View: 11714|Reply: 82
|
[Dunia]
Jambatan gantung kaca terpanjang kini dibuka
[Copy link]
|
|
MEREKA yang takut berada di tempat tinggi mungkin perlu berfikir dua kali sebelum berjalan di jambatan gantung yang baru dibuka di Taman Shiniuzhai di wilayah Hunan, China ini.
Ini kerana jambatan yang tergantung pada ketinggian 183 meter ini mempunyai lantai cermin dan pasti membuatkan lutut anda menggigil ketika melaluinya.
Laluan sepanjang hampir 300 meter itu diiktiraf sebagai jambatan gantung kaca paling panjang di dunia.
Seramai 11 jurutera terbabit dalam projek membina jambatan gantung yang menghubungkan dua puncak bukit berkenaan.
Sekumpulan pelancong yang berani menjadi pelawat pertama melintasi jambatan gantung itu ketika ia dibuka baru-baru ini.
Pelbagai gelagat pelancong boleh dilihat ketika mereka berjalan melintasi jambatan itu buat pertama kalinya.
Seorang wanita dilihat memaut pemegang di tepi jambatan dan terpaksa ditarik rakannya. Beberapa yang lain langsung tidak boleh melangkah kaki kerana terlalu takut.
Jambatan itu juga berayun ketika berjalan di atasnya sekali gus menambahkan perasaan takut.
Pembinaan menakjubkan itu juga diberi jolokan 'jambatan hero' kerana memerlukan keberanian luar biasa untuk melintasinya.
Walaupun, jambatan itu sangat menakutkan, ia menawarkan pemandangan menarik kawasan pergunungan itu.
Setiap pengunjung dikehendaki memakai alas kasut khas supaya tidak mengotorkan atau mencalarkan cermin berkenaan.
Jambatan berkenaan pada mulanya dibina menggunakan kayu sebelum sebahagian lantainya diganti dengan kepingan kaca pada 2014.
Beberapa bulan lalu, sekumpulan jurutera menggantikan semua lantai kayu dengan kepingan kaca sekali gus menjadikan laluan itu sebagai jambatan gantung kaca pertama di dunia.
Jurutera berkenaan turut memberi jaminan bahawa jambatan kaca itu selamat untuk digunakan apabila kepingan kaca digunakan 25 kali lebih kuat berbanding kaca tingkap bangunan, selain dibina supaya bentuknya kekal dan tahan tekanan ting­gi.
Sejak beberapa tahun lalu, laluan menggunakan lantai kaca popular dalam kala­ngan pelancong di China yang sukakan cabaran.
Pada awal tahun ini sebuah pelantar tinjau dibina dengan lantai kaca di Chongqing, barat daya China dengan laluannya di atas jurang sedalam 718 meter.
Sebuah lagi jambatan kaca kini dalam pembinaan di Zhangjiajie, Hunan dan bakal merentasi tebing setinggi 299 meter.
Apabila siap, jambatan sepanjang 380 meter itu boleh memuatkan 800 pengunjung pada satu masa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk membuatkan pengalaman melalui jambatan kaca itu lebih mencabar dan menakutkan kepada para pengunjung, Spidey berharap mereka akan letakkan papan tanda 'Made In China' kat tengah jambatan tersebut,
Pasti seronok!! |
|
|
|
|
|
|
|
Eeeww dan lg buat lawak tuu ...bila spidey nak p? Tp mesti la spidey begayutan saja bila kat jambantan tu kann...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorry lah nak lalu jambatan tu...Spidey belum kahwin lagi ok?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kalo amoi ni meminta tolong, takkan spidey nak biarkan sajork. Kata superhero....
|
|
|
|
|
|
|
|
Made in china ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ni ada pengecualian lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
escalator yang tinggi orang pon boleh kiok....
inikan pula.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk pic pon terasa gayat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Experience lebih mendebarkan sbb made in prc ... |
|
|
|
|
|
|
|
Akak tak jumpa lagi ayat kat sini... cina babi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik,
Tapi made in china, tak berani nak cuba |
|
|
|
|
|
|
|
okay cool, gayat lah aih...
ni kalis bencana alam ke like quakes etc?
awat depa nak guna kaca ? ada rasional yg lebih baik ke selain isu 'aesthetics' atau 'seni'
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 29-9-2015 11:05 PM
Untuk membuatkan pengalaman melalui jambatan kaca itu lebih mencabar dan menakutkan kepada para peng ...
hahahahaaha |
|
|
|
|
|
|
|
aku baca tajuk je dah rasa ngilu ujung pankreas..umakaiii mau tekincin2 aku klu lalu jembatan lu |
|
|
|
|
|
|
| |
|