View: 2279|Reply: 1
|
Jangan 'Lebih-Lebih' Ketika Bersenam
[Copy link]
|
|
Kesungguhan dan ketekunan melakukan senaman semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing dan menarik bukanlah cara yang terbaik. Silap haribulan, timbul masalah lain pada tubuh anda akibat bersenam secara berlebihan. Mungkin inilah yang akan anda rasai:-
SAKIT SENDI TULANG
• Rasa sakit pada sendi tulang di bahagian lutut, siku dan pergelangan tangan adalah tanda bahawa anda telah melakukan latihan yang berlebihan. Sama ada terlalu banyak ulangan pada latihan atau menggunakan alat berat dengan bebanan yang terlalu besar. Mungkin rasa sakit juga boleh terjadi jika anda menggunakan alat senaman itu dengan cara dan teknik yang salah.
• Sebaliknya, jika anda merasa sakit pada bahagian otot, itu menandakan otot anda terbentuk dan menjadi lebih kuat.
TETAP BERLATIH WALAUPUN TERASA SAKIT
• Ketika anda melakukan senaman dan mula terasa sakit, segeralah berhenti. Jika anda terus memaksa diri melakukan senaman itu, sudah pasti keesokkan harinya badan anda akan merasa sengal dan lenguh.
• Jangan memaksa diri untuk terus melakukan senaman. Sebaiknya berhentilah. Jika tidak, mungkin anda tidak mampu datang ke gimnasium seminggu kemudian.
LAKUKAN SENAMAN SETIAP HARI
• Apabila anda disaran untuk menggunakan alat senaman sebanyak 3-4 kali seminggu, maka lakukanlah. Jangan gunakan lebih daripada apa yang disarankan kerana ia boleh menyebabkan badan anda cedera.
• Anda boleh lakukan latihan kardio atau yoga di saat anda tidak menggunakan alat berat. Ingat, badan anda memerlukan masa untuk berehat terutamanya selepas anda melakukan latihan menggunakan alat berat.
TIDAK MENGGUNAKAN TEKNIK YANG BETUL
• Berlatih sehingga melepasi kemampuan diri adalah sangat berbahaya. Untuk tidak melepasi kemampuan anda, berhentilah dengan segera jika anda tidak dapat melakukan latihan dengan teknik yang sesuai. Ini untuk mengelakkan risiko cedera.
TINGKATKAN BEBAN TERLALU CEPAT
• Dengan meningkatkan beban pada alat berat, ia boleh membantu pembentukan otot. Namun peningkatan terlalu cepat boleh membebankan anda. Contoh, peningkatan beban yang disarankan adalah 1-2kg setiap minggu. Ini untuk memberi masa kepada otot anda menyesuaikan diri dengan penambahan berat tersebut.
KESANNYA!
Menurut Greg Justice, ahli fisiologi di Kansas City, terdapat kesan buruk pada kesihatan apabila seseorang itu melakukan senaman yang berlebihan. Antaranya:
MERASA PENING & GANGGUAN TIDUR
• Apabila anda memaksa diri melakukan senaman, anda pasti mengerakkan gigi sehingga menyebabkan rasa pening di kepala. Keadaan ini boleh mengganggu tidur anda kerana hormon kortisol (stres) dalam badan akan bertambah apabila anda melakukan latihan yang berlebihan.
MUDAH MENDAPAT SAKIT
• Apabila anda melakukan latihan yang berlebihan, badan dan sistem imunisasi anda akan lemah serta mudah diserang penyakit. Kesannya, ia berlawanan dengan tujuan sebenar anda bersenam dan sasaran yang ingin anda capai.
rapi
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak jadi sado cepat, kena usaha lebih la... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|