CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35457|Reply: 144

cerpen : Lady Boss ( ends 4 April 2017 )

[Copy link]
Post time 8-10-2015 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by elia201 at 4-4-2017 07:07 PM

Boring menatap wajah 'lady boss' bermata sepet dihadapan mata. Hari hari menadah telinga mendengar bebelan Ketua Jabatan mereka. Darren menguap. Mengantuk. Mencapai pen dan kertas. Menulis sesuka hati.

Topik perbincangan adalah mengenai produktiviti staff yang kian merudum. Menjawat jawatan tinggi dalam usia muda menjadikan Darren sukar mendapatkan kerjasama dari pekerja bawahan. Apatahlagi kebanyakan staff bawahan lebih tua darinya.

Seorang anak muda berusia 27 tahun memimpin pekerja berusia lingkungan pertengahan 30-an dan 40-an . Masak ! Dirinya kadang diperlekehkan.

Namun, Darren bijak memainkan peranan. Barang sesiapa yang mengingkari arahan atau culas ketika berkerja, Darren punya agenda sendiri untuk menyingkirkan mereka. Memberi tekanan kepada pekerja itu sehingga mereka dengan rela hati memberi surat perletakan jawatan. Maka mission accomplished ! Ketawa jahat dalam hati.

"A penny for your thoughts !"

Suzie merenung tajam ke arah Darren. Sedari tadi lelaki muda itu kelihatan mengelamun. Tidak fokus. Malah menconteng kertas dari tadi.

"Any explanation on why this is happening, Mr Darren?!"

Darren teguk liur. Setiap patah perkataan yang keluar dari bibir singa betina depan muka tiada satupun yang masuk ke telinga. Riak wajah selamba.

Mungkin Suzie tanya pasal low productivity kot.. Darren membuat andaian sendiri.

"Meanwhile I have no idea on what is happening. However, I will find the definite answer and get back to you later.."

"Ok then.. I'll be waiting for the answer before end of the day.. Meeting dismiss."

Susie sengaja mahu mengenakan Darren. Mahu melihat melihat sejauh mana Darren berusaha mencari jawapan untuk soalan yang tak pernah wujud. Senyum dalam hati.

"No worries ! I'll get back to you at soonest !"

Darren menarik nafas lega. Bangun dari kerusi dan terus keluar dari bilik mesyuarat.





Hakim galak mentertawakan Darren. Manakan tidak, teman karibnya sibuk menggelamun bila 'lady boss' mereka sibuk bersyarah dihadapan.

"Kau dah kena 'game' lah bro ! Siapa suruh kau berkhayal masa meeting dengan 'lady boss' kita.."

Hakim mencapai teh tarik kegemarannya. Menghirup penuh nikmat. Nasi goreng pattaya yang dipesan tadi masih belum sampai. Sabar menanti.

"Tula.. Aku pula boleh confident jawab macam tu.. 'Bapak' malu weyh..."  

Darren terasa ingin menyorokkan muka saat ini. Hari malang baginya. Sudah jatuh ditimpa tangga. Padahal Suzie berbicara pasal hal lain akan tetapi Darren menyangka sebaliknya.

"Bro.. Dengar cerita staff baru yang report under kau tu mengancam habis..  Cun melecun.. Solid molid.. Putih gebu macam Qu Puteh Qu Puteh barulah Puteh.."

Hakim mengubah topik sambil berlawak santai. Ingin mengorek rahsia dari Darren.

"Cun?!"

Otak Darren ligat memikir. Setakat ini belum ada seorang pun wanita yang  'cun' pada pandangan mata melaporkan diri bekerja.

Kalau cantik pun hasil bantuan mekap tebal dan 'foundation' berapa kati ditepek ke wajah. Darren tidak pentingkan kecantikan luaran. Ciri ciri utama wanita idaman Darren adalah bijak dan berdikari. Kebanyakan wanita cantik yang ditemui  'bimbo' belaka. Lainlah macam Shelly..

Tak semena Darren merindui Shelly. Wajah itu bermain diminda. Beauty with brain !

Sayang, Shelly sudah tiada lagi disisi. Tinggallah Darren bersendirian sejak 3 tahun lepas.

"Bro.. kau ni dah kenapa?"

Hakim menyoal hairan.

