CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: owen81

All About Perth, Australia Part IV

  [Copy link]
Post time 22-2-2019 11:48 AM | Show all posts
yellowfish replied at 22-2-2019 11:47 AM
Byk tak bw duit untuk shoping?

tak byk pon bwk cash tp card kan ada? hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 02:06 PM | Show all posts
moonbug replied at 29-1-2019 11:41 AM
I tak stay situ tapi ada lalu area tu masa nak ke Kings Park. Area tu dekat juga dengan kedai hala ...

oooo tqvm uolss for sharing infos... rs mcm nk tukar duk homestay pon ade jugak ni. tgh duk pk2..

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
olaoli replied at 22-2-2019 02:06 PM
oooo tqvm uolss for sharing infos... rs mcm nk tukar duk homestay pon ade jugak ni. tgh duk pk2..  ...

I suka stay Airbnb kalau pergi mana-mana
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Maz_Jeffri replied at 22-2-2019 11:37 AM
saya dah pegi dah.. yg syok masuk sketches. dan byk jugak baju plussize esp for man

Menariknya, tapi i pegi dgn public, accessible tak from cbd? Ke nearer to airport eh that place
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 09:23 AM | Show all posts
Edited by redz85 at 27-2-2019 09:48 AM
plain replied at 18-2-2019 01:10 PM
Sambung la lagi.. nak dgr experience org lain.. aku ari tu gi sampai leeuwin lighthouse...margaret ...

Hari ke empat.. pagi yang sangat sejuk. padahal tuan rumah ada sedia kan heater.

Nak istinjak & ambil wudu' pun siksa. Gigil-gigil.
Lepas solat lepak kejap sementara tunggu matahari terbit. Nak naik kan blind pun aku tunggu siang hari. Seram tengok luar rumah, teringat cerita hantu The Evil Dead.

Dalam esbok ada telur. Mungkin dari penyewa sebelum kami.. buat scramble eggs, makan dengan roti.

Lepas tu kami keluar tanpa arah tuju. Sekejap nak ke sana, sekejap nak ke sini. Kami masuk aje kereta pandu tanpa arah. Kalau nampak tempat yang menarik kami singgah.

Kami nampak The Margaret River Cheese Factory. Singgah sekejap, tak pasti kawan aku beli apa untuk mak dia. Kedai ini kecil aje.. tapi banyak juga cheese yang di pamer kan.

Lepas tu kita pandu ke Chocolate Company. Serious aku tak suka sangat tempat ini.. hairan ramai yang suka, macam wajib kena pergi kalau berada di Margaret River. Terjumpa juga orang melayu, tak pasti dari Indonesia atau Malaysia. Sebab aku tak sapa mereka.

Kat sini kawan kawan aku makan askrim. Seperti biasa aku tidak. Tak pasti halal atau tidak. Dah sah di luar ada sign tulis café tu hidang masakan babi. Berehat di belakang kedai ni, aku lemau sikit sebab hutan lagi.. tapi memang tenang ah di sini.

Berdekatan ada kedai jual kacang-kacang. Margaret River Nuts And Cereals. Masuk juga, beli 2 packet kacang. Pada aku mahal lah, sepaket $10. Kat Coles lebih murah.

Lepas tu kami bergerak ke north. Pergi ke Smith Beach. tapi tak dapat ke pantai sebab air pasang, laluan ke pantai penuh dengan air.. Kira kalau sapa yang minat surfing memang best ah tempat ni.. ombak nya besar.

Duduk lebih kurang setengah jam tengok orang surfing, kami tinggal kan tempat tu.

Masa dalam kereta sedang tengok map, ternampak pula Cape Naturaliste Lighthouse. Kami menuju ke sana. Rupa nya nak dekat closing. Tapi makcik yang jaga di situ sangat baik. Dia benar kan kami masuk. 4 orang dia hanya minta kami bayar $10. Kami jog ah ke sana kerana dia beritahu boleh nampak ikan paus.. tapi aku & kekawan tak nampak satu benda pun. Mat saleh kat sana siap dengan teropong.. teropong sana sini.. ntah dorang sama macam kami ntah nampak ke tidak.

Balik semua ke town.. beli makan di Coles.. terus balik rumah..

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 10:13 AM | Show all posts
Hari ke lima.. Seperti biasa pagi dah bangun untuk solat subuh.. macam biasa sangat sejuk. Lepas tu tak kuasa ke dapur.. baring kejap sambil layan youtube sampai tertidur.

Kawan kejut nak ajak keluar awal sebab nak gi Augusta. Perjalanan dalam 1 jam memandu. Bangun, mandi.. terus keluar.

Stop kejap kat kedai roti orang Iraq, beli roti & kopi untuk makan dalam perjalanan. Kawan aku beli baklava. Dia kata sedap.

