View: 12930|Reply: 84
|
Koleksi kisah seram (tak seram rasanya ahakss)
[Copy link]
|
|
Edited by theorkedd at 11-8-2015 03:26 PM
KISAH 1: PAK MI JAGA SEKOLAH
Perhatian: Aku dalam cerita ni merujuk kepada Pak Mi (bukan nama sebenar). Pak Mi ni ayah kawan aku dan dia kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di daerah Kuantan. Jangan tanya. Aku tak kan bagitau sekolah mana. Heheh.
Pak Mi ni tinggal tak jauh dari rumah aku jadi kalau cerita apa-apa pasal sekolah mesti sampai jugak ke telinga mak aku atau aku sendiri.
Ok nak mula cerita ni.
--------------------------------------------------------------
Malam ni aku bertugas sorang. Kadir (bukan nama sebenar) MC, demam panas sejak kelmarin. Dah jadi rutin sebagai guard sekolah, aku akan meronda kawasan sekolah setiap 3 jam. selebihnya menunggu kat post guard.
Dah dekat jam 12 tengah malam, jadi aku akan meronda. Aku capai cota dan torch light dan terus berjalan keluar dari post guard.
Mula-mula aku meronda kawasan kantin. Pusing belakang kantin sambil tangan melilau suluh sana sini.
“Emmm, kat sini clear.”
Aku cepat-cepat keluar dari kantin masuk ke jalan menuju ke blok pentadbiran. Aku diingatkan pihak sekolah supaya check blok ni dengan teliti sebab dulu pernah terjadi kes kecurian di pejabat sekolah. Duit dalam laci kerani lesap, nak kata nilainya banyak tak jugak.
Sedang berjalan ke arah blok pentadbiran, bunyi tong sampah jatuh dari tingkat 3 blok tersebut.
Aku rasa tingkat 3, sebab macam jauh dari tempat aku berdiri.
Aku suluh menggunakan torch light. Bunyi tu berhenti. Aku terkocoh-kocoh berlari ke arah tangga untuk naik ke tingkat 3. Torch light sekali lagi aku hayunkan ke atas ke bawah. Mencari punca bunyi tadi.
“Hah, ni mesti kucing yang selongkar tong sampah. habis terbalik!”
Aku melangkah ke arah tong sampah tu dengan cepat. Fikiran aku positif. Kot kot la pencuri nak cepat lepastu terlanggar tong sampah. Siapa tahu.
Memang betul sangkaan aku, seekor kucing sedang menyelongkar tong sampah semahunya. Aku baru saja nak beredar dari tempat tersebut, membiarkan sang kucing mencari rezeki.
Tiba-tiba…
“Cari siapa tu pak cik?”, suara kanak-kanak lelaki yang macam sayu menyapa halwa telinga.
Bulu roma aku menegak. Aku rasa tak sedap hati. Aku berpaling ke arah tangga yang aku naik tadi. Ternampak seorang budak lelaki dengan baju sekolah koyak rabak dan kepalanya pecah berdiri di tangga tersebut.
Aku dapat rasa yang tu bukan manusia. Takkan manusia kalau dah macam tu yedak. Aku nak lalu tangga belakang tapi bila fikir balik grill bawah terkunci.
Nak tak nak kena jugak lalu ikut tangga tu. Bacaan ayat qursi laju meluncur keluar tapi bayangan budak tu tak jugak hilang. Aku tawakkal dan terus berjalan. Torch light aku padamkan.
Sampai di tangga, aku nampak kelibat budak tersebut berlari menuruni tangga. Ya, dia lalu di tepi aku. Sipi-sipi je dengan penghadang tepi tangga tu dan entah macam aku nampak,
BUDAK LELAKI TU TERGOLEK-GOLEK JATUH KE TINGKAT 1!!! MENEMBUSI PENGHADANG.
PENGHADANG ANTARA TINGKAT 3 DENGAN TINGKAT 2 TU.
Aku telan air liur. Cepat2 berlari menuruni tangga. Sampai di tingkat bawah, kelibat tu dah tak kelihatan. Aku tarik nafas lega.
Rasa takut masih lagi ada dalam diri, blok yang menempatkan kelas aku tak jenguk langsung. Terus aku berjalan menuju ke post guard yang terletak berhampiran pintu pagar sekolah.
Aku tutup pintu dan duduk. Terlelap.
..
Aku terjaga dengan bunyi alarm handphone cikaiku.
“Ahh! Dah jam 3 pagi!!!”
