CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5276|Reply: 5

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Mayat Ramses II

[Copy link]
Post time 17-8-2015 12:38 PM | Show all posts |Read mode


Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan  Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia  Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati  tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut  baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.


Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu  diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu  disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi  Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya  oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh  doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

                                                        Prof. Dr. Maurice Bucaille

Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi
.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan  khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin  Mesir, Anwar Sadat.

Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat  sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan  pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir  kuno itu.

Hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam  yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar  bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera  dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya  jasad itu tidak buruk.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding  jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai  penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan  kaedah pengawetannya.



Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).  Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan  tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam  Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada  Academie Nationale De Medicine, Perancis.










Kisah Firaun Di Dalam Al-Quran

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui  tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara  sehingga ke hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau  menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang  berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan  perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggi.

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila  diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam  telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya  diselamatkan.

Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima  oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.  Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang  lalu.
Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firauan yang  terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana  al-Quran dapat menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari  hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Adakah masuk akal ,di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba  menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini?  Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran  diturunkan,” kata hatinya sendirian.

Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan  Firaun tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak  diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:
“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak  dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan  berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang  berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan  diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)





Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung  mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas  tenggelam. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.


Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus  mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk  bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman  Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun  dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran  berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu  dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan  sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.”(Yunus: 92)


Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar  tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat  diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains  untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu sebak dan keharuan, beliau pun bangun  dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan  beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi  beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan mengkaji seluruh isi  al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan  seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai  bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.




Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai  Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah  selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah.  Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik  tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai  fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,”  katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
ISUHANGAT


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 01:49 PM | Show all posts
subhanallah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 03:09 PM | Show all posts
Allahuakbar........
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 09:49 AM | Show all posts
Alhamdulillah........
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2016 08:00 PM | Show all posts
atheist kalau baca ni mmg terbakar segala jantung dan otak mereka. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2016 12:27 PM | Show all posts
subhanallah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.052391 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list