View: 23783|Reply: 95
|
Kahwin Zaman Dulu-Dulu Lebih Nilai Sentimental. Setuju?
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Gambar hiasan. Sumber foto : www.ohdunia.my
Menjelang musim cuti sekolah pasti akan ada undangan perkahwinan dari saudara mara mahupun rakan-rakan. Bagi bakal pengantin, hari perkahwinan merupakan hari paling istimewa dan bersejarah dalam hidup. Oleh itu, acara dan majlis perlulah dibuat dengan meriah bak kata orang ketika itu pengantin akan bergelar Raja Sehari.
Persiapan, adat dan sambutan majlis perkahwinan pada zaman ini sudah jauh berbeza dengan sepuluh atau dua puluh tahun sebelum ini. Kita ambil sedikit contoh, jika dulu seperti sudah menjadi adat, ibu bapa akan menentukan siapakah calon hidup untuk anak mereka. Namun kini, anak-anak bebas menentukan pilihan masing-masing tetapi tidaklah bermakna 100% tanpa persetujuan ibu bapa. Perubahan ini amat berkait rapat dengan arus peredaran masa dan kemajuan teknologi maklumat yang mengubah sosial budaya masyarakat.
Mari kita lihat antara perbezaan perkahwinan dulu dan sekarang.
#1- Rewang (gotong royong) vs Katering
Sumber foto : chitobebearchocholategoldish.blogspot.comDulu:
Jika ada kenduri pertunangan, perkahwinan atau sambut menantu, masyarakat akan rewang/bergotong royong membuat persiapan menjelang majlis perkahwinan. Kebiasaannya, kejiranan akan sama-sama turun membantu dan sesiapa yang pernah merasai suasana ini pasti tidak sukar melupakannya. Aktiviti rewang seperti ini memupuk semangat kejiranan yang tinggi serta mendekatkan lagi pertalian silaturahim antara masyarakat. Kini, aktiviti rewang semakin dilupakan dan jika ada pun sudah jarang kerana masyarakat lebih suka memilih katering kerana lebih cepat dan menjimatkan masa.
Sumber foto : setelkahwin.comKini:
Rata-rata masyarakat kini memilih katering kerana mungkin lebih mudah dan boleh memilih apa saja menu yang disukai mengikut bajet. Faktor masa juga menjadi punca katering menjadi pilihan lebih-lebih lagi di kawasan bandar. Walaubagaimana pun, acara rewang masih lagi diamalkan di sesetengah kawasan, kebiasaannya di luar bandar.
#2- Kad Kahwin vs Jemputan Atas Talian
Sumber foto : unikversiti.blogspot.com
Dulu:
Dulu-dulu, kebiasaannya masyarakat Melayu akan menggunakan kad kahwin dan akan bertandang dari rumah ke rumah untuk menjemput sendiri kaum keluarga dan rakan taulan ke majlis perkahwinan yang bakal diadakan. Kini, penggunaan kad kahwin dilihat semakin hambar dan hanya kaum keluarga serta rakan paling rapat sahaja akan mendapat kad jemputan.
Sumber foto : www.bridesmaidtrade.com
Kini:
Penggunaan media sosial secara meluas pastinya memudahkan lagi untuk berhubung walau dimana saja berada. Rata-rata masyarakat pasti memiliki akaun Facebook, Whatsapp, Wechat dan sebagainya. Jadi, cara paling mudah, jemput saja ke majlis melalui Facebook atau WhatsApp. Kebaikannya pastilah menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu ke pejabat pos atau berkunjung rumah ke rumah semata-mata untuk menghantar kad jemputan. Tapi ada keburukannya juga, bagi sesetengah orang, jemputan melalui atas talian ini dianggap tidak bersungguh-sungguh jika tidak disertakan kad. Selebihnya, anda fikirlah sendiri.
#3- Berinai
Sumber foto : thesnowwybear.blogspot.com
Dulu:
Majlis berinai ni dulu-dulu pun ada cuma bezanya dulu inai dipakai hanya separuh jari sahaja.
Sumber foto : weddingdream2012.blogspot.com
Kini:
Inai sekarang? Nak sampai lengan pun ada, pelbagai corak dapat dilihat. Perubahan ini mungkin berkait rapat dengan serapan stail dan budaya Hindustan. Mungkinlah.
#4- Baju Pengantin
Sumber foto : www.dezamancottage.com
Dulu:
Cerita pasal baju ni, zaman dulu tak banyak pilihan dan tidak pelik pun jika hanya menggunakan satu persalinan. Fesyen ketika itu pun tak banyak, kebiasaannya hanya baju kurung dan kebaya sahaja.
Sumber foto : ohhinformasi.blogspot.com
Kini:
Sekarang baju pengantin memang banyak pilihan dan nampak lebih menarik. Cakap je nak fesyen apa, korea style, jepun style, british style semua ada.
#5- Pelamin
Sumber foto : lekatlekitgurl.blogspot.com
Dulu:
Zaman dulu-dulu kalau bersanding tak guna pelamin macam sekarang, ada yang bersanding atas lantai je atau pun letak dua kerusi, belakang letak tirai.
Kini:
Pelamin zaman sekarang memang banyak pilihan, macam-macam konsep baik stail english, stail arabic dan macam-macam lagi. Harga pun sampai beribu-ribu. Kalau dulu pakai dua kerusi, sekarang pakai sofa je.