Maknanya aku kena meronda sekali lagi. Torch light yang tadi aku letak meja dicapai. Keluar dari pondok tersebut aku menyalakan sebatang rokok.
“Pekena dulu sebatang, baru tak takut.”, aku berkata kemudian tersenyum sendiri mengingatkan kejadian misteri tadi.
Habis menghisap rokok, aku mulakan langkah meronda kawasan sekolah dengan bacaan ayat Qursi, al- Fatihah dan 3 Qul. Alhamdulillah tiada apa yang pelik berlaku.
Dalam setengah jam selepas tu, aku kembali ke pondok jaga. Sekolah ni kecil je, jadi masa meronda pun sekejap jela.
Sesampainya di pondok jaga aku nampak macam manusia sedang tidur di kaki lima pondok tersebut. Aku pegang cota kemas2, risau orang gila yang menyinggah.
“Oiii, kalau nak tidur kat tempat lain lah. Bukan kat sini”, aku kuis objek tersebut dengan hujung kaki.
TAPI objek tersebut keras macam batu dan berselimut penuh. Aku kuis lagi sekali. Kali ni aku dengar bunyi tapak kaki belakang aku dan aku berpaling. Tiada siapa pun!!
Aku pusing balik ke arah objek tadi, malangnya objek tadi dah lesap!
Aku rasa seram sejuk balik. Bila diingat balik baru perasaan objek yang aku kuis tadi adalah pocong dan sedang berbaring meniarap!
“Hah! Dua kali aku kena malam ni. Ya Allah mintak2 la lepasni tak ada apa dah.”
Sampai lepas Subuh Alhamdulillah tiada kejadian pelik yang berlaku. Shift aku tamat pukul 7 pagi. Lepastu aku diserang demam panas selama 3 hari.
-----------------------------------------------------------------
Aku rasa sebab tu Pak Kadir demam panas sebelum tu. Lepas Pak Mi ni baik dari demam, dia pergi berjumpa dengan salah seorang guru yang telah berkhidmat lebih 10 tahun di sekolah tu.
Guru tu cakap dalam 8 tahun lepas ada kes budak lelaki jatuh dari tingkat 3. Masa tu penghadang tepi tu berkarat jadi pihak sekolah nak tukar baru. Masa tu pihak yang kena pasang penghadang tu tak datang lagi.
Jadi tangga tu ditutup untuk kegunaan. Grill bawah pun kunci. tapi ni budak nakal, budak kelas hujung. Degil main kejar2 dengan kawan-kawan sampai lupa tangga tu tak boleh guna.
Dia berlari turun tangga dan masa nak turun tu dia tak sempat pusing nak turun dan terus jatuh ke bawah.
Fuh seram aku dengar Pak Mi cerita haritu. Sekian saja perkongsian aku buat kali pertama. Nanti kalau ada cerita baru InsyaaAllah aku buka thread lain.
p/s: Ampun banyak2 kalau cerita ni tak seram. Aku tak pandai sangat nak olah cerita.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi ! |
|
|
|
|
|
|
|
seram, best
cerita jaga di sekolah, tak pernah tak best
bila ada cerita baru, rasanya tak perlu buka thread lain
sambung je kat thread ni
|
|
|
|
|
|
|
|
best wehhhh cepat cepat sambung plssssss |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-8-2015 11:57 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
sofiazara replied at 11-8-2015 12:34 AM
teruskan2
ia seram
Hehe
Tq sudi baca |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-8-2015 11:59 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
uori replied at 11-8-2015 08:58 AM
nak lagi !
Nanti ada cerita lain sy update |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-8-2015 12:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
lavender_aqua replied at 11-8-2015 09:10 AM
seram, best
cerita jaga di sekolah, tak pernah tak best
bila ada cerita baru, rasanya tak perlu bu ...
Tu la. Kebanyakkan jaga sekolah mesti ada alami menda2 mistik.
Tq. Orait nanti bila ada cerita baru sy update sini |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-8-2015 12:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cik.nana replied at 11-8-2015 09:22 AM
Best best. Kipidap.
