CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yayan_froggy90

Misteri kehilangan 7 murid orang asli di Gua Musang sejak 23 Ogos

[Copy link]
Post time 10-10-2015 08:31 PM | Show all posts
berita kat kosmo online..



GUA MUSANG – Dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di sini yang ditemui selamat selepas hilang 47 hari di dalam Hutan Rizab Balah dipercayai membawa bekalan makanan ringan, memakan buah-buahan hutan selain berpengalaman luas dalam selok-belok hutan membuatkan mereka ditemui masih hidup semalam.
Ketua Plantun RELA Orang Asli Kelantan, Kamal Rami, 50, berkata, kehilangan mereka tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh tersebut dianggap begitu misteri.
“Saya percaya sebelum mereka lari meninggalkan asrama sekolah kerana takut dimarahi guru gara-gara mandi sungai, mereka membawa makanan se-perti keropok dan biskut tetapi bekalan itu hanya untuk sehari.
“Apabila makanan tersebut telah habis, mereka makan buah-buahan hutan seperti ubi kayu, pucuk paku dan pisang.
“Selain itu, mereka makan buah di dalam hutan yang dikenali sebagai buah perah yang rupanya seakan-akan biji getah. Rasanya berlemak dan mempunyai protein. Mereka turut minum air sungai sehingga dapat bertahan hidup berbanding rakan-rakannya yang lain,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau yang merupakan suku kaum Temiar berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam operasi mencari dan menyelamat termasuk di Gunung Yong Yap di sempadan Pahang-Kelantan.
“Anak-anak Orang Asli juga telah diajar mengenai ilmu hutan sejak kecil dan arif tentang selok-belok hutan.
“Mereka memang berhajat untuk pulang ke kampung mereka namun tidak berjalan di laluan balak ataupun laluan biasa ke-rana mereka takut dijumpai oleh pasukan penyelamat.
“Mereka tahu, ada pihak yang mencari mereka. Jadi, mereka yang bergerak secara ber-kumpulan sepakat un-tuk memilih jalan lain untuk pulang ke rumah masing-ma-sing,” katanya.



sumber: kosmo online
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1010&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

budak2 ni yang nak lari semakin jauh rupanya..dah nampak pasukan penyelamat tapi masih nak lari..sembunyi...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2015 08:38 PM | Show all posts
sedihnya...kesian mokcun tgk budak2 tu
nak salah siapa dalm hal ni?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2015 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Td tgk berita kt tv9.. tok batin nafikan yg ada org bagi makan.. n nafikan jugak dorg mkn buah2 atau rumput.. tok batin kata dorg juz minum air sahaja.. maybe sebab tu berat badan susut.. kalo makan buah2 atau cikedis xkn susut terok sgt rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 10:34 AM | Show all posts
Harap-harap banyak lagi komen komen misteri dan peminat BOD ni ye...skrg kita berada di BOD MPS bukan bod Isu Semasa. Kat Bod sana tu dah ada dia Tajuk pasal ni..kalau boleh kat sini kita huraikan tentang misteri....erkkk ada ke kisah misteri mereka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2015 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
GUA MUSANG 10 Okt. – Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kehilangan 7 pelajar orang Asli yang hilang di hutan belantara di Gua Musang.

Dua dari pelajar berkenaan, Mirsudiar, 11, dan Norieen, 10, ditemui selamat walaupun sudah 48 hari dilaporkan hilang.

Apa yang menjadi misteri adalah bagaimana kanak-kanak itu boleh 'survive' tanpa keperluan asas dan makanan bersih dalam tempoh yang begitu lama.

Berdasarkan pemandu pelancong yang berpengalaman di kawasan gua dan gunung, seseorang yang sesat dan tidak mempunyai kepakaran tentang hutan hanya dapat bertahan hampir 20 hari sahaja, justeru menimbulkan tanda tanya bagaimana Mirsudiar,11, dan Norieen,10, boleh bertahan selama 48 hari.

Menurut laporan dari Mingguan Malaysia, kebanyakan penduduk di sekitar kawasanPos Tohoi berkata mereka percaya dua kanak-kanak itu mampu bertahan di hutan belantara kerana mendapat bantuan dari makhluk halus yang mendiami kawasan itu.

Seorang penduduk dari Pos Tohoi, Alex Long, 54, berkata makhluk itu memang wujud dan antara tempat-tempat yang digemari oleh makhluk itu adalah pokok tualang, pokok merbau atau gua-gua yang terdapat di daerah ini.

Menurut beliau, masyarakat Orang Asli suka Temiar, makhluk yang mendiami hutan berkenaan digelar sebagai 'tenrog' atau di dalam bahasa Melayu dikenali sebagai 'Bunian'.

"Di sini, Gua Peraling paling dekat. Jika berjalan kaki, hanya ambil masa 10 minit sahaja dari penempatan kami. Gua ini ada penghuninya tetapi kami percaya mereka tidak buat kacau jika tidak diganggu.

"Mirsudiar dan Norieen mampu bertahan hidup lama mungkin kerana dibantu penghuni hutan ini. Mengikut kepercayaan kami, penghuni hutan memang suka berkawan dengan kanak-kanak," katanya memetik laporan itu.

