CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4736|Reply: 24

Ini Kisah Sekolah Aku (biasalah,sekolah kat mesia ni derek berantuu )

[Copy link]
Post time 14-9-2015 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by MekkBellaa at 14-9-2015 11:55 PM

.Assalamualaikum & Salam Sehati Sejiwa (Aececeyy ~ Buletin RTM Plak)

Aku Xnak Intro Panjang2. Aku Direct Story Ye.

KEJADIAN KERASUKAN DISEKOLAH AKU. (tahun 2009-2011)

Part1
Sekolah Aku Dah Lama Terdiri Kat Kawasan Agak Terpencil di Perak. Namun Ramai Penduduknya. Lebih 2K Pelajar Yg Menghuni. Selama Bertahun2 Sehingga Lah Tahun 2008,Tiada Kerasukan Yg Terjadi. Namun Tahun 2009,Keamanan Sekolah Yg Xlah Berapa Aman Sgt Tu Telah Pun Diganggu. Tahun Tersebut,Buat Kali Pertamanya Telah Mewujudkan Malam Rangers Yg Disertai Pelajar Junior-Senior. Aku Xjoin Sebab Jenis Dasar Pemalas Ya Rabbi Kata Mak Aku. Keja Sekolah Pun Aku Xbuat,Apalagi Nak Join Aktiviti mcm tu. Hehe..
          Macam Biasa,Bila Dah berkhemah Di Skolah selama 3hari 3mlm,pelajar yg tidak tahu pantang larang telah pun melanggar segalanya. Perbuatan yg agak klise Spt melakukan kekotoran(buang sampah merata,darah pd pad tidak dicuci bersih),tiada adab spt terkinja2,tergedik2. Melakukan Zina kecil spt bersentuhan tanpa kira jantina. Tapak perkhemahan telah didirikan dipadang sekolah. Ditepi Padang sekolah ada sebatang pokok yg besar & tinggi. Jenis pokok & namanya tidak diketahui. Kat bawah ni aku ceritakan kejadian2 Seram yg berlaku sepanjang Camp.

1) Seorang kawan aku bernama Nadia menjadi watak utama dlm kejadian rasuk merasuk ni. Malam pertama,beliau masuk ke khemah utk rileks sambil texting dgn Bf. Ketika ralik berSMS,beliau ternampak kelibat  bayang2 spt nenek bongkok melalui keliling khemahnya. Krn Terasa seram ya amat,beliau melarikan diri ke kawanan rangers yg lain.

2)Para pelajar diberikan masa utk mandi & bersiap utk sesi yg seterusnya(malam yg sama). Kerana tidak mahu berpusu2 bersesak berpeluh merebut toilet dgn pelajar lain,Nadia telah mengambil cara Menunggu Sehingga pelajar lain mandi,kemudian barulah dia mandi bersama dua org rakannya. Toilet cuma ada dua,jadi dua org sahabat nya mandi dulu dan diakhiri oleh nadia. Namun belum sempat utk berjimba jimbi,beliau telah ternampat kelibat remaja lelaki mcangkung sambil meberus bibirnya dengan berus dawai besi sehingga berdarah (berangan nak jd angelina jolie gamaknya,mana tau bila disental2 nanti bibir mayong & seksi. Tp Silap Langkah plak -..-) Nadia Pengsan lalu Dibawa kebilik rawatan.

3) Setelah kejadian tsebut,Nadia Mula Dirasuk2 Oleh Jin Bernama Intan & Marissa. Kat Bawah Ni Aku Bgtau Tujuan Rasuk Merasuk Yg Dilakukan Mereka Dua Ekor Ni.

Jin Bernama Intan A.k.a Maklong Kpd Marissa: Merasuk Nadia dgn tujuan ingin menurunkan ilmu susuk yg diamalkannya semasa hidup. Dengar khabar,ketika kematiannya,beliau tidak diterima bumi krn telah mengamalkan ilmu ni. Menurut kata Nadia,Wajah Intan sebelah cantik mcm Fazura versi
hidung mancung,Sebelah lagi buruk berlubang spt bulan tanpa cahaya. Bulankan berlubang2. Dialah cakap mcm tu. Hehe..

