CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14036|Reply: 0

Kreativiti Kitar Semula...Perabot

[Copy link]
Post time 4-8-2015 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Kreativiti Kitar Semula...Perabot Kreatif: Kesedaran mengenai kitar semula masih kurang di negara ini. Kempen yang pernah diadakan kian sepi dan suram. Lihatlah sendiri bagaimana keadaan tong sampah kitar semula... Umpama perhiasan dan tidak di gunakan dengan betul.

Kadang kala melihat orang yang mencari rezeki dengan mencari bahan terbuang bagaikan mereka pula lebih memahami kaedah pengasingan dan nilai bahan terbuang walaupun mereka sebenarnya tidak fikir pun mengenai kitar semula ini.  Ianya adalah bukti bahawa bahan terbuang juga mampu memberi rezeki buat mereka yang berusaha.

Namun mereka hanya memilih barangan buangan tertentu yang pastinya mempunyai harga pasaran yang tinggi. Bateri lama, besi buruk, timah, tin aluminium dan barangan tembaga menjadi sasaran kerana nilainya yang tinggi malah kadangkala ianya menjadi punca pula kepada kegiatan kecurian.  

Bagaimana pula dengan barangan terbuang yang kurang berharga malah ada yang tidak bernilai langsung. Sedangkan jumlahnya jauh lebih besar dan banyak seperti kain, perabut, kertas, kaca, plastik dan banyak lagi... Inilah tanggungjawab yang harus ada pada setiap individu...pengasingan dan kitar semula.



Pallet yang terbuang jika di olah...lihatlah hasilnya. Sebuah kerusi untuk kegunaan di luar rumah anda. Dengan kos yang sedikit tapi hasilnya amat menarik.
Sisih dan asingkan barangan buangan anda mengikut jenis bahan dan buangkan ia di tong kitar semula yang di sediakan di kawasan anda. Jika tiada, kumpulkan ia dan jual di tempat jualan kitar semula. Sekarang ini lebih mudah kerana mereka ini selalu meronda kawasan perumahan anda untuk membeli barangan terbuang. Pasti ada pulangan hasil dari keperihatinan  anda.

Sedikit panjang mukadimah entri kali ini....
Kali ini kita lihat pula kreativiti kitar semula yang bertemakan perabot. Lihatlah idea-idea kreatif bagaimana perabot juga boleh di buat daripada bahan terbuang... Anda juga boleh membuatnya sendiri... Anda akan jimat kos malah hasilnya juga menarik dan eksklusif.


Lihatlah betapa menariknya pallet terbuang di jadikan tempat duduk di ruang menonton di rumah anda.


Kerusi dan meja yang di buat dari pallet terbuang. Mungkin tiada siapa pun akan perasan setelah ianya di hias indah. Cantik dan menawan


Anda pasti teruja dengan rekaan meja dari botol dan papan terbuang ini. Sungguh cantik, unik dan penuh dengan elemen seni. Siapa sangka, botol yang terbuang itu boleh menghasilkan hasil yang sebegini cantik. Eksklusif dan anggun sekali .



Juga rekaan dari sebuah pallet terbuang menjadi meja yang unik. Saya sendiri pun tidak pernah terfikir bahawa pallet terbuang itu akan berada cantik di ruang tamu.


Lihatlah bagaimana pallet terbuang ini di jadikan katil yang sungguh menawan. Begitu kreatif dan mengujakan hasilnya. Lebih menarik dari katil mewah yang bernilai beribu-ribu harganya.  


Sebuah bekas gelung kabel yang terbuang menjadi meja dan rak buku yang sungguh menarik dan kreatifsekali.


Juga asalnya sebuah bekas gelung kabel yang menjadi kerusi dan meja untuk komputer anda. Jika di letakkan di sibercafe, pasti ianya menjadi tarikan yang unik. Kos pun murah.


Sebuah meja yang rosak pasti ada bahagian yang elok untuk anda guna semula, seperti idea di atas... jadikan ia meja hiasan anda pula. Kitar semula dan jadikan ia kepada sesuatu yang baru dan unik.


Perabot rumah anda kelihatan unik dan pasti menarik perhatian tetamu anda. Hasil kreativiti ini juga hasil dari pallet kayu terpakai. Pasti lepas ini anda akan menerima tempahan...


Jika idea kreatif...lihatlah hasilnya, sebuah katil buat si comel anda. Pastikan tiada bucu-bucu tajam yang boleh mencederakan pula...


Berikut pula pelbagai lagi idea kreatif dari pallet kayu terbuang untuk membuka minda mahu pun hanya sebagai tatapan mata anda. Menarik bukan!







Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif ataupun juallah ia di tempat kitar semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...

Relaksminda.blogspot.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.383729 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list