Sebelum sampai Cape Leeuwin Lighthouse, berhenti kejap tepi pantai. Makan roti bawah pokok sambil tengok ada pompuan mat salleh ni mandi laut. Air & angin masa tu sangat sejuk tapi minah ni selamba aje berendam. Syok nya pasal tak sedar roti dah habis.

Sambung perjalanan ke lighthouse tu. Tak jauh lebih kurang 10 minit dah sampai. Haritu tak ramai pengunjung, Bayar terus masuk, adooiii sedap nya angin tiup kat muka.. punya lah sejuk. Kawan kawan aku naik ke atas lighthouse. Aku tak kuasa nak daki anak tangga. So hanya lepak di bawah sambil tengok 2 lautan bertemu dari atas tangga . Terbayang seketika kapalterbang MH370 yang di kata kan jatuh di Indian Ocean.

Lebih kurang sejam di sana, kita pandu ke Hamelin Bay.. main air sambil tengok anak ikan pari yang ada di tepi pantai. Di sini ikan pari di lindungi. Tak ramai orang di sini. Sedikit boring lah di sini.

Tak lama sebab ntah kenapa pantai nya bau busuk.. tak sedap betul udara nya.. macam bau taik.

Pergi ke Bandar Augusta, masuk supermarket IGA, padahal tak perlu apa pun. Pusing pusing tengok supermarket nya aje.. buang masa betul..

Masa dah sampai di Cowaramup ternampak ada Organic Vegie Shop, kami sesuka aje nak tinjau kedai tu.. ada banyak juga sayur & buah, tapi tak ada satu manusia pun di situ. Ada list harga sayur & buah di dinding kedai. Kalau nak beli, hanya masuk kan duit dalam honesty box.

Patah balik ke MR town, masuk pulak Coles. Beli roti.. telur.. pizza..

Balik rumah sebelum matahari terbenam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2019 10:18 AM | Show all posts
Edited by redz85 at 27-2-2019 10:19 AM

Hari ke enam..  Tunggu matahari terbit baru keluar rumah,  jalan-jalan di belakang rumah. Baru tahu belakang rumah ada tasik kecil & sungai.

Walaupun aku mengaku hutan ni sangat tenang, tapi pada masa yang sama aku takut.. Kalau ada serial killer memang tak ada orang tahu.

Sebelum keluar kami kemas rumah. Susun balik pinggan mangkuk.. buang sampah.. vacuum rumah.

Hari terakhir di Margaret River, check out cepat ah sebab nak singgah beberapa tempat kalau sempat.

  Jumpa tuan rumah untuk bid good bye. Pukul 9 pagi kami keluar tinggal kan rumah tu.

Pertama kita pergi ke Sunflower Animal Farm. $12.50 untuk 1 dewasa. Tempat ni best lah. Macam mini zoo.. Beli 3 baldi makanan binatang.(sayur.. roti & buah).  1 baldi $4 tak silap. Kita boleh feed haiwan-haiwan ni. Ada yang aku berani hulur makanan, ada main lempar aje lah.. takut pulak tengok lidah dorang. Lebih kurang satu jam aje di sini..

Masa memandu nampak sign kilang aiskrim (Millers) .. Masuk kejap. Sangat cantik tempat ni walaupun kedai nya kecil saja. Ada budak budak sekolah datang melawat, ramai juga dalam 2 bas besar. Kami biar kan mereka beli aiskrim dulu..

Kami lepak dulu di padang/taman, bergambar kat luar dengan patung patung lembu,. Lepas tu kami masuk tengok merchandise mereka, ada guests book yang kita boleh tulis. Ntah apa dorang tulis, aku tak kuasa tengok.

kawan kawan beli aiskrim, aku beli coffee mug Millers $15, dapat air kopi. Kami duduk di taman sambil minum kopi/makan aiskrim.

Kami terus kan perjalan ke Perth. Singgah juga di sana sini.. tapi aku tak ingat mana aku stop. Ada satu tempat macam R&R kami stop untuk buang air.. rasa macam ternampak Lake Clifton.  .

Senja baru sampai Perth. Rumah yang kami sewa sangat besar untuk kami berempat.

Malam  tu kami tak keluar.. rasa nya semua sangat penat. Lepas maghrib aku tidur sampai pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 10:26 AM | Show all posts
Hari ke tujuh ..

Kami tinggal di Surrey Road.. dekat aje dengan bandar. Lepas matahari naik, kami ke Perth City, mak aii parking mahal giler.

Kami menuju ke Target. Beli juga dua helai baju, teh sekotak besar, ada 12 flavours dan 6 cawan  ala Starbuck.

Belikan mak tea towel lagi. Keluar lah since tak ada apa apa menarik. Kami jejalan di luar. Sangat crowded, tambah pula dengan geng cina yang promote Christianity.