#6- Fotografi
Sumber foto : asamgaram2puteri.blogspot.com
Dulu:
Ingat lagi zaman kamera pakai filem kodak? Dulu kalau tangkap gambar kahwin memang tak pasti gambar ok atau tak sebab tak boleh tengok hasil macam guna kamera digital sekarang, dulu mana ada screen display. Jadi dulu-dulu hanya jurugambar bertauliah je yang ada kamera sebab kamera dan filem zaman dulu memang mahal. Biasanya kalau tangkap gambar pun tak banyak sudut dapat ambil, cuma atas pelamin semata-mata.
Sumber foto : mediaterjah.com
Kini:
Fotografi perkahwinan zaman sekarang memang canggih-canggih sebab macam-macam kamera ada, guna telefon bimbit pun boleh. Aksi pula tak payah cerita, habis berposing atas pelamin, buat pula outdoor shooting. Macam-macam gaya dan effect boleh buat. Tak cukup gambar, rakam pula video. Memang canggih, harga pun cecah ribuan ringgit.
Itulah antara perbezaan kahwin zaman dulu-dulu dan sekarang, ada baik dan ada buruknya. Cuma pada pandangan penulis, tentang kenduri kahwin tu memang penulis lebih gemarkan rewang style kerana ia mempunyai nilai-nilai sentimental yang tinggi. Apapun, bab kata pepatah biar mati anak, jangan mati adat. - CARI Infonet.
|
|
|
|
|
|
|
|
Skg ni duit abes kt pelamin ngan katering je. Dulu hiasan pelamin takat stage bar sikit, tirai ke langsir ke,pastu bunga paling popular, ialah pokok puding tgh2 kerusi.jadi le |
|
|
|
|
|
|
|
Biar la...zaman berubah...kadang2 mak nenek kat rumah tu yg berlebih2 sampai paksa anak buat hutang peribadi... |
|
|
|
|
|
|
|
@spiderman80, tred. kebodohan. Apakah. ini?? |
|
|
|
|
|
|
|
apa ni? bkn isu semasa. ni elok masok board lagenda,mitos & sejarah |
|
|
|
|
|
|
|
??? aspek mana nak bincang?
okay kalau aspek - persediaan kenduri - memanglah memori saya dulu yg buat lagu ni terakhir tahun 1991 - my cousin's wedding - ada kat kampung - depa buat balai, masak kawah , potong bawang etc
memang best memori tu
tapi zaman sekarang - suasana sosial dah berubah - org kejar masa, kos, kecepatan sesuatu so benda yg boleh simplify depa simplify tapi , tapinya membazir kat belah lain pulak - itu fefaham sendirilah...sampai berhutang - ni satu benda yg jarang berlaku 20-30 tahun lepas , tapi sekarang , yes , kan?
well....dari aspek sentimental - ini subjective , may be ada dalam kepala benchmark ? yg mana nak dikira sebagai 'sentimental' dan ia berlainan dengan say, nilai sentimental pasangan yg berkahwin - yg pakai t - shirt dan baju biasa je menikah ( yg jadi topik isu semasa tak lama dulu - yg ramai orang tegur tu kan?
what is considered as sentimental ? ade criteria, ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bro, thread yang dibuka oleh Wartawan Cari, momod tak ada kuasa untuk tutup. |
|
|
|
|
|
|
|
reporter Cari ni darjatnya lg tggi eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
antara bnda yg iols x berkenan....sorry
nk bergambar randomly sudah....ni nk kna acah2 bajet cute...
|
|
|
|
|
|
|
|
iols pun tak berkenan
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman sekarang kena ada candy buffet tak pun dessert table, kalau tak mulut orang mula la,
eleh makan macam ni je, nasi dengan lauk jerrrrr? |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka ni Super Moderator, jangan main-main.
Bukan darjat ke apa, tapi entah kenapa thread yang dibuka oleh Wartawan Cari, momod tak ada button tutup seperti biasa. Mungkin pihak admin dah mengeluarkan fungsi tu khas untuk Wartawan Cari.
|
|
|
|
|
|
|
|
ishh kalo tak buat benda alah yg remeh2 tu xpe kan..serius nak simple je kawen nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
sabbath_shalom replied at 26-8-2015 07:37 PM
Biar la...zaman berubah...kadang2 mak nenek kat rumah tu yg berlebih2 sampai paksa anak buat hutang ...
Khennn lps mejelis pakat2 ikat perut. Dek kerna mejlis yg sehari timbun hutang seumur idup. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa rawang aku bersosial ngan org ramai masa rawang aku belajar resepi n tradisi setempat.zaman dh berlalu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sabbath_shalom at 26-8-2015 08:51 PM
ultra78 replied at 26-8-2015 07:54 PM
Zaman sekarang kena ada photobooth
Selama hari ni puas aku pikir pejadahnye semua tu...baru tau photobooth rupanye... Lol |
|
|
|
|
|
|
|
makneng replied at 26-8-2015 08:43 PM
Khennn lps mejelis pakat2 ikat perut. Dek kerna mejlis yg sehari timbun hutang seumur idup.
Ada yg terputus tengah jalan akibat hutang kahwin sis....
Ada setengah tu pulak...kahwin tapi bila malam tak dapat bersama akibat stress hutang 24/7 |
|
|
|
|
|
|
|
kaka suka gambar kawin anak wak Yidin
|
|
|
|
|
|
|
| |
|