CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3659|Reply: 18

[Tempatan] "I feel guilty, I want to see Imam," -Mr Tanjung Rambutan 2015

[Copy link]
Post time 1-10-2015 08:36 AM | Show all posts |Read mode
"I feel guilty, I want to see Imam," kata lelaki yang tampar Imam
                                            




                                 Shabir (dua dari kanan) akan dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan mental selama sebulan. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: "I feel guilty, I want to see imam, I want to ask sorry (forgiveness). Can you call imam to come here? I feel very guilty".("Saya berasa bersalah. Saya mahu berjumpa dengan imam, saya mahu minta ampun. Boleh tak anda panggil imam datang sini. Saya berasa sangat bersalah").

Demikian kata-kata Shabir Ahmad Khan, 31, lelaki warganegara India yang menampar imam Masjid Negara semasa solat Jumaat di masjid itu dua minggu lalu.

Shabir yang berada di kandang tertuduh di Mahkamah Majistret juga bertindak menepuk pipinya sendiri beberapa kali ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Dia didakwa di atas tiga pertuduhan iaitu mencederakan imam, menganggu solat Jumaat dan tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh Pas Lawatan Sosial.

Shabir, yang bekerja sebagai pemandu peribadi, pada mulanya mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan namun pengakuannya tidak diterima oleh majistret setelah dia kelihatan keliru.

Siti Radziah sempat bertanya kepada tertuduh samada dia mengetahui bahawa dia kini berada di mahkamah dan didakwa kerana mencederakan imam, tertuduh kemudiannya mengangguk sambil berkata: "Because I slapped imam." (kerana saya menampar imam).

Disebabkan tidak berpuas hati dengan pengakuan tertuduh yang kelihatan dalam keadaan keliru, asyik menundukkan kepala dan sering menyatakan kekesalan, Siti Radziah memerintahkan Shabir dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan mental selama sebulan.

Mahkamah menetapkan 30 Okt untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama Shabir didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dia didakwa dengan sengaja menyebabkan gangguan ketika solat Jumaat mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Masjid Negara, Jalan Perdana, di sini pada pukul 1.30 petang, 18 Sept lalu.

Shabir juga didakwa tinggal di Malaysia walaupun Pas Lawatan Sosialnya telah tamat tempoh pada 17 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara minimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan ASP Nom Phot Prackdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -Awani                                               


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Maka pembayar cukai pun menanggung sekor lg bewak
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Pttnye denda suh byr duit pastu hntr je blk negara asal...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 09:42 AM | Show all posts
Mesti kurung dulu beberapa bulan. Sama ada di tg rambutan atau penjara. Baru hantar balik
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 10:06 AM | Show all posts
BETUL TU...
DENDA DIA...TAK PAYAH NAK TANGGUNG DIA..
HANTAR BALIK INDIA DENGAN INDIA KAT DALAM GRUP NI SEKALI
AUTA JE...DAH BUAT SALAH ..SENANG SENANG JE NAK MINTA MAAF....KALAU IMAM TU MATI...BOLEH DIA MINTA MAAF CAM TU JE?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 11:04 AM | Show all posts
bertaubat la yea.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2015 11:28 AM | Show all posts
ape yg dia buat skrg dah betul.. tapi tak bererti dia bebas la.. undang2 negara kena patuh juga
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 11:34 AM | Show all posts
keling dan masalah tak boleh dipisahkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 11:45 AM | Show all posts
kesian juga dia...memang dia dah ada masalah mental...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 11:47 AM | Show all posts
Tak boleh hantar balik terus ke? Tak pepasal pulak nak tanggung dia masuk wad gila ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukum mamak gila ni sekeras2nya sblum cmpak blik ke negara asal
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 01:42 PM | Show all posts
kalau imam maafkan .. pertuduhan gugur ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pura2 gila la tu supaya dapat stay lebih lama kat malaysia...tempat tinggal free...makan free...tau sgt perangai kaum ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
So bila plk nk.hntr lababesi merapu sekepundeng ke taman yg sungguh bahagia itu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 02:23 PM | Show all posts
nanti dia tampat nurse pula...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 02:23 PM | Show all posts
tampar****************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Better dia duduk lebih masa kat norway. Klau kena penjara pun duduk penjara mcm hotel. Klau kat malaysia penjara 5 thn tp duduk penjara yg low class. Tu yg nuart asyik ngadu sakit belakang je
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 03:08 PM | Show all posts
perabih duit tax payers lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 03:35 PM | Show all posts
tajuk buat aku nak gelak....Mr Tanjung Rambutan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.133624 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list