|
Oleh Fyruz Hanna
Salah satu sebab dari beribu sebab mengapa sesuatu perhubungan itu berakhir dengan duka adalah kerana perselingkuhan yang dilakukan oleh pasangan. Kali ini, mari kita kenali ciri-ciri lelaki yang berselingkuh yang harus diketahui oleh wanita.
1. Berubah perangai
Paling penting lelaki akan berubah perangai jika dia buat perangai. Ini merupakan ukuran yang paling penting dalam sesuatu perhubungan. Mungkin pasanganmu tetibe membelikan hadiah, kerap menghubungimu atau melakukan hal diluar kebiasaan.
2. Berubah kewangan
Dengan tiba-tiba dia mengeluarkan wang yang banyak daripada sebelumnya..sebaiknya anda berwaspada. Mungkin sahaja dia menggunakan untuk selingkuhannya.
3. Kurang bercakap
Soal sepatah, sepatah yang dijawap dan jawapan juga singkat. Justeru itu, anda harus berjaga-jaga dengan tindak-tanduknya kerana si dia sedang merahsiakan sesuatu.
4. Menghabiskan waktu lebih banyak untuk bekerja
Jika si dia lebih memilih untuk menghabiskan waktu di tempat kerja berbanding di rumah. Ia juga petanda si dia sedang menjalankan hubungan dengan orang lain. Selain itu, si dia juga banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbit dan susah berenggang dengan telefon juga harus kamu beri perhatian.
5. Kata hati
Hal yang paling jelas untuk mengetahui si dia selingkuh adalah dengan kata hati dari seorang wanita. Suara hati wanita sangatlah tajam jika pasangannya sedang membuat onar di belakang mereka. -CARI Infonet. |
|