CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1453|Reply: 5

[Tempatan] Tren komuter Utara akan dilulus jika KTMB sedia soal keselamatan

[Copy link]
Post time 25-8-2015 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Tren komuter Utara akan dilulus jika KTMB sedia soal keselamatan
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata pihaknya akan meluluskan operasi tren berkenaan jika pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudah bersedia dalam soal keselamatan. - Foto Facebook Rail Travel Station



[size=100%]
KUALA LUMPUR, 25 Ogos:
Tren komuter Utara boleh memulakan operasi sekiranya ia menepati syarat keselamatan yang ditetapkan piawaian antarabangsa.


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata pihaknya akan meluluskan operasi tren berkenaan jika pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudah bersedia dalam soal keselamatan.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada sekeping gambar tren laluan ke utara yang bermula di Gurun dan berakhir di Kamunting seperti yang disebarkan di media sosial.

“Kita bukan tidak mahu luluskan tetapi mereka (KTMB) belum bersedia dari sudut keselamatan.

“Kalau mereka mahu jalan, jalanlah tapi kami tidak mahu bertanggungjawab. SPAD tidak mahu susahkan orang ramai dan kami mahu jaga mereka,” katanya kepada The Rakyat Post.

Jelas Syed Hamid, KTMB perlu menyerahkan kesemua rekod ujian keselamatan untuk mendapatkan kelulusan SPAD mengikut prosedur yang sepatutnya.

Malah katanya, pihak SPAD tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan kerana ia membabitkan keselamatan nyawa penumpang.

“Mereka perlu menunjukkan rekod-rekod ujian keselamatan yang telah diluluskan tanpa sebarang failure.

“Ia berkenaan requiment keselamatan. Kami mahukan rekod ujian keselamatan, kalau mereka sudah bersedia dengan rekod itu maka kami akan luluskan,” katanya.

Sementara itu, Presiden KTMB, Sarbini Tijan berkata pihaknya masih lagi menunggu kelulusan daripada SPAD tanpa mengulas lanjut mengenai perkara itu.
“Kami masih tunggu kelulusan rasmi SPAD. Terima Kasih,” katanya melalui aplikasi Whatapps.

Terdahulu The Star Online melaporkan KTMB menjangkakan tren komuter itu akan mula beroperasi pada September selepas SPAD meluluskan operasinya.

Pengerusi KTMB, Datuk Nawawi Ahmad berkata trek dari Gurun ke Kamunting sudah selesai namun kereta api yang akan digunakan belum lagi bersedia.

Beliau berkata terdapat ‘masalah’ dengan koc CSR Zhuzhou.
“Tetapi kereta api tiga koc sebelum ini tiada masalah,” katanya.


Therakyatpost

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 08:28 AM | Show all posts
Memg lalu pekan aku..stesen dah siap cantik2 tp guna utk apa tah..benda ni kut...

yg p pdg besaq xleh naik kat tempat aku  ...cehhh  
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 08:46 AM | Show all posts
ketapi made in china, banyak pulak masalahnya, baru testing jer, macam ni nak buat/pasang kat mesia, spare parts china ka mesia?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 08:47 AM | Show all posts
zainmahmud replied at 25-8-2015 08:46 AM
ketapi made in china, banyak pulak masalahnya, baru testing jer, macam ni nak buat/pasang kat mesia, ...

lrt bkn made in china pun problem brake...
tak semestinya made in china tu buruk...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:04 AM | Show all posts
dino replied at 25-8-2015 08:47 AM
lrt bkn made in china pun problem brake...
tak semestinya made in china tu buruk...

itu logic pasai lrt tu dah lama pakai, biasa la tear n wear. tapi ini barang china belum pakai betul2 sudah banyak hal, semua test fail apa cer...no good...no good...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
SPAD bole pegi meninggal .: sepatutnya bila projek bermula SPAD kena join and advise based on their requirement.jhn last.minit baru yang ni x lulus.yang ni tak boleh. Botak! Ko watpe ke atas tu? Hmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.117251 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list