Sementara itu, Jemi Angah, 40, menceritakan pengalaman dimana dia dan seorang rakan pernah sesat selama 18 jam di hutan berampiran Gua Peraling.

"Kami seolah-olah berlegar-legar di tempat sama sedangkan kawasan itu sering dilalui sebelum ini. Kami hampir berputus asa kerana kepenatan. Selepas saya minta penghuni hutan bantu, barulah kami terjumpa jalan ke kampung," katanya.

Tambah Jemi, masyarakatnya juga percaya ada pantang larang yang perlu dipatuhi jika manusia mahu menjejak kaki ke kawasan hutan.

Sekiranya gagal mematuhi pantang larang, penghuni hutan akan maarh sehingga mengundang kejadian yang tidak diingini.

"Pantang larang paling utama jangan bercakap besar dan tinggalkan barang-barang kotor seperti tuala wanita dalam hutan. Selain itu, sebelum masuk hutan, minta kebenaran dulu," katanya.

Seorang lelaki yang banyak terlibat dalam operasi menyelamat, Angah Chaki, 40, berkata kanak-kanak itu mungkin disembunyai kuasa ghaib 'tenrog' berikutan tiada jejak yang ditemui.

“‘Tenrog’ ini dalam bahasa Melayu disebut bunian. Ini merupakan kali pertama tujuh kanak-kanak hilang begitu sahaja tanpa jejak,” katanya.

Angah juga turut menceritakan satu kes yang pernah berlaku kepada lelaki Orang Asli yang tersesat selama dua bulan di dalam hutan.

“Apabila dijumpai, mulut mang a mempunyai kesan tanah dan kita percaya semasa hilang itu dia diberi ‘makan’ tanah dan daun-daun oleh Tenrog,” kata beliau.

Sebelum ini, salah seorang dari kanak-kanak yang ditemui selamat ada berkata mereka diberi makan oleh 'seseorang' dalam tempoh mereka tersesat di dalam hutan. - Siakapkeli.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2015 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Maafkan saya.. mula2 sy bt thread ni sbb mmg sgt misteri bg saya..sbb xda info.. nk post di bod CI pn konpius sbb masa tu citer dh lama.. sbb tu sy post sini.. memandangkan dorg masih belum jumpa.. dan jugak melibatkan perkara misteri.. tp la ni dh jumpa blk.. tu baru tau ada kt bod CI.. huhu.. xpe.. momod kalo rasa xsesuai bole merge kn atau delete.. hihihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2015 01:14 PM | Show all posts
dah jumpa sebahagian yg hilang kn...yg hidup 2 org je..yg 2 org tu kata yang lain dah mati..tunggu diorg semmbuh baru laa dapat update cite baru...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 01:25 PM | Show all posts
yayan_froggy90 replied at 11-10-2015 11:59 AM
GUA MUSANG 10 Okt. – Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kehilangan 7 pelajar orang Asli yang  ...

tak mustahil dalam hutan tu macam2 ada selain binatang buas

dulu saya pernah pergi pos Tohoi ni..buat research kesihatan..
memang anak2 orang asli diorang tak boleh ditegur..

sedang elok kita duk cakap pun, dia orang boleh blah macam tu je kalau ternampak biawak..kejar sampai masuk hutan
berkaki ayam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2015 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jumpa..tapi penuh tragedi..
Kecik2 lagi dah tengok rakan mati depan mata..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2015 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya..dh jumpa n selesai semuanya.. thread dh bole katup..tiada lg misteriiii.... wuwuwuw
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 10:07 AM | Show all posts
smpi bebila bdk2 ni akan ingat peritiwa pahit ni...
kwn2 mati depan mata...
trauma weii...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 11:00 AM | Show all posts
budak2 tu dah dijumpai.. 2 org je yg hidup..yg lain mati
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 11:28 AM | Show all posts
asalnya ... siapa yang keluar statement kata  diorang takut cikgu marah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2015 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyelamat Dedah Perasaan Misteri Ketika Penemuan Murid Orang Asli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2015 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyelamat Dedah Perasaan Misteri Ketika Penemuan Murid Orang Asli
VIRAL VIDEO AHAD, OKTOBER 11, 2015
524
SHARES
Facebook Google+WhatsApp


Penyelamat Dedah Perasaan Misteri Ketika Penemuan Murid Orang Asli : Bagaimana mereka mampu teruskan hidup? Itu persoalan yang pasti bermain di setiap orang yang membaca kisah dua kanak-kanak Orang Asli yang ditemukan di dalam banir pokok di tepi Sungai Perias selepas 48 hari hilang.



Kawasan tersebut dipenuhi semak-samun dan hutan belantara. Untuk sampai di situ, orang dewasa perlu berjalan kaki lebih dua jam walaupun jaraknya hanya kira-kira 800 meter daripada penempatan Orang Asli di Pos Tohoi.

Sungai itu juga sukar untuk dimudiki dengan bot kerana arus yang deras, banyak jeram dan juga berbatu-batu.

