View: 4779|Reply: 4
|
DIY: Minyak Pelebat Janggut
[Copy link]
|
|
Para jejaka, anda inginkan janggut yang lebat, kini semuanya boleh dilakukan sendiri!
Tidak perlu lagi minyak pelebat janggut di luar. Hanya menggunakan beberapa bahan, anda bukan sahaja mendapatkan janggut yang lebih, sihat, malah lebih lembut dan berbau harum.
Malah, tekstur kulit wajah yang ditutupi janggut juga makin terjaga dan lembab. Apa kata anda cuba sendiri resipi 'rahsia' ini, jika anda pentingkan penampilan janggut dan jambang yang meletop.
(Sumber foto: Bestfashion)
1. Minyak 'Carrier'
Anda boleh menggunakan minyak seperti minyak argan, minyak kelapa dara atau minyak jojoba. Namun, paling mudah ialah minyak kelapa dara.
2. Minyak "Essential'
Hanya menggunakan nisbah yang sedikit, ia mampu menambah khasiat pada minyak janggut anda. Pilihan seperti minyak serai, pudina, kayu putih dan sebagainya. Paling mudah ialah minyak essential pudina. Ia menyegarkan kulit dan melembutkan janggut serta jambang.
Cara-cara:
1. Masukkan minyak kelapa dara ke dalam bekas atau botol sehingga hampir penuh.
2. Tambahkan minyak essential kegemaran anda seperti minyak pudina. Hanya titiskan 3 hingga 5 titis sahaja.
3. Tutup dan goncang botol tersebut. Nah, sekarang minyak janggut anda telah siap.
(Sumber foto: Art of manliness)
4. Sapukan pada janggut, jambang dan kumis anda setiap hari. Untuk rasakan kesegaran secara maksimum, gunakan selepas setiap kali mandi atau mencuci wajah.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
pakai minyak wak doyok je |
|
|
|
|
|
|
|
bgss..x yah beli..buat sendiri je, |
|
|
|
|
|
|
|
jadi basically ia adalah minyak kelapa dara dengan bauan dari minyak esential
bagus juga fasal boleh pilih bauan sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
yup..minyak kelapa dara mmg bgs... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|