CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57248|Reply: 12

Apa Itu Kitab TAJUL MULUK

[Copy link]
Post time 10-9-2015 11:05 AM | Show all posts |Read mode




Tajul Muluk sebuah kitab yang mengandungi 134 sohifah atau bab yang merangkumi segala perkara, sama ada daripada gerak pada tubuh, mendirikan rumah, membuka tanah, mimpi, perubatan lelaki, peredaran air mani wanita, mengalahkan musuh dan sebagainya. Kitab ini sebenarnya dikatakan diadaptasi daripada sebuah kitab lain yang berasal dari Parsi dan telah di'Islam'kan dengan kemasukan elemen-elemen Islam. Kitab ini ditulis (semula) pada zaman sultan Aceh yang bernama Sultan Mansur Billah Shah ibni Al-Sultan Jauhar Al-Alam Shah. Pada bahagian akhir kitab tersebut, dinyatakan bahawa kitab ini telah selesai diterjemahkan oleh Faqir Tuan Haji Wan Hassan ibn Sheikh Tuan Ishak Fatani pada hari Jumaat pada waktu Dhuha enam likur haribulan Muharram pada hijrah Nabi 1249 di Makkah.



Mungkin kebanyakan generasi sekarang, sukar untuk membaca kitab ini walaupun ianya banyak terjual memandangkan bahasa yang digunakan merupakan bahasa Melayu lama bercampur Arab. Malah, istilah-istilah yang digunakan adakalanya mendangkalkan fikiran kita, seperti kamkuha dan sebagainya. Malahan ejaan untuk ayam pula apabila dibaca berbunyi hayam, sekaligus menunjukkan pengaruh dialek banjar di dalamnya. Suatu ketika dahulu, sesiapa yang berhajat sangat nak jadi doktor tradisional (bomoh), penguasaan Tajul Muluk - sama ada dibaca atau dihafal - memang perlu. Malah, dikatakan juga, sesiapa yang menyimpan kitab ini dan dijadikan rujukan, seringkali mendapat penghormatan di kalangan penduduk kampung.

Sebenarnya ada lain-lain kitab perubatan yang lebih ekstrem yang bercampur aduk antara agama (ilmu hakikat) dengan perubatan, malah termasuk juga di dalamnya jampi serapah mahupun hizib dan sebagainya seperti Kitab Pati Rahsia yang dikaitkan penulisannya dengan Paduka Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud dan sebagainya... Sayangnya, kitab-kitab ini semakin lenyap dan tidak lagi mendapat perhatian, mahupun kajian daripada pihak yang sepatutnya.



Memandangkan ia datang dari zaman silam, bermakna ia adalah kuno dan ketinggalan. Barangkali kesilapan kita ialah memandang mudah akan kecendekiawan orang Melayu sendiri yang sudah pun menemui penawar demam malaria atau demam kura dengan penggunaan pati kulit batang pokok kuinin sebelum orang Inggeris mempatenkannya sebagai penemuan barat awal abad ke-20. Malah ketiadaan bomoh-bomoh yang benar-benar menjalankan peranan sebagai doktor tradisional yang bukan bermodalkan air liur, hembus-hembus, pembohong-pembohong dan temberang-temberang, serta asap kemenyan yang sekadar melengkapkan upacara perubatan, membuatkan kitab-kitab ini terbiar begitu sahaja. Berbeza dengan masyarakat Cina yang berjaya menaiktarafkan bidang perubatan sinseh mereka untuk digandingkan dengan perubatan moden, orang Melayu bagaikan kehilangan dalam keseronokan mereka mendabik dada bahawa Melayu sudah bertamadun.



Kita boleh mempelajari Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud: "Wahai orang2 yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor ( keji) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semoga kamu berjaya".

Justeru, kita hendaklah mempelajari ilmu dari guru-guru yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama, dan kitab-kitab yang muktabar, supaya ilmu-ilmu tersebut memberi manfaat kepada diri kita di dunia dan di akhirat.

