Pengguguran Muhyiddin: Orang Johor marahDua laman facebook yang menunjukkan sokongan kuat daripada golongan muda terhadap veteran UMNO yang merupakan anak Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Facebook
[size=100%]JOHOR BAHRU, 28 Julai:Kebanyakan penduduk Johor terutama generasi muda, meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial selepas berita pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri diumumkan, tengah hari tadi.
Ramai yang memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada Muhyiddin, 68, anak kelahiran Johor dan veteran politik UMNO yang menunjukkan prestasi yang membanggakan semua penduduk negeri itu.
Antara laman Facebook penyokong kuat Johor adalah laman bukan politik ‘Persatuan Bangsa Johor’ yang mempunyai lebih 155,000 pengikut.
Facebook berkenaan aktif dengan enam posting dalam Bahasa Melayu mengenai Muhyiddin digugurkan dan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu.
Postin pertama dimuat naik pada jam 2 petang selepas rombakan Kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ramai penduduk Johor yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan perdana menteri yang menggugurkan nama Muhyiddin, Ahli Parlimen Pagoh.
Ada yang memberi komen, UMNO bermain kotor dan meminta ahli UMNO Johor supaya bersatu dan meninggalkan parti sebagai menyokong Muhyiddin |