Wanita Tunjuk Seluar Dalam Bukti Hubungan Seks Dengan Sami
Aug 11, 2015
China – Memalukan.Seorang sami yang terkenal di China dan mempunyai berjuta-juta pengikut di seluruh dunia termasuk selebriti seperti Tina Turner dan Orlando Bloom, kini dihimpit dengan skandal.
Shi Yongxin, yang juga ketua kuil Shaolin didakwa mempunyai perempuan simpanan.
Keadaan bertambah hangat apabila wanita itu dikenali sebagai Liu Liming telah memuat naik gambar seluar dalam yang dikatakan dipakainya ketika melakukan seks dengan Shi.
Selain berkongsi seluar dalamnya, Liu juga memberitahu dia telah menghantar kondom mengandungi air mani Shi kepada seorang doktor untuk tujuan keselamatan.
Liu juga mendakwa dia dan Shi menjalinkan hubungan sulit di hotel-hotel seluruh China lebih 20 kali selepas kali pertama bertemu tiga tahun lalu.
Dia juga mendakwa telah mengandung namun kandungan itu terpaksa digugurkan.
Skandal terbaru ini telah memaksa pihak berkuasa di China untuk menjalankan siasatan selepas tersebar dakwaan bahawa Shi juga mempunyai anak luar nikah serta kaki perempuan.
Kuil Shaolin yang menjadi tempat di mana Shi menjadi ketua itu merupakan tempat latihan bagi sami dan menjadi satu jenama yang popular serta menarik perhatian orang ramai di seluruh dunia.
Ia menjadikan Shi sebagai salah seorang sami yang terkenal di dunia namun imejnya terjejas susulan kebocoran dokumen dan gambar-gambar tidak bermoral oleh seorang lelaki yang menggelar dirinya sebagai . ‘Shi Zhengyi’.
Beliau telah menghantar gambar-gambar berkenaan kepada akhbar Huashang Bao, untuk menunjukkan bahawa Shi adalah seorang yang tidak bermoral dan berkelakuan buruk.
Kuil Shaolin bagaimanapun mendakwa tuduhan berkenaan sebagai fitnah dan berniat jahat.
Errkk suo dalam made in China PRC ternyata berkerak walau hanya sekali shj dipakai. Jgk kondom made in China PRC x tahan, boleh bocor bila dipakai oleh org gumuks
dh lumrah tuhan buat elok2 manusia berpasangan.. tp kalau dh sendiri nk jd sami silalah kekang nafsu anda.. ni sampai skandal byk sgt apehal??wat malu sami lain yg btl2 x buat hubungan je.
aku dah lama carik cite lama tajuk TEMPTATION OF A MONK
lamaaaaaaaaa dulu dah tenguk but nak refresh story tuh.. macam omen plak..apa dalam cite tu btui jadi hahahaha
korang kenai SAI BABA dak?;
reverand Jones kenai? yang mati bunuh diri ngan pengikut beribu2 oang di Guyana polohan taun dulu, ce cek
Jones Temple of the Doom
cite indiana jones tu..depa buh surname Jones tu ada sebab gak tau..bukan main2 bubuh
macam p ramlee aku notis cite masam2 manis..nama guru besar tu MOHAMMAD BASAR, guru besar yang melihat selalu..dia kantoi tidoq dalam keleh hahahahaha geniusss sungguh arwah