"Err.. Aku macam blur sikit ! Siapa nama awek yang kau cakap tadi?"

Enggan mengenang kisah silam, Darren melayan saja Hakim berbual.

"Zaheeda kot !"

Hakim sengih.

"Kenenkanlah aku dengan dia.."

Kali pertama terpandang Zaheeda, Hakim rasa terpukau. Cantik dan menawan. Cinta pandang pertama.

Darren gelak sehingga hampir menyembur keluar air coca cola yang disedut menggunakan straw.

" Zaheeda tu?! Aku panggil dia 'bim'.. Lembab sangat.. Tak tahu macam mana HR boleh hire orang macam dia.."

Serentak itu, wajah Zaheeda menerpa difikiran. Memang cantik dengan mekap tak lekang dimuka.

Namun, Darren menyampah. Rimas dengan telatah Zaheeda. Asyik menatap cermin dan membetulkan mekap sehingga mengabaikan kerja. Pulak tu bila ditegur, tak faham bahasa. Lain yang diarahkan, lain pula yang dibuat.. Sempat Darren menilai Zaheeda dalam hati.

"Bim tu apa, bro?"

Hakim tertarik untuk tahu.

"Bimbo !"

Darren menjawab selamba. Tidak teruja bercerita pasal gadis. Cinta sudah tiada dalam kamus hidup saat kepergian Shelly...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2015 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 8-10-2015 02:04 AM

Laporan untuk perbentangan bersama Ketua Jabatan dan Ketua Kredit Negara esok diteliti oleh Darren. Beginilah kerja seharian disektor perbankan. Sibuk tak kira masa. Menghadap komputer riba sedari lepas makan tengah hari bersama Hakim tadi.

Darren menggeliat untuk mengendurkan urat urat badan yang tegang. Suasana pejabat sunyi sepi. Membelek jam dipergelangan tangan. Tepat pukul 9 malam. Tergesa gesa Darren mengemas barang. Bersiap sedia untuk pulang. Badan letih.

"Hi Encik Darren.."

Meremang bulu roma Darren mendengar suara halus menyeru namanya. Spontan teringat kisah seram tentang bunyi bunyian dan penampakan entiti di sini dari mulut Hakim.

Darren cuak. Peluh jantan merenik didahi. Membuat bodoh sahaja lalu berjalan pantas menuju ke pintu keluar.

Damn it ! Darren memaki dalam hati apabila menyedari kad akses miliknya tertinggal di atas meja. Terpaksa berpatah balik.

Sesampainya dimeja kerjanya, Darren melilau mencari. Tidak berjumpa ! Dada berdebar debar. Gigih tunduk menyelongkar untuk menemukan kad yang dicari. Usaha menemui jalan buntu.

"Encik Darren cari apa tu? Nak I tolong ?"

Sekali lagi suara halus menanyakan soalan. Betul betul dekat tepi telinga Darren. Separa berbisik.

"Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku boleh tak setan?!"

Darren bengang. Menghempas meja. Melampiaskan kemarahan ke arah suara asing itu. Panas kerana gagal menjumpai kad akses yang dicari. Buntu memikir cara untuk keluar dari pejabat.

"Sampai hati Encik Darren panggil I, setan !"

Satu esakan kecil kedengaran. Gadis cantik disebelah menyeka air mata dipipi.

Aik ! Takkanlah hantu boleh menangis pula kena maki..

Darren segera berpaling. Terkejut melihat Zaheeda masih berada dipejabat waktu begini.

"You tak balik lagi ni kenapa?!"

Darren sengaja menyoal agak keras. Sedangkan dalam hati bersyukur teramat kerana boleh meminta bantuan Zaheeda untuk menolong Darren keluar dari pejabat.

Nasib baik bimbo ini ada..  Darren menghela nafas lega. Melonggarkan tali leher yang dipakai.

"Kunci kereta I hilang.. I tak tahu macam mana nak balik ini.." Zaheeda mengeluh.

Darren tersentak. Kebetulan pula.. Aku hilang tag, 'bim' ni hilang kunci kereta..

"It's ok ! I hantar you balik.."  

Darren menawarkan pertolongan. Meski rimas dengan tingkah Zaheeda namun Darren tidak sampai hati pula membiarkan Zaheeda dalam kesusahan.

"Terima kasih, Encik Darren.."

