|
Modenas CT115S 2015 Di Lancarkan Secara Rasmi - Syarikat Motorsikal Dan Enjin Nasional iaitu Modenas sebuah syarikat pengeluar motorsikal tempatan secara rasmi telah melancarkan model baru yang di pertingkatkan iaitu Modenas CT115S dengan lebih bergaya dan terkini.
Boleh di katakan sebagai model serba baru juga dari Modenas, jika melihat dari aspek model CT115 sebelum ini, CT115S 2015 di lihat lebih ramping, tirus dengan sudut dimensi menarik yang lebih aerodinamik. Di samping ciri rekaan bergaya di terapkan sesuai dengan citarasa terkini Gen-Y.
Menyentuh mengenai spesifikasi, Modenas telah mengeluarkan gambar rasmi dan spesifikasi terkini. CT115S 2015 di kuasakan enjin 4 lejang SOHC silinder tunggal yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 6.6kW@9500rpm dan kuasa tork maksimum 8.1 N.m@5000rpm. Kuasa yang mencukupi untuk sebuah moped bersesaran 115cc.
Modenas masih belum mengumumkan harga asas rasmi bagi model Modenas CT115S ini, mungkin dalam masa terdekat atau bila-bila masa sahaja. Modenas Ct115S di datangkan dengan warna merah dan biru di samping model khas CT115S Givi.
Nampaknya Modenas sudah mula agresif kembali rebadge model-model mereka dnegan lebih hebat. Ramai rakyat Malaysia yang mahu melihat pengeluar nasional ini mampu bersaing dengan pengeluar yang sudah established seperti Yamaha dan Honda amnya.
Adakah akan ada kejutan terbaru dari Modenas selepas ini? Kita nantikan bersama, setelah Modenas Dinamik 120 dan Modenas TTR200 mendapat perhatian. Kini Modenas CT115S 2015 mula mengambil bahagian dalam perlumbaan ini. Sumber
|
|
|
|
|
|
|
|
CT100 yg aku buat moto belasahan kt rumah tu pun dah sedap...ni kan pula CT115....kompom lg sedap |
|
|
|
|
|
|
| |
|