CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: NaylaArisha

[CONTEST] CERPEN SEMPENA KEMERDEKAAN (deadline 16/9/215)

[Copy link]
Post time 15-9-2015 03:56 PM | Show all posts

RE: [CONTEST] ~Targisnya Merdekaku~ Bahagian 1

Edited by wipers81 at 15-9-2015 04:02 PM

Tragisnya Merdekaku.

Sulaiman berlari-lari anak, meredah kegelapan malam yang kian kelam. Walaupun suasana malam itu dingin namun peluh kelihatan memercik di dahinya hingga nampak berkilat sebaik disuluhi cahaya bulan yang mengambang penuh. Entah bagaimana, kakinya telah tersadung akar pokok. Jamung yang dipegang telah terlepas. Dia pantas bangun semula, mengutip jamung dan kembali mengatur langkah. Kali ini berjalan tapi dengan laju, tidak mahu tersungkur lagi. Matanya sesekali melirik kawasan keliling yang gelap. Peluh yang sudah banyak memercik di dahi, di kesat dengan lengan baju.

"Mak Timah." Dia pandang sekeliling laman rumah itu, tidak berani jerit kuat-kuat.

"Assalamua'laikum Mak Timah." Kali ini dilantun agak kuat suara apabila tiada respon dari tuan rumah.

Bunyi berkereot, pintu kayu rumah itu. Muka Mak Timah sudah terjengul sambil mulut menjawab salam.

"Kau leman. Kenapa?" Mak Timah juga memerhati sekeliling.

"Nab Mak Timah. Air ketuban dia, dah pecah.Tu, tengah mengerang sakit kat rumah."

"Lah. Kejap, aku siap. Kau tunggu." Mak Timah bergegas ke dalam. Tugasnya sebagai seorang bidan perlu dilaksana walau dalam keadaan apa sekalipun. Darurat, keadaan sekarang sedang diisytihar begitu. Komunis... makin mengganas.

Laju langkah yang diatur oleh mereka berdua. Sulaiman membaca bermacam-macam doa, mohon perlindungan dari Yang Maha Esa. Risau dengan keadaan isterinya Zainab di rumah semakin mengasak. Sudah lama mereka menantikan kehadiran cahaya mata setelah hampir lima tahun berkahwin. Kelahiran anak sulung... dalam waktu darurat ini. Sulaiman resah, semakin laju langkah dihayun.

"Leman, tunggu aku." Mak Timah sudah tercungap-cungap. Laju betul lelaki itu berjalan hinga termengah-mengah dia mengejar.

Sampai di rumah Sulaiman, bergegas Mak Timah menaiki tangga. Bilik yang menempatkan Zainab dituju.

"Macam mana Nab Kak Mah?" Kakak Sulaiman, Salmah ditanya.

"Sakit makin kerap. Dah nak bersalin sangat tu." Salmah mengurut lembut lengan Zainab yang kelihatan agak lesu.

"Kak Mah, minta Leman jerang air."

Salmah bergegas mendapatkan Sulaiman. Elok sahaja dia menghampiri,

"Oh opocot dah meletup!"

Sulaiman pantas mendapatkan Salmah. Pantas dia menarik tubuh kakaknya, meniarap. Riuh rendah di luar sana dengan bunyi tembakan. Pasti ada komunis yang masuk kampung, detik hati Sulaiman.

"Man, Mak Timah suruh masak air. Macam mana ni?"

"Man buat kak." Bagai lagak seorang askar, dia menggerak tubuh yang sedang meniarap. Demi isteri yang sedang menyabung nyawa, dia rela berkorban. Dengan bersusah payah dia menjerang air tanpa menyedari bunyi tembakan kian mengurang.

"Ya Allah, sakitnya Mak Timah." Zainab sudah berpeluh-peluh. Sekejap ke kanan, sekejap kek kiri tubuhnya dialih. Sakit... dia tak tahu nak gambarkan bagaimana?

"Sabar Nab. Bawa mengucap. Anak kau dah turun elok ni." Mak Timah berusaha memujuk. Anak sulung, memang payah sedikit. Selalunyalah.
Sulaiman bergegas menghantar air panas yang diisi dalam besen.

"Kau tunggu kat luar Leman." Mak Timah sudah menghilang ke dalam sebaik menyambut besen itu.

Sulaiman mula mundar-mandir. Bunyi dentuman tembakan mula kedengaran lagi. Sulaiman beristighfar, mengucap banyak-banyak. Doa tidak putus dari bibir, memohon perlindungan dari Allah swt. Sedang dia begitu, entah bagaimana, satu peluru sesat menembusi dinding rumah lalu betul-betul di hadapannya. Dia sudah berdiri kaku kerana terkejut.

"Ya Allah."

Sulaiman bergegas menapak ke bilik.

"Mak Timah..."

"Nasib baik tak kena, lalu atas kepala aku."

Sulaiman mengucap syukur. Aduhai Mak Timah, buat suspen pula. Dia kembali ke ruang tamu, mundar-mandir semula. Sebaik teringat akan peluru sesat tadi, lekas-lekas dia duduk. Sulaiman lantas mengucap syukur kerana tidak lama selepas itu bunyi tangisan bayi bergema. Hatinya...bermacam-macam rasa ada. Syukur, semuanya selamat.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 04:04 PM | Show all posts

RE: [CONTEST] ~Tragisnya Merdekaku~ Bahagian 2

Edited by wipers81 at 15-9-2015 04:12 PM

"Man, nah tengok anak kau ni." Mak Timah menghulur bayi yang sudah berbalut kain batik.

"Anak lelaki," kata Mak Timah sebaik melihat riak terpinga-pinga di wajah Sulaiman.

Sulaiman tidak tunggu lama. Anak yang memang telah lama dinanti, diazan di telinga kanan. Dia mahu anak itu membesar, menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan agama.

*****

"Hadi..." Sulaiman duduk di kerusi kosong sebelah anak tunggalnya.

"Ni kenapa termenung?" Bahu anak itu sudah ditepuk lembut. Sekejap masa berlalu. Anak tunggalnya itu kini sudah berumur 30 tahun. Jika masa boleh diputar kembali...

"Hadi terkenang arwah mak."

"Hadi, doa banyak-banyak kat mak. Abah pun rindu. Yalah, 30 tahun dia pergi."

"Hadi sedih abah. Tak pernah rasa kasih sayang mak tapi Hadi syukur sangat sebab ada abah." Tubir matanya sudah berair. Hanya mampu menatap wajah arwah emak di dalam potret selama ini.

"Dahlah Hadi. Tak elok sedih-sedih. Doakan mak, moga dia tenang kat sana."

"In Sha Allah abah. Hadi minta diridulu."

"Kerja banyak ke Hadi?"

"Macam biasalah abah. Kejap lagi Hadi balik. Nak pergi pantau sekejap."

Sulaiman menghantar anak tunggalnya itu dengan pandangan mata. Dia kini menetap bersama anak tunggal di kuaters yang disediakan di hospital. Bertugas sebagai seorang doktor, menuntut Hadi menjadil elaki matang sebelum usia. Itu cita-cita yang disemai oleh anaknya sejak kecil. Mahu menyelamatkan nyawa manusia seramai mungkin, itu azam Hadi. Sulaiman duduk di laman rumah dengan pandangan di hala ke kolam ikan kecil di depan. Dia memejam mata barang seketika. Air jernih, kelihatan turun di tubir mata. Dari tadi dia tahan, takut anak itu  perasan dia menangis. 30 tahun, dia tidak menikah lain. Setianya pada Zainab hingga sekarang. Dia tidak mahu Hadi mendapat ibu tiri. Pengalaman sendiri, banyak mengajar Sulaiman akan peritnya hidup dengan ibu tiri. Namun tidak semua ibu tiri jahat tetapi dia juga tidak mahu tersalah pilih.

"Nab... abang rindu," rintihnya.

30 tahun lepas... 31 Ogos 1952.

"Nab macam mana Mak Timah?" Dia risau, Zainab masih lesu selepas bersalin.

"Kau masuklah. Tengok sendiri." Lemah nada suara Mak Timah.

"Nab," panggilnya. Muka pucat Zainab ditatap. Tangan Zainab diusap lembut.

"Abang, jaga anak kita elok-elok."

"Nab... kenapa ni? Jangan cakap yang bukan-bukan. Nab akan sihat." Sulaiman mengusap kepala isterinya.

"Abang, masa Nab dah sampai. Nab minta ampun ya bang. Halalkan makan minum Nab..." Zainab berhenti berkata-kata sebaik jari suaminya melekat di bibir.

"Mak Timah, tak boleh ke tolong?" Mata Sulaiman berair sebaik melihat Mak Timah menggeleng.

“Abang...”

“Nab, mengucap sayang.” Bibirnya dekat dengan telinga Zainab. Mulut Zainab dilihat terketar-ketar mengucap. Sulaiman merintih sedih sebaik melihat mata Zainab perlahan-lahan tertutup. Dada isterinya juga mendatar. Zainab... telah pergi meninggalkannya.

“Abah, sejuk kat luar ni. Demam pula nanti. Jom masuk.”

Sulaiman yang terkejut tidak menjawab hanya bibir mengukir senyum.

“Abah... teringat cerita lama ya.” Hanisah merenung wajah lelaki di depan.

“Mana boleh lupa kisah lama Nisa. Mak Hadi meninggal lepas lahirkan dia sebab terkena peluru sesat masa komunis mengganas kat kampung abah dulu. Sampai sekarang abah tak boleh lupa.”

Hanisah terdiam. Sewaktu mula-mula mengenali Hadi, mendengar bagaimana kematian ibu suaminya itu, dia benar-benar terkejut dan sedih.

“Abah nak masuk bilik kejap.”

Hanisah yang sedang sarat mengandung melihat tubuh tua itu berlalu ke dalam. Walaupun agak berusia namun bapa mertuanya masih kelihatan tegap dan segak.
Sampai ke hari ini, dia sangat kagum dengan kesetiaan lelaki itu terhadap arwah isteri.

“Abah...” Hadi membuka pintu kamar abah dengan perlahan. Matanya menangkap susuk tubuh abah yang sedang terbaring di atas katil dan dia semakin
mendekati.


“Abah,” Hadi sudah duduk melutut di sisi tubuh yang sudah kaku. Akhirnya, abah pergi jua menemui Pencipta. Berakhir penantian rindu abah... mahu bersama emak.



TAMAT






Tak tahulah kena atau tak dengan tajuk dan tema. Hantam sajalah labu. Hehehe.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 01:52 PM | Show all posts
errr errr.. penyertaan no1 nak tarik diri..
siapa setuju angkat baju merah..
siapa tak setuju angkat baju kuning..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 01:58 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 21-9-2015 01:52 PM
errr errr.. penyertaan no1 nak tarik diri..
siapa setuju angkat baju merah..
siapa tak set ...

Awat nak tarik diri?

By the way, aku ingatkan peserta no. satu menang tanpa bertanding. Mujur di saat-saat akhir, ada juga yang masuk
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 02:03 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 21-9-2015 01:58 PM
Awat nak tarik diri?

By the way, aku ingatkan peserta no. satu menang tanpa bertanding. Muju ...

bermurah hati nak derma tacang

aku buat poll tapi blom bukak pending a few things, dan ini salah satunya..

sorry @Ipo
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 02:31 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 21-9-2015 01:34 PM
cmf_conan replied at 21-9-2015 01:03 PM
bermurah hati nak derma tacang

aku buat poll tapi blom bukak pending a few things, dan ini s ...

tersedak milo ais aku la...

Ipo undi merah!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2015 02:42 PM | Show all posts
ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la
ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la
ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la ok la


tak nak siku aku buruk..berdosa dah ambil tacang..


teruskan dengan poll pengundian...buka pagar 100 tu ya..
tarik balik undi merah aku tu......tacang 50 tu dah masuk perut lama dah...
kesian mana yang dah masuk contest...jangan pending la mod..
sorry for the inconvenience cause....



Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 02:43 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 21-9-2015 01:52 PM
errr errr.. penyertaan no1 nak tarik diri..
siapa setuju angkat baju merah..
siapa tak set ...

Kenapa nak tarik diri?
Kalau aku masuk bertanding, memang aku setuju yang penyertaan no.1 tu tarik diri ehehe

tapi sebab aku tak masuk bertanding, makanya aku tak setuju. Sila terus bertanding
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2015 02:44 PM | Show all posts
Biar betul Conan... RP 100 untuk undi?

aku RP 10 pun tak lepas
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 03:16 PM | Show all posts
aylanins replied at 21-9-2015 02:44 PM
Biar betul Conan... RP 100 untuk undi?

aku RP 10 pun tak lepas

wehh.. pondok mengundi belom bukak lagik laa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.366047 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list