Kami naik kereta menuju ke Belmont Forum.. tempat sini lagi best. Kawan kawan masuk Kmart.. aku pula pusing satu mall tu. Siap masuk 3 supermarkets. Di sini ada banyak kedai souvenirs.. aku beli boomerangs, coasters, fridge magnets & aprons.

Terjumpa pasar raya cina, sayur sayuran dan buah buahan lebih murah dari supermarkets. Dan lebih citarasa dengan orang asia.

Ada food court, tapi hanya satu kedai halal jual kebab. Beli satu sebab dah lapar. Sangat sedap walaupun mahal.

Oleh kerana kul 5 mall nak tutup.. kami tak tahu mana nak pergi since ini hari last di perth. Kami pandu balik ke perth city.

Stop di Little blue house, setakat nak ambik gambar depan rumah senonet tu. Tak lama dalam lima minit aje sebab ramai yang nak bergambar di situ juga.

Lepas tu kami pusing pusing. Terjumpa Masjid. Masuk kejap.. wow lengang. Jumpa seorang lelaki melayu. Dia jadi imam ke bilal, aku lupa dia cakap apa.   Lepak kejap berbual.

Ronda lagi.. tapi banyak kedai dah tutup. Hanya pub yang buka.. ambik keputusan balik aje lah.

Makan malam ala kadar. Nasi telur kicap.. sedap juga. Kemas dapur.

Cuci baju kotor & kemas bag.

Lepas isya tidur, pukul 3.30 pagi nak bangun.

Aku tidur tidur ayam.. bangun, keluarkan baju dari dryer, last check semua bilik.. takut ada barang tertinggal..

Kul 4.15 pagi kami keluar rumah menuju ke airport. Top up minyak kereta. Tempat pulangkan kunci kereta bersebelahan dengan surau.

Solat subuh sebelum check in. Flight kami pukul 6.40 pagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2019 04:21 PM | Show all posts
Lai Lai Lai, sapa nak buat ETA boleh email saya!!

eta.australia@yahoo.com

svc fee RM 20 utk ETA yang approved!
RM 10 utk visa yang kena refer embassy!
*byr bila visa siap!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 08:43 PM | Show all posts
redz85 replied at 27-2-2019 10:26 AM
Hari ke tujuh ..

Kami tinggal di Surrey Road.. dekat aje dengan bandar. Lepas matahari naik, kami ...

Boleh beri info accomadation u x n also rate per day , tq

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 11:43 AM | Show all posts
intanazlynna replied at 27-2-2019 04:21 PM
Lai Lai Lai, sapa nak buat ETA boleh email saya!!

sekarang byk lagi ke kes visa tak lepas? takut lak nak beli tiket flight
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 08:57 PM | Show all posts
tapirbiru replied at 4-3-2019 11:43 AM
sekarang byk lagi ke kes visa tak lepas? takut lak nak beli tiket flight

jgn beli tiket dulu!

buat ETA dulu dah approve baru beli tiket

buat biar awal, buat 4bulan awal pun tak apa, nanti kot2 kalau kena refer embassy masih ada masa yang cukup


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 09:36 PM | Show all posts
laxmiza replied at 3-3-2019 08:43 PM
Boleh beri info accomadation u x n also rate per day , tq

fremantle colonial home.. $430 2 malam
bramley hollow cottages.. $760.. 4 malam

burswood delight house $735- 2 malam






Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 22-2-2019 02:25 PM
I suka stay Airbnb kalau pergi mana-mana

Aritu you stay airbnb which area?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
zyrieda replied at 6-3-2019 06:16 PM
Aritu you stay airbnb which area?

All Suites Perth kat Victoria Avenue. 5 minutes walking to Hay Street
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 6-3-2019 08:46 PM
All Suites Perth kat Victoria Avenue. 5 minutes walking to Hay Street

Adehhh sold out all suites 2nd week of April.... travel for 4 pax
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
zyrieda replied at 7-3-2019 06:45 AM
Adehhh sold out all suites 2nd week of April.... travel for 4 pax

Dah check kat Airbnb? Ada 3-4 apartments area CBD available second week of April tu including All Suites
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 11:49 AM | Show all posts
Uolsss .. sesuai ker gi perth by dec? Panas sgt ker summer dia?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 02:58 PM | Show all posts
Check in
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
zyrieda replied at 7-3-2019 06:45 AM
Adehhh sold out all suites 2nd week of April.... travel for 4 pax

Assalam Zyrieda,
Dapat dah ke accommodation kat Perth?
Kalau belum, ada short-term rental, private home run by orang kita yg menetap disana.
In Sya Allah, okay ghomahnyer, idak ler ala-ala backpacker, private home camtu.

Nak bagi details pun kat sini nanti violate rules porem lak kiter nanti

Tanye jer ler dulu:-
Kalau ada porumers yang nak datang Perth dalam masa terdekat ni, boleh ler tanya:
e : inapseri@gmail.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.237865 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list