Jin Marissa : Tujuan merasuk krn marah dgn sikap pelajar yg tiada adab,pengotor serta gatal & gedik ya amat. Cerita Nadia,kematian Marissa sgt tragis. Ada dua versi. VERSI 1,Dikatakan Marissa  dirogol lalu hamil. Dek krn malu & marah,beliau mgantungkan diri dipokok besar yg Aku ckp ada ditepi padang sekolah. VERSI KE2: Dikatakan Marissa mempunyai seorang teman lelaki. Lalu mereka terlanjur & Marissa hamil. Teman lelaki tidak mahu bertanggungjawab. Kecewa,malu & marah,jd ambil keputusan bunuh diri dipokok besar tersebut.

4) Sejak dr itu,Nadia sering kali dirasuk ktk hadir kesekolah. Kejadian ni cuma berlaku pd pelajar kelas aku je. Sahabat baik aku bernama Fiza turut dirasuk oleh Jin Berbadan Sadorian spt The Rock is Cooking!!! Kejadian blaku ktika beliau bsama aku. Beliau ketika dirasuk mengadu lehernya sakit,Jadi aku pun Memegang lehernya. Aku merasakan ada bonggolan besar dibelakangnya,kemudian bonggolan tersebut hilang dalam 3saat. Ketika itu Nadia turut dirasuk & mereka berdua dibawa ke surau. Kejadian Rasuk jd dari pukul 8.30pg - 12.30tghari. Kuat nak mampuih jin dlm badab Fiza. Sampai Bengkak tangan aku pegang beliau dlm masa yg panjang. Tp xByk dialog yg dikeluarkan jin tersebut. Apa2 pun,Fiza ni cantik. Muka Mcm Fasha Nak Sandar Gituu ~ Motif beliau dirasuk,tidak diketahui. Waktu ni,ada beberapa pelajar perempuan kelas aku pengsan dek krn lemah semangat.

5) Seorang kawan lelaki aku bernama Emy turut dirasuk. Dirasuk oleh Jin Marissa. Motif Dirasuk tidak diketahui. Kejadian berlaku dirumah Emy. Ketika dirasuk,suaranya bertukar menjadi suara perempuan. Selama seminggu beliau diganggu Marissa. Katanya Rupa bentuk Marissa Spt pelajar sekolah zaman dahulu. Berbaju putih,berkain hijau pekat. Muka tak nampak krn ditutupi rambut beliau yg kerinting,kembang & panjang. Katanya kalau dicuci,disikat,teknik rebonding sikit,mesti kalah Rosmah Mansor.

6) Nadia mengambil keputusan utk berpindah sekolah krn tidak tahan diganggu. Sejak beliau pindah,kejadian rasuk tidak lg berlaku melainkan beberapa pelajar ternampak entiti menyeramkan. Kat bawah ni Aku list kan kejadian2 tersebut.

-Member Aku bernama Wan,ternampak kepala bawah meja awal pagi dia datang sekolah. Takut sgt,beliau lari kekelas sebelah.
-Pagi yg sama,Aku sendiri yg alami. Ternampak Kelibat Marissa Berdiri dihujung tingkat kelas mengadap padang sekolah sambil Mnunjuk2 kearah pokok besar. Aku Keluar dr kelas tanpa rasa pelik lalu kekantin utk beli karipap. Waktu tu gelap,yg baru hadir pun aku dgn Wan je.
-Pak guard diganggu 7org Puteri Katanya ketika melalui dewan sekolah. Dewan ada plg belakang dekat dgn padang. Bentuk Gangguan tdk diberitahu.
-Seorang guru ternampak entiti nenek bongkok dlm stor awal pagi dlm pukul 7. Stor teletak dibangunan kelas aku. bangunan plg akhir dkt dgn padang.
-Seorang lagi guru wanita diejek lembaga menyerupainya ktk Berada ditoilet awal pagi. Ketika memakai gincu dibibirnya,lembaga tersebut bediri disebelahnya & turut memakai gincu dlm keadaan yg sgt laju & comot. Lalu lembaga tersebut berkata "pakai gincu pakai gincu!!! Bibir Merah cantik tp susah nak senyum. Berat ke bibir??!" kemudian ketawa & hilang. Yup,Cikgu tu jenis kerek. Mg ramai pelajar komplen sombong & Susah senyum. Cikgu Lari xingat dunia masuk ofis.
-Ketika diadakan bacaan yassin di dewan sekolah,beberpa pelajar melihat banyak mawas berbadan besar,bermuka bengis dgn mata yg sG merah merenung kearah dewan. kemudian hilang setelah sesi bacaan yassin tamat.