Satu lagi persoalan, bagaimana mereka 'terlepas pandang' daripada pencarian pasukan penyelamat biarpun usaha mencari dibuat secara teliti di seluruh kawasan itu, malah sejauh 140 kilometer menjangkaui bandar Gua Musang dan Cameron Highlands di Pahang.

Pasukan penyelamat juga menggunakan khidmat unit anjing pengesan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan tentera dalam misi tersebut.

Jawapan-jawapan ini hanya ada pada Mirsudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10, Mereka merupakan antara dua orang yang masih hidup daripada tujuh yang hilang.

Artikel;Midah Mimpi Di Datangi Orang Tua Mengatakan Anaknya Masih Hidup

Mirsudiar dan Norieen adalah yang paling tua dalam kumpulan itu. Mereka dikatakan 'lari' dari sekolah kerana takut dimarahi guru selepas ditangkap mandi di sungai tersebut pada 23 Ogos lalu.

Misi pencarian ketujuh-tujuh murid Sekolah Kebangsaan Tohoi ini adalah di antara yang terbesar dalam sejarah di negeri ini dan mungkin juga negara kerana menggabungkan lapan agensi yang ditunjangi oleh polis.

Sejak awal lagi, pelbagai teori dikemukakan, ada yang mendakwa mereka disembunyikan, diculik dan juga sesat dalam hutan. Namun pihak polis melakukan siasatan dalam semua aspek.

Malah ada cakap-cakap mengatakan kanak-kanak ini tidak hilang.
Teori yang menarik ialah unsur mistik. Kanak-kanak ini disembunyikan oleh jin. Benarkah begitu kerana mengikut teori orang hilang, mangsa hanya mampu bertahan selama 30 hari, tambahan pula ini kanak-kanak.

Seorang anggota penyelamat yang berbual dengan penulis mengakui dia berasa kurang enak ketika mengambil kedua-dua kanak-kanak yang masih hidup itu di tebing Sungai Perias pada pagi tadi.

"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, bulu roma saya meremang, kanak-kanak ini hanya memerhatikan kami dengan mata yang terbuka luas dan ketakutan dan tidak berkata apa.

"Saya juga berasa pelik kerana dua kanak-kanak ini boleh bertahan begitu lama," katanya.

Khabarnya, Mirsudiar dan Norieen mengakui melarikan diri dan bersembunyi setiap kali mendengar ada orang menghampiri mereka.

Malah mereka dikatakan hanya berada di sekitar tebing sungai tersebut kerana tujuan mereka adalah untuk pulang ke rumah di Kampung Penod dan Gawin yang terletak di kawasan hulu sungai itu. Apakah ada unsur lain membantu Mirsudiar dan Norieen untuk terus bertahan.

Misteri kehilangan tujuh pelajar Orang Asli semakin hampir ke penghujungnya. Sedikit masa lagi semuanya akan terungkai tetapi beri masa kepada dua kanak-kanak itu merungkaikannya.

Namun perkara yang lebih besar ialah tragedi ini membuka mata semua pihak mengenai isu-isu yang membabitkan masyarakat Orang Asli terutama di Gua Musang.

Harapnya ada sinar baharu untuk kehidupan masyarakat di pedalaman ini.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bagaimana-mirsudiar-dan-norieen-boleh-hidup-1.144782
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2015 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ellynorman replied at 12-10-2015 11:28 AM
asalnya ... siapa yang keluar statement kata  diorang takut cikgu marah?

Tak pasti.. Tapi mmg budak2 tu mandi sungai di sekolah..mybe cikgu marah sbb bahaya..cikgu pesan xbg mandi la kot..tp naluri anak org asli ni.. Dh tempat sendiri.. Mesti nk mandi juga..

Rasanya cikgu yg marah tu mesti trauma..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 03:15 PM | Show all posts
yayan_froggy90 replied at 12-10-2015 01:09 PM
Tak pasti.. Tapi mmg budak2 tu mandi sungai di sekolah..mybe cikgu marah sbb bahaya..cikgu pesan x ...

biasa la kan cikgu marah kalau mandi sungai ... sebab sungai situ deras....
tapi kesian gak yang menyalahkan cikgu tu... padahal normal juga anak orang asli biasa bebas dalam hutan gitu...
berita semalam ada bapak tak kasik anak p skola sebab kejadian ni...
ada juga bapak tak setuju bila dipontengkan ...
macam macam
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 03:41 PM | Show all posts
kesian lah....orang hiang tak dapat cari....keluarga sakit hati bimbang
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 06:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2015 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
KOTA BHARU: Polis Kelantan hari ini memberi penjelasan mengenai kejadian sebenar berhubung kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata rentetan kejadian itu bermula pada 22 Ogos apabila sekumpulan 25 murid sekolah itu keluar mandi ke sungai berdekatan pada jam 1 tengah hari dan pengawal sekolah kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada seorang warden.

Warden itu kemudiannya, memanggil tiga daripada 25 murid terbabit dan memaklumkan akan mengenakan hukuman ke atas mereka pada keesokan harinya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.078789 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list