Zaheeda senyum senang. Selesai satu masalah. Dapat berduaan dengan Darren juga. Memang tidur lenalah Zaheeda malam ini bermimpikan Darren.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 07:12 AM | Show all posts
gedik si zaheeda ni... cerita baru ya TT? nice...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 09:04 AM | Show all posts
yeee...ada citer baru...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 09:23 AM | Show all posts
a penny for your thoughts not "A penny of your thought !"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 09:33 AM | Show all posts
yipun_78 replied at 8-10-2015 09:23 AM
a penny for your thoughts not "A penny of your thought !"

I taip mamai semalam.. thanks for highlighting

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2015 09:42 AM | Show all posts
wah ada citer baru...
teruskan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 10:08 AM | Show all posts
nice
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 10:14 AM | Show all posts
more puhlisss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 8-10-2015 04:29 PM

Rere merenung wajah kelat Darren. Baru keluar jumpa singa betina la tu ! Kasihan melihat temannya. Dibambu teruk oleh Suzie kerana datang lewat untuk perbentangan pagi tadi.

"Boss.. kau ok tak?"

Meski kawan baik dan lebih muda dari dirinya, Rere tetap menghormati Darren. Bukan bodek atau pun kipas. Tetapi tanda jalinan professional di antara mereka . Ketua dan pekerja.

"Lady boss kau tu gila lah !"

Darren bengang. Lambat seminit pun Singa Betina sudah bising. Bukan sepuluh minit. Ketua Kredit pun datang lewat. Mahu menyalahkan Zaheeda, Darren tak sampai hati. Walaupun Zaheeda lah punca Darren jadi begini.

Usai menghantar Zaheeda semalam, si gadis Bimbo itu meminta tolong Darren mengambil pula untuk datang ke pejabat pagi ini. Alasan Zaheeda sukar untuk mendapatkan teksi di kawasan rumahnya.

Tiada langsung keikhlasan dalam diri untuk menumpangkan Zaheeda, tepat pukul 7 pagi, Darren sudah terpacak menanti didepan rumah. Pada pendapat Darren pasti Zaheeda bersedia menanti kedatangannya.

Namun, Bimbo bikin Darren panas hati. Barulah sibuk mencari kasut yang sepadan dengan baju sebaik saja Darren tiba. 'Touch up' bedak dimuka lagi. Serupa tepung gomak !

Apapun, Darren tidak suka menuding jari menyalahkan sesiapa atau memberi alasan. Silap Darren juga kerana melayan kerenah Zaheeda. 'Blaming game' memang bukan permainan Darren. Hanya orang low EQ saja gemar berbuat begitu. Mengaku salah dan berjanji takkan mengulang semula. Itulah prinsip hidup Darren. Belajar dari kesilapan.

Satu jabatan dikecohkan dengan suara 'kakak kakak senior' memujuk Zaheeda. Perbualan Darren dan Rere terganggu.

Darren bingkas bangun meninjau. Mendapatkan staff yang sedang tertumpu di sekeliling Zaheeda.

"Sekarang break time ke? Kenapa semua berkumpul ni?"

Darren bersuara tegas. Agak sinis. Merenung staff satu demi satu.

"Zaheeda kena marah dengan Cik Suzie.. Pasal terlanggar dia dekat ladies tadi.."

Yana bersuara bagi pihak Zaheeda. Simpati pada Zaheeda. Terkena dengan angin Suzie yang tak menentu. Manalah Zaheeda kenal Ketua Jabatan mereka. Gadis itu baru saja 3 bulan bekerja.

"Pasal terlanggar jer pun nak maki maki.. Tak pro betullah.."

Giliran Nancy pula merungut.

"Enough !"

Darren terus menyampuk. Enggan memperbesarkan perkara kecil.

" Bersurai semua ! Get back to work ! And you Zaheeda stop crying ! Ini bukan sekolah, kena marah sikit nak menangis ! Lap air mata you tu !"

Darren memang hati kering. Mengarahkan kesemua pekerja bersurai.

Riak tidak puas hati terpancar di wajah para pekerja namun mereka terpaksa akur arahan Darren.



Suzie menjengah mencari bayangan Darren. Bilik Darren kosong tidak berpenghuni.

Darren pergi merokok kot.. Suzie membuat andaian sendiri. Berjalan mengawasi setiap pekerja.