Tq cik nana |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-8-2015 12:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
juliesha replied at 11-8-2015 09:44 AM
best wehhhh cepat cepat sambung plssssss
Cerita ni tamat sampai sini. nanti insyaaAllah sy update cerita lain. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
owh..habis sudah??
nanti tambah lagi sirinya ya
|
|
|
|
|
|
|
|
Orait. InsyaaAllah nanti sy tambah lagi. tengah kumpul cerita ni. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya kisah budak lelaki tu...alahaiii....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka sekolah pun ada kes kematian yang ngeri.
huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
seram tuh
memang demam xkebah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by theorkedd at 21-8-2015 05:30 PM
kita yang baca pun seram. apatah lagi orang yang mengalaminya kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by theorkedd at 11-8-2015 03:51 PM
KISAH 2: TANGAN MISTERI DI RUMAH TOK MEK
Aku dulu sejak dari kecik lagi suka dengar cerita hantu. Korek sana korek sini tapi aku ni penakut lah jugak. hahahaha. Tak berani sangat
Cerita ni aku dapat dari mak aku. Cerita pendek je. Zaman muda mudi dulu kat kampung. Mak aku ni tak tua sangat lagi, dalam 40-an cenggitu haa. Muda lagi mak aku ni Heh.
Actually banyak menda pelik yang terjadi kat rumah ni, lain kali aku sambung cerita yang lain2 tu.
Mak aku orang Kelantan. Cerita ni masa mak aku umur 18-19 tahun gitu.
AKU DALAM NI ADALAH WATAK MAK AKU.
Malam ni aku tidur rumah moyang aku. Aku bahasakan dia tok mek. Masa ni dia dah uzur. Rumah tok mek aku ni besar, tapi dia tinggal sorang2 je sebab anak cucu cicit duk rumah sendiri. Ikut turn lah kiranya teman tok mek aku ni. Malam ni turn aku.
Dalam rumah tok mek aku ni ada tiang seri. Tiang seri sebesar pemeluk dan ada ukiran corak floral. Memang cantik lah tiang tu, tak dinafikan.
Aku kalau tidur memang suka sangat parking kat tepi tiang seri. Sebab aku rasa kat situ best. Lagipun dekat dengan tempat tidur tok mek aku tu. Dia tidur kat belah sana. Sebelah tiang seri jugak.
Malam tu macam biasa, lepas aku dah siap cuci pinggan cawan kat dapur aku naik atas. Tengok2 kalau tok mek aku tu nak apa apa. Dia dah lena rupanya.
Aku pun nak masuk tidur macam biasa. Rumah ni kalau tidur memang bergelap, pasang lampu dapur. Berpinar mata kata tok mek aku kalau pasang lampu.
Aku tidur seperti biasa. Dah lena aku tidur, tiba-tiba terasa ada tangan yang menjalar kat paha aku. Aku agak dalam jam 2-3 pagi.
Tangan tu menjalar dari atas paha siap ada sound effect lagi.
“Nok jamoh sikiiiitttttt”
Sikit tu panjang harakat dia. Suara tu suara orang perempuan. Aku memang tutup mata tak mau bukak punya.
Kalau aku bukak nampak apa yang tak sepatutnya naya je.
Entah dari mana aku dapat keberanian. Sedang tangan dia menjalar kat paha aku tu. Aku cepat2 cubit tangan tu.
Aku dapat rasa tangan tu kulit orang tua, berurat. Aku cubit urat kat atas tapak tangan dia sekuat hati aku sambil mulut terkumat-kamit baca ayat suci.
Sedang aksi cubit mencubit tu aku terdengar suara tok mek berdehem.
“Erghh ehemmm”
Dalam hati aku, “takkan tok mek aku hulur tangan. Jauh jugak jarak ni. Takkan tangan tok mek panjang macam ni.”
Aku rasa ‘benda’ tu sakit. Aku cubit kemain kuat. Hahaha nasib baik tak terkoyak kulit. Lepastu tangan tu hilang dengan sendiri dan aku pun tidur macam biasa.
Pagi esok lepas Subuh aku cepat2 lari balik rumah. Takut punya pasal.
----------------------------------------------------------------
Masa mak aku cerita dulu aku gelak guling-guling. Lawak pun ada bila part mak aku cubit tu. Hahahaha. Berani jugak mak aku ni.
Cerita pasal rumah tok mek ni banyak sebenarnya. Mak sedara ngan mak sepupu kepada mak aku pun banyak kali kena.
Sampai sekarang mak aku tak tahu tangan siapa yang pegang dia malam tu.
Adakah tok mek?? Atau jeng jeng jeng???
Nanti ada masa aku cerita pasal mak sedara ngan mak sepupu kepada mak aku tu, InsyaaAllah.
|
|
|
|
|
|
|
|
nkkk lagiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
seram derr
lagi lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|