen telah dikaburkan oleh penumpang itu ketika dimuat naik dalam media sosial namun ia akhirnya terbongkar bahawa wanita itu adalah Quyen.
Ini kerana wajahnya dapat dikenali memandangkan Quyen akan memuat naik gambar di mana dia berada dalam pesawat setiap kali dalam penerbangan ke merata-rata tempat. – Agensi
Pernah terjadi didalam pesawat Delta Airlines kalau tak silap saya..menuju ke Boston,mainland cina ni suruh cucunya buang air besar atas seat beralaskan surat khabar.Pramugari menyurh pergi toilet tak nak..lalu melepas kat atas seat tu..bayangkan kamu duduk bersebelahan..???
org vietnam ni sama jer pengotor dgn cina mainland. teringat pengalaman pegi HCM kali pertama. kawan aku duduk dengan sorang minah vietnam. masa masuk flight minah tu dah duduk kat seat dulu. dah la ambik window seat kawan aku. tapi yang buat kita org tak boleh bla .. time kawan aku sampai ke seat tu .. minah tu dgn sedap dia je pangku kaki dia .. tgh ketip kuku2 kaki dia. motif ko ketip kuku dlm pesawat?? kawan aku berdiri kat sebelah tunggu dia siap ketip kuku baru nak duduk .. dia buat selambaaa je.
Post time 26-7-2015 01:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ultra78 replied at 24-7-2015 03:05 PM
Ada darah china mainland kot?
Pngakuan org Vietnam sendiri pada akk, majority Vietnamese adalah Chinese , depa celebrate Chinese New Year disini.. Sama mcm org Thai jugak, ramai Chinese ..