Zimbabwe larang penggunaan pemanas air elektrikKejadian bekalan kuasa terputus sering menghantui Zimbabwe, walaupun pada hakikatnya bahawa 60% daripada penduduk tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik. -Foto AFP
[size=100%]ZIMBABWE, 2 Oktober:Zimbabwe tampil dengan larangan penggunaan pemanas air elektrik, selain mengarahkan semua pembangunan hartanah yang baru dibina untuk menggunakan kuasa solar sebagai sumber kuasa.
Penguatkuasaan peraturan dan larangan ini oleh kerajaan disebabkan untuk cuba menangani kekurangan kuasa secara berleluasa.
Pegawai Tenaga mengatakan yang dipetik daripada BBC, pemanas elektrik yang sedia ada akan ditamatkan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun akan datang.
Mereka berharap untuk menjimatkan sehingga 400 megawatt elektrik yang bersamaan dengan pengeluaran loji kuasa elektrik.
Kejadian bekalan kuasa terputus sering menghantui Zimbabwe, walaupun pada hakikatnya bahawa 60% daripada penduduk tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik.
Ini juga telah menghalang pelaburan menyebabkan ekonomi negara itu kini semakin merudum.
Selain itu, kerajaan dijangka akan menguatkuasa beberapa peraturan baru lagi menjelang akhir tahun.
Adalah dianggarkan bahawa terdapat sehingga 300,000 pemanas air di seluruh negara, dengan pemanasan air meliputi 40% daripada bil elektrik isi rumah.
therakyatpost
|