Kejadian kerasukan & gangguan terhenti selama setahun.

Part2 (2011)

Waktu Ni aku tingkatan5. Pengetua sekolah telah ditegur kpd pengetua baru. Org nya tegas soal disiplin. So pelajar yg mempunyai masalah disiplin mg cukup anti dengan beliau. Tp blm kenal blm tahu. sejujurnya pengetua orgnya sgt Lembut & penyayang. Kelas aku plg rapat dgn Arwah. Ye,dia sudah Arwah. Kematiannya juga dikaitkan hal misteri. Namun Jasanya terhadap sekolah sgt besar. DIA WANITA BESI. KUAT,KUKUH. VERY STRONG!! Hubungan Rapat kelas aku dgn beliau cukup dicemburui para guru & pelajar dr kelas lain. Biasalah,Anak emasss ~ (bkn anak ikan ye!)

1) Sejak  kehadiran pengetua,kejadian kerasukan kembali xtiv. Tp tidak seaktik sebelum ini. Pengetua berasa sgt marah krn Jin2 ini agak mengganggu ketenteraman pelajar. Pelajar yg dirasuk adalah junior. Namun tidak diketahui apa yg merasuk. Dek kerana Sgt marah,pengetua mengambil keputusan utk menebang pokok tersebut. Namun dihalang seorang Ustaz. Ustaz Helmi namanya. Kata ustaz,pada kejadian rasuk pada 2009 yg lalu,beliau telah pun mengikat janji dgn jin2 tsebut supaya tidak menggangu para pelajar & pihak manusia juga tidak akan menggangu mereka. Arwah pengetua tetap berdegil. Katanya tidak percaya krn hakikatnya pelajar masih diganggu.

2) Menurut cerita dr beberapa pelajar yg tinggal berdekatan sekolah serta org2 kampung berdekatan,kemukinan besar yg menggangu itu bukanlah phuni asal pokok tersebut. Tp ianya Saka belaan org Kampung yg dicampak kesitu. Kata seorang pelajar yg rumahnya berdepan padang sekolah,dia pernah ternampak seorang pakcik membawa dulang. Dulang tersebut Ada Ayam,pulut serta telur. Lalu diletakkan dibwh pokok. Apa terjadi xtahulah cuz xde pulak aku dengar cikgu jumpa dulang tu ke tak. Dan pakcik tu mg terkenal dikampung mempunyai belaan saka. Hantu Raya. Horeyyy Raya!!!

3) Disebabkan pengetua berkeras mahu menebang pokok tersebut,terpaksalah ustaz helmi memanggil beberapa ilmuan untuk membantunya. PERCUBAAN PERTAMA,gagal krn Mesin Tebang pokok(apa org panggil aku xtau lah kan) tidak dapat memotong dahan pokok & akhirnya rosak. PERCUBAAN KEDUA PULA,Berjaya. Lalu tamat lah riwayat pokok yg berumur beratus tahun tetsebut. Org kampunglah cakap umur dia ratus2. Btw,Kalau musim bunga,pokok ni mengeluarkan bunga berwarna oren. Cantik. Sejujurnya aku selesa duduk kat akar2 kayu pokok ni sebelum aku tahu pokok ni bpenghuni.