(SUMBER: http://menarabuku.blogspot.com/2008/06/kitab-tajul-muluk.html)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 11:18 AM | Show all posts
sesape ade forumer study psl kitab ni? share lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2015 11:22 AM | Show all posts
chinta89 replied at 10-9-2015 11:18 AM
sesape ade forumer study psl kitab ni? share lah.

masih ada lagi yang membaca kitab ini?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 11:26 AM | Show all posts
Raline replied at 10-9-2015 11:22 AM
masih ada lagi yang membaca kitab ini?

kot ade ken.. hehehe

iols x penah tgk pun, penah dgr je. tt tepek gmbr, oooo mcm ni rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 07:25 PM | Show all posts
Kitab Tajul Muluk cetakan asal tidak mungkin boleh diperolehi di negara ini memandangkan ia adalah sebuah kitab berbahasa parsi dan urdu. Penterjemahannya ke dalam bahasa , telah dibuat pada tahun 1890an oleh pengarang berketurunan Arab-Parsi-Acheh di Tanah Renchong. Besar kemungkinan kitab yang dimaksudkan sebagai 'Tajul Muluk' itu adalah kitab lain dan bukannya Tajul Muluk sebenar...
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=651969
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2015 10:37 AM | Show all posts
bluezink replied at 10-9-2015 07:25 PM
Kitab Tajul Muluk cetakan asal tidak mungkin boleh diperolehi di negara ini memandangkan ia adalah s ...

ada pulak tajul muluk yang selain dari yang asal?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2015 09:02 PM | Show all posts
tak pernah tgk lagi kitab ni secara live..ada ke jual Kitab ni kat pasaran terbuka?

tp Kitab Permata Yang Hilang aku dah khatam..ehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 11:36 PM | Show all posts
Membaca menambahkan pengetahuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2015 11:27 AM | Show all posts
orangselut replied at 22-9-2015 09:02 PM
tak pernah tgk lagi kitab ni secara live..ada ke jual Kitab ni kat pasaran terbuka?

tp Kitab Perm ...

kitab apa itu?

Permata Yang Hilang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 11:28 AM | Show all posts
bluezink replied at 10-9-2015 07:25 PM
Kitab Tajul Muluk cetakan asal tidak mungkin boleh diperolehi di negara ini memandangkan ia adalah s ...

ada tajul muluk sbenar? kisahnya sama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 04:52 PM | Show all posts
Raline replied at 5-10-2015 11:27 AM
kitab apa itu?

Permata Yang Hilang

Kitab klasik tu..macam2 crita & ilmu yg berguna ada dalam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 16-10-2015 07:39 PM
Raline replied at 10-9-2015 11:22 AM
masih ada lagi yang membaca kitab ini?


baru mgu lepas aku kumpul segala buku agama & kitab suh ank jiran aku hntar ke surau..
termasuk lah kitab tajul muluk ni..


kitab ni byk petua....eg: klu nk jln jauh, elok mulakn hari apa, pkl brp nk mula kuar dari rumah etc...

aku selalu tgok bab mimpi je dulu...semua detail ada dlm tu...

pastu klu ada yg nk kawin, dok kira dari nama lelaki & pompuan pastu tolakkn dgn tujuh ke sembilan aku dah tak ingat...pastu tgok bal ada brp...klu lelaki 2, pompuan -2....apa akn jadi...
mcm tu lah...


ayat dlm kitab ni klasik sgt...susah nk paham...kena baca dgn tekun...

tulisan di luar kotak tu(tepi buku)  sbg panduan utk kita cari bab apa...

klu rajin, best jugak melayan kitab ni...tapi aku malas...mcm feng shui lah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kitab mi tulisan jawi....klu ada ayat al-quran pun memang tak bubuh baris....masa kecik-kecik aku biasa baca kitab-kitab lama yg tak de baris jadi blh paham lah...

tapi skrg....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.126531 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list