Terpandangkan Zaheeda sedang menghadap cermin membetulkan bulu mata palsu yang dipakai. Kertas kerja mengandungi maklumat sulit pelanggan mereka berselerakan di atas meja.

Clean desk policy out ! Suzie membentak dalam hati.

"You..."

Jari menunjuk arah Zaheeda.

Zaheeda gelabah. Terketar ketar bangun. Bulu mata palsu terbiar senget.

"I need to see you in my office now !"

Wajah Suzie merah padam. Menahan marah. Pantang baginya orang curi tulang sewaktu bekerja.










Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 04:00 PM | Show all posts
betul punya Lady Boss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 04:06 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 8-10-2015 07:55 PM

"You can't bypass me ! She is reported under me ! "

Darren meninggi suara.

Biarpun dihadapannya adalah ketua sendiri namun tindakan Suzie melangkau hierarki membuat Darren marah. Suzie sepatutnya memberitahu Darren sekiranya ada silap yang dilakukan oleh Zaheeda supaya Darren boleh menegur kemudian. Bukan memarahi gadis itu sesuka hati sewaktu ketiadaan Darren.

Memang Zaheeda bimbo, tapi Darren tidak suka ada orang mencampuri pengurusan staff bawahannya. Suzie memang melampau ! Ada saja mencari pasal dari pagi tadi.

"Rumor has it that you went back together with this young lady on yesterday night.. Even today morning you came to office with her.. I can foresee from the defensive way you've been talking to me right now, there's something personal between you and her ! It may lead to conflict of interest, Mr Darren !"

Pandangan Suzie masih tajam. Memandang ke arah Darren seperti singa lapar. Naluri memberontak ingin tahu hubungan sebenar Darren dan Zaheeda.

"What?!" Darren gelak panjang kemudiannya. Segala kemarahan hilang. Lucu.

"It's regards to work and there's nothing personal.."

Darren tertanya tanya 'mulut longkang' manakah yang membawa cerita tentang hal ini.

"But some one tells that yesterday.. Argh just forget about it !"

Suzie jadi malu sendiri. Berprasangka sejak mendengar kisah tentang Darren. Lidah yang selalu petah bercakap kelu. Struktur ayat jadi kelam kabut.

Darren keliru dengan kata kata Suzie.

But someone tells me that yesterday? Bukan sepatutnya someone told me ke? Ke grammar aku salah? Sejak bila kau jadi 'grammar nazi' ni pulak Darren ? Sempat lagi Darren mengarut dalam hati sedangkan Suzie berada depan mata.

"It's ok then.. You may go.."

Suzie tidak betah berlamaan dengan Darren lagi.

"Ok.."

Darren terus saja keluar tanpa berpaling lagi. Terhenti sejenak.

Eh, bukan aku ke yang masuk bilik jumpa dia tadi?

Gara gara tercabar dengan tindakan Suzie memarahi staff bawahannya, Darren terus saja masuk ke bilik lady boss memulakan konfrontasi.  

Tapi kenapa pula, Singa Betina itu yang menyuruh Darren keluar? Menghalau ke apa? Lantaklah..

Darren malas fikir. Pelik dengan angin 'kus kus' Suzie.


Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 04:27 PM | Show all posts

x faham maksud zam.. tapi bg nay mmg salah zaheeda lah kan sbb tak buat keje tapi buat benda lain

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 05:58 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 8-10-2015 08:27 PM
x faham maksud zam.. tapi bg nay mmg salah zaheeda lah kan sbb tak buat keje tapi buat benda lain
...

betul tu @NaylaArisha ... itu baru betul tugas seorang ketua... nampak saja ada yg tak kena terus dia akan tegur... itu baru Lady Boss...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes..Lady Boss..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 07:57 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 8-10-2015 08:07 PM

Hakim sudah masak benar dengan tabiat Darren. Andai kata stress, Darren akan ke gym dan menghabiskan masa berlari pecut diatas threadmill lama. Kelajuan 12 bertahan dari tadi. Hampir sejam mengulang larian tanpa jemu.

Nampaknya tekanan yang dialami Darren memang teruk. Jarang Darren jadi gila sebegini. Pasti berpunca dari Suzie.

"Cool down bro ! Kau nak latih stamina ke kau nak jadi pelumba pecut ni?"

Hakim risