CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3813|Reply: 49

[Tempatan] Low Yat 2 juga akan dibuka di Anggerik Mall, Shah Alam

[Copy link]
Post time 24-8-2015 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Pilah: Rakyat perlu berfikiran terbuka dalam usaha kerajaan menubuhkan ruang perniagaan produk komputer dan alat telekomunikasi khususnya untuk peniaga Melayu dan Bumiputera atas platfom Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penubuhan ini seharusnya tidak dijadikan isu perkauman kerana diwujudkan demi memelihara kepentingan pengguna dan meningkatkan ekonomi Bumiputera.

“Semua pemimpin parti tidak kira apa jua sekalipun ingin melihat bangsanya maju, begitu juga saya. Seperti saya, sudah tentu mahu ingin melihat Melayu dan Bumiputera maju kerana saya dipilih rakyat.

“Sudah pasti saya membawa suara orang Melayu dan Bumiputera...jangan ada sesiapa cuba menyekat niat murni ini.

“Saya berpegang atas prinsip membela nasib rakyat tetapi tidak pula berniat menindas kaum lain,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah di Dewan Datuk Bahaman, semalam.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah Datuk Ismail Lasim dan Timbalannya, Adnan Abu Hassan.

Menurutnya, rancangan penubuhan pusat jualan ini turut disambut baik semua negeri.

“Sasaran bukan saja di Kuala Lumpur, tetapi seluruh bandar besar di seluruh negara. Baru-baru ini, negeri Selangor turut menyokong penubuhan pusat jualan ini dan mencadangkan Anggerik Mall di Shah Alam sebagai pusat IT dan begitu juga di Kedah,” katanya.

Beliau turut menyuarakan kekesalan terhadap segelintir ahli UMNO mengkhianati parti seolah-olah tidak memperjuangkan nasib rakyat.

“Suasana politik sekarang bukan seperti dulu. Jika dulu, kita memusuhi pembangkang tetapi sekarang kita lebih memusuhi ahli sendiri,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 11:35 AM | Show all posts
Jauhnya gitu..

Takde kat KL kerr.. Maju Junction ke, Quill City ke..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 11:35 AM | Show all posts
boleh juga jadikan ia sebagai franchais

setiap negeri atau daerah perlu ada sebuah
pusat telekomunikasi milik melayu
yang menjual barangan tulen sepenuhnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2015 11:37 AM | Show all posts
Gedung IT di setiap negeri

KUALA PILAH – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyasarkan setiap bandar besar di seluruh negara akan mempunyai sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sasaran itu adalah berdasarkan maklum balas positif yang diterima selepas beliau mengumumkan cadangan pembukaan 'Mini Low Yat' di Bangunan Mara di ibu negara baru-baru ini.

Beliau memberitahu, pelan pembangunan pusat perniagaan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat pasca Kabinet kementerian hari ini.

"Saya menerima permohonan daripada negeri-negeri. Saya difahamkan, Selangor meminta supaya kita tukar bangunan Anggerik Mall milik Mara di Shah Alam menjadi gedung IT (teknologi maklumat).

"Saya juga difahamkan, Pergerakan Pemuda UMNO Kedah turut menyerah memorandum kepada Menteri Besar (Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir) supaya pusat gajet IT ala Plaza Low Yat turut dibuka di Kedah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslaa.. Lepas keluar duit kat tabung haji.. Boleh pi beli gadget lak.. Ramailaa budak muda dtg tempat tu nanti.. Sekarang ni ramai senior citizen datang situ.. Dlm anggerik mall tu ada tabung haji, agensi umrah, butik jual jubah dan kelengkapan haji. Ada jugak beberapa kedai lain serta food court.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:08 PM | Show all posts
applemy replied at 24-8-2015 11:35 AM
Jauhnya gitu..

Takde kat KL kerr.. Maju Junction ke, Quill City ke..

kat KL kan ada sis..dkt Bangunan MARA tu...katenye lvl 3...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2015 12:12 PM | Show all posts
anggerik mall tu pun sendu sesendunya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:13 PM | Show all posts
sokongan semakin banyak
dan kini
mengatasi komen-komen
berbaur negatif dan rasis sebelum ini

syabas dato ismail sabri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 12:16 PM | Show all posts
kenapa nak guna juga nama lowyat????...tak de nama lain ke.....aduhai....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lowyatt 2 kat bangunan mara, yg kat anggerik mall patut panggil la lowyatt3 .... Eh tapi nak jugak ke panggil nama cina?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat plaza alam sentral da ada. Buat pe nak letak lagi??
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:31 PM | Show all posts
kalo tak letak nama cina,

cina tak datang beli
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
1.cari nama lain.2.Melayu yg diberi peluang berniaga,tolong btul2 jujur,kalo x nk dgr 'cakp menykitkn ati'.kalo dh kata peniaga kt low yat menipu,pastikn peniaga la ni memang tak sama ngn meka.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 01:56 PM | Show all posts
tepisket.. replied at 24-8-2015 12:18 PM
Kat plaza alam sentral da ada. Buat pe nak letak lagi??

plaza alam sentral tu pun bleh kata majoriti cina gak jual2 henset/pc nih..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dizek replied at 24-8-2015 12:31 PM
kalo tak letak nama cina,

cina tak datang beli

Anggap hak pembeli tuk memilih.Al-Ikhsan,Murni, cam2 bangsa pi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Eleh kalu setakat macam gini... Tak power lagi... Kalau jual barang ori tapi harga tiruan, baharulah dikatakan power...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 02:06 PM | Show all posts
cap_ayam replied at 24-8-2015 11:42 AM
Baguslaa.. Lepas keluar duit kat tabung haji.. Boleh pi beli gadget lak.. Ramailaa budak muda dtg te ...

bukan ke tempat ni ibarat hidup segan mati tak mahu...sedih aku tengok bangunan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
BlueEagle replied at 24-8-2015 02:06 PM
bukan ke tempat ni ibarat hidup segan mati tak mahu...sedih aku tengok bangunan ni...

Rata2 pengunjung yang datang situ adalah pelanggan tabung haji.. Masa tabung haji kat kompleks pkns, ntah macammana sendu anggerik mall ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 02:23 PM | Show all posts
ada satu kedai hp melayu namanya KEDAI USTAZ kat uptown danau kota. katanya murah kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 02:23 PM | Show all posts
anggerik mall ni belah mana ek?
akak tahu ada SACC, plaza alam sentral, plaza masalam, tesco shah alam jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.108112 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list