4)Setelah pokok ditebang,tiada gangguan yg berlaku. Sehinggalah Suatu Petang,Aku Mendapat SMS Yg Menyatakan Pengetua Meninggal dunia krn Kemalangan ketika pulang dr sekolah. Sebak. Tak dpat  terima kerana keadaan kematiannya sgt tragis. Keesokan hari,telah dibuat bacaan yassin. Menurut kata guru disiplin kami,beliau mengatakan walaupun kepala Arwah menjadi leper kerana himpitan kereta,tp wajahnya bersih,nampak bercahaya. Pada hari kematian,beliau dlm keadaan berpuasa. Apa2 Pun,Alfatihah Utk Arwah =')

5) Menurut saksi kejadian yg berada dikedai makan berhampiran tempat kemalangan,Dr jauh mereka melihat kereta pengetua spt lost control,kemudian terus terbabas dan kereta berpusing2 dgn teruk dan remuk. Ada juga saksi berkata,menurutnya keadaan kereta yg remuk spt tidak bersesuai dgn kejadian. Macamana eak nak explain. Hmm.. Alah,dia mcm nak kata kereta eksiden xteruk,tp kereta remuk tu mcm over sangat2. Faham x?? Setelah Seminggu arwah pergi,ada soksek2 dr guru2 tentang Report kesihatan Arwah ketika selepas kemalangan. Kata Doktor,Arwah mengalami kejutan Jantung. Sedangkan beliau tiada masalah jantung ataupun masalah penyakit lain. Clean & Clear.

6) Sorry,Ada bab yg aku lupa. Selepas pokok ditebang,seorang pelajar dirasuk Jin Marissa. Ketika merasuk,Melalui dialog dgn Ustaz,Dia berkata "Aku xkan biarkan org tua tu hidup senang! aku akan balas perbuatannya!!". Selepas tu,dia merasuk Seorang guru wanita. Berdialog lagi beliau dgn ustaz "aku kacau lah pelajar! dah aku bg peluang utk korang urus pelajar,tp korang xlaksanakan!Bodoh! Maksiat! kotor! kotor!" Kemudian Marissa lari dengan sendirinya. Sunyi Sepi pasal beliau sehinggalah Kematian pengetua. Dekat Bawah ni apa yg aku dgr dr guru disiplin pasal kematian Arwah pengetua

-Ada yg kata,ketika arwah memandu,dengan secara tiba2,Marissa telah muncul dihadapan cermin keretanya. Arwah Terkejut,lalu lost control.
-Saksi ditempat kejadian berkata,kereta arwah seperti ingin mengelak melanggar sesuatu ditengah jalan. Tp saksi amat yakin tiada sebarang objek yg ada dijalan & tiada pula apa2 melintas yg menyebabkan Arwah terpaksa elakkan. Ini Amat diyakini kerana dr jauh mereka memang sudah nampak kereta arwah. Lagipun jalan tiada kenderaan lain. Tp,Bg aku.. Aku anggap jelah kematian Arwah memang kehendak Allah. Mana Mungkin Allah nak melibatkan kematian beliau dgn Jin Marissa yg Tak ada SPM tuu!!!
Kemudian Gangguan Tiada Lagi Untuk beberapa bulan.

Part3
Setelah sekian lama kejadian rasuk,Hal tersebut dtg lagi. Seperti Tora2 dtg lagi!!!

1) Dekat nak SPM,Pelajar dr UPSI dtg utk Program Kasih Bakti. So Pelajar tidur Disekolah 3hari 2mlm. Hari pertama just niceee ~ Aku siap pegi toilet sokrang diri dalam pukul 7mlm untuk salin baju. Toilet jauh plak tu dari tempat Tidur Pelajar. Kitorang Tidur dalam kelas je. Xde khemah2. HARI Kedua,waktu petang,beberapa ustaz hadir kesekolah. Ustaz2 Cakap Hati xsenang. Rasa Sesuatu Nak Terjadi. Dan Memang benar,malam tu memang melambak pelajar kena rasuk.

2) Sebelum pesta rasuk merasuk terjadi,Pelajar Mejalankan sesi game yg diberikan oleh students UPSI. Dlm game ni kami diberi belon untuk diprotek dr dipecahkan org lain. Aku macam biasa,malas nak megeletis lebih,aku biar jelah belon pecah. Malas nak terkinja2. Tengah game tu,Ada pelajar yg lari2 sampai ke padang,terjerit2 semata nak protect belon diarang. Waktu Aku dok usha pelajar ni kat padang,aku nampak 1 kelibat terbang melayang ke tepi bangunan. Org kata langsuir. Rambut xpanjang,tp lebat. Badan semata2 kain putih. Korang Imagine lah Kepala Yg Berbadan kain putih Melayang. Tp,tengah ramaikan,aku buat bodoh. Lepastu duduk kat tangga berdekatan sambil tunggu sesi habis.
Masuk Ke Sesi Kedua. Macam selalu & tipikal,Program mcm ni mesti ada sesi nangis2. Konon Nak ingatkan pelajar pasal derhaka kat ibu bapa suma tu kan. So,teresak2 Lah menangis kekonon terimbau dosa kat ibu bapa.(kejap je nyesal tu. balik nanti buat pulak). Setelah selesai sesi menghabiskan air mata,tetiba dua pelajat xberhenti menangis. Org lain dh diam,diarang xhenti2 jugak. Lepas Tu menjerit2 tak ingat. Jadi,kitarang bawak pegi pelajar ni ke surau yg dah penuh ustaz. Rupanya ustaz dah stanby. Tp aku xjoin masuk surau. Aku masuk kelas tempat tido dgn pelajar lain. So aku xtau apa terjadi.

3)Waktu dlm kelas,seorang kawan aku yg aku panggil sakura (nama fb,terus melekat jd nickname) telah ternampak lembaga berdiri diluar tingkap. Sebenarnya kategori terapunglah sebab waktu tu kelas kat bangunan tingkat dua. Sakura kata,lembaga tu nak masuk dalam kelas. Tp Xboleh sebab pelajar tengah baca yassin & lain2 lagi. Tp Lembaga ni telah menghulurkan tangan beliau yg panjang utk menyentuh hujung kaki beliau. So,sakura ni menangis ketakutan. Lalu pengsan. Dah Berejam aku dok dalam kelas,aku p surau dgn 3org kawan aku. Saja nak menyibuk dgn pelajar yg kena rasuk. Tp dah setel pun.

4) Esoknya,kitarang balik rumah. Dan hari seterusnya aku pun p jumpa sokrang kawan yg kena rasuk. Namanya Nisa. Menurut kata Nisa,Waktu sesi Menangis bagai tu,dia xnangis pun. Sebab rasa xsedih. Tp entah kenapa tengah hati kering tu,tetiba rasa sedih ya amat2. Nak menangis. Sedih yg xdapat nak dibayang. Lepastu,dia rasa keadaan sekelliling bising. Bukan bising dgn suara pelajar,tp bising benda lain. dia pun xtau bunyi apa. Terus dia pun xsedarkan diri. Waktu kejadian tepat pukul 12mlm. Dia memang xingat apa. Yg dia tau,waktu kena rasuk,dia nampak macam2 makhluk terbang atas kepala dia. Ngeri Katanya!!!

5) 3minggu lepas kejadian,aku dengan sorang kawan aku bernama ketty pergi bertandang kerumah Nisa. Dr pukul 2ptg. Dalam pukul 3,drpd sesi umpat org,kitarang beralih kesesi cerita seram. Memacamlah cerita kami share. Tengah bercerita tu,Ketty tetiba rasa seram. Meremang bulu roma. So beliau pasang lah surah yassin dr Hp Nisa. Baru 5minit pasang,si Nisa tetiba megigil satu badan. Aku Tanya dia
"wey,hang ok tak? kenapa ni?" waktu ni Ketty pandang aku. Risau.
Nisa jawap "hmm ok!" sambil mgigil.
Aku tanya lagi "betoika ok ni?!"
Nisa jawap "aku cakap ok,ok lah bodoh!!"
Apalagi,Ketty suruh aku kuar dptkan bantuan jiran depan. So jiran ni datang,Ketty pula bergegas pulang utk panggil ayah beliau. Namun tiada apa yg boleh dilakukan ayahnya. So,Aku Call Ayah Nisa. Pun Xboleh Buat apa. Last2,Ayah Nisa Panggil Seorang kawan beliau yg bernama Pak wan. Sebenarnya Pakwan ni cara perubatan dia xelok. Guna saka.
       Bila beliau dtg,setelah beberapa lama,mulalah dialog antara Nisa & Pak wan.
Pakwan" siapa kau ni???!"
Nisa Bercakap sambil ketap Gigi " hmmmm!! aku... pengetua tu!!!" cuma dengar perkataan tu. Pakwan Tanya lagi "sapa kau?! jawap dgn terang!!"
Nisa " Aku yg bunuh pengetua tuu!!!!"
Kami yg ada kat situ,berpandangan sesama sendiri. Kemudia Cuma dgr jeritan dr Nisa. Tepat pukul 8,Benda yg merasuk Nisa ni keluar. xtahu apa yg merasuk beliau. Aku pun pulang kerumah seoragmng diri. Btw,rumah aku dgn Nisa sgt jauh. Sepanjang pejalanan kerumah aku,semuanya hutan & agak keras. Tp Alhamdulilah,Aku balik dgn selamat.

6) 2hari Selepas kejadian,aku tanya pada Nisa,Apa yg terjadi. Katanya Ketika yassin Dimainkan kat Hp beliau sendiri,kepalanya sgt sakit. Lepas Tu terus xingat apa. Yg dia tau,Ada lembaga hitam hangus duduk dihujung kakinya. Menurut kata Pakwan,itu adalah saka yg dilepaskan tuan sendiri untuk mencari tuan yg baru.
          Aku tanya pula hal dialog beliau dengan Pakwan. Alah yg dia kata dia tu benda yg dh bunuh arwah pengetua tu kan,Nisa ckp,dia xtahu apa2. Xtahu samada penghuni Ghaib sekolah ada kena mengena @ tidak.
Seminggu selepas kejadian,Nisa bagitahu waktu dia mandi,berjimba2 dengan airkan,buka je mata.. Xsemena Saka yg rasuk dia dulu tu berdiri terpacak depan dia. Rupa Lembaga tersebut hitam & hangus. Kemudian hilang sekelip mata.
Kejadian kedua pula. Ayah Nisa ni keja guard. Kebetulan haritu ayah beliau shiff malam. So,Alone lah kat rumah bersama kucingnya yg bernama Orchid. Nisa cuma ada dua beradik. Kakak dia kerja waktu tu. Tengah malam dlm pukul 9 mcm tu,Dia masuk dapur nak masak maggi. Kucing dia plak kat ruang tamu depan. Tetiba dgr kucing dia marah2. Nisa pegilah jenguk sambil bawa periuk nak masak maggi,bila dia pergi... Dia nampak lembaga perempuan yg tinggi,kurus,muka berdarah2,rambut panjang paras pinggang. Lembaga tersebut merenenung tajam kat dia. Dia ckp,natang tu adalah iras hantu dlm movie The Ring tu. Tinggi & kurus kecik kan.
Nisa dah kecut perut,so dia lari kluar rumah menuju kerumah mak sdaranya. Bila sampai rumah Mak sdara beliau yg aku panggil makngah,makngah pun tanya apa kes Nisa lari kelam kabut. Last2 Nisa cuma bagitau yg gas rumah dia habis. Xnak bagitau lebih. Nanti takut plak org tua tu. So malam tu Nisa tido bertemankan makngah beliau.
            Keesokannya Nisa beritahu pd Ayahnya. Ayahnya ceritakan pd pakwan. Pakwan kata,lembaga tersebut adalah Marissa. Tp Apsal lain benar imejnya. Ntahlah nakkkk ~

7) Berbulan selepas kematian pengetua,Digemparkan pelajar junior menjumpai lembaga mirip Arwah. Haritu dlm tengahari,dua pelajar perempuan telah ke toilet utk sesi membetulkan mekap. Sapu2 bedak,lips balm,maskara,celak,lens,momotaro doraemon sizuka segala bagaikan. Tengah best dok menilik muka kat dlm toilet yg berada pd bangunan berhantu(bgnan yg dkt pdg skolah)
tetiba muncul kelibat lembaga yg menyerupai arwah dr belakang. diarang nampak lah dlm cerminkan. Dorang pun pusing,berhadaplah 6mata kan. Then Lembaga tu tanya "korang buat apa tu?" sambil senyum sinis. So,juniors ni lari lintang pukang sambil menjerit. Kata dorang,lembaga tu lebih slim dr arwah,nampak lbh muda. Pakai tudung warna pink. Baju hitam bercorak bunga merah. Lepas tu,toilet belakang ditutup & xdigunakan.
        Btw,sebelum ni.. Toilet tu mg xdigunakan betahun2 lama. Tetiba dibuka semula Cuz toilet utama bermasalah. Sekolah Aku ni banyak toiletnya,tp semua dah jd rumah rasmi makhluk lain selain syaitannn ~


Lepas kejadian tu,Dah xde kejadian yg berlaku kat sekolah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2015 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sorry post bercelaru. Baru masukan part 2. ,ampunn..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada separuh kisah diatas macam pernah baca
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 09:26 AM | Show all posts
-Seorang lagi guru wanita diejek lembaga menyerupainya ktk Berada ditoilet awal pagi. Ketika memakai gincu dibibirnya,lembaga tersebut bediri disebelahnya & turut memakai gincu dlm keadaan yg sgt laju & comot. Lalu lembaga tersebut berkata "pakai gincu pakai gincu!!! Bibir Merah cantik tp susah nak senyum. Berat ke bibir??!" kemudian ketawa & hilang.


tu lawak
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 10:48 AM | Show all posts
hantu pakai gincu tu klako2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2015 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
katakpisang88 replied at 15-9-2015 03:21 AM
Ada separuh kisah diatas macam pernah baca

part yg mane tu? =D
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-9-2015 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kitarang pelajar yg dgr cikgu tu kna kacau gitu pun gelak xingt. btw,maybelah makhluk tu suka btenggek tpi peljr then dgr dorag mengumpat. kalu x,cmne lah dia tau org byk complen psl dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:19 PM | Show all posts
boleh tahan cerita anda..

kipidap!!!!
dogistyle!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2015 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
wanzackraizzo replied at 15-9-2015 03:19 PM
boleh tahan cerita anda..

kipidap!!!!

Trimas2 ;-)
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
MekkBellaa replied at 15-9-2015 12:02 PM
part yg mane tu? =D

Part yg ada guru besar..pokok besar dan eksiden tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 10:16 AM | Show all posts
hmm best best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2015 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
katakpisang88 replied at 15-9-2015 07:38 PM
Part yg ada guru besar..pokok besar dan eksiden tu...

kebetulan kot. cuz kat mesia ni skola dia Mti ad sbatang pokok besar yg misteri. hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2015 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Jagendas replied at 16-9-2015 10:16 AM
hmm best best

rsa mcm pernah bselisihan dgn jagendas ni dlm forum. ke slah org. hehe. TQ
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 11:04 AM | Show all posts
MekkBellaa replied at 16-9-2015 11:00 AM
rsa mcm pernah bselisihan dgn jagendas ni dlm forum. ke slah org. hehe. TQ

selisih kat mane tu mek.
hehehe sorry byk silent reader skang ni

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2015 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jagendas replied at 16-9-2015 11:04 AM
selisih kat mane tu mek.
hehehe sorry byk silent reader skang ni

xpela. mungkin hnya dlm mimpi *tetiba >_<
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Penceritaan yg lawak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2015 02:44 PM | Show all posts
MekkBellaa replied at 16-9-2015 01:19 PM
xpela. mungkin hnya dlm mimpi *tetiba >_

mungkin jugak jin yg mek tgk tu tgh korek idung dlm posisi yg serupa dgnku


hmm misteri sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 06:05 PM | Show all posts
ni kat gerik ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2015 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jagendas replied at 16-9-2015 02:44 PM
mungkin jugak jin yg mek tgk tu tgh korek idung dlm posisi yg serupa dgnku


huishhhh.. ptot ler seram ya amat. smpai xbrani nk p toilet bla tringt mmpi tu ><
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2015 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kukukatablog replied at 16-9-2015 06:05 PM
ni kat gerik ker?

uishhh.. jauh tu. hehe. pernah dgr x SELAMA,PERAK? Itu ler tmpatnya. kt sni just ad dua je skolah mnengh. tp skola rendah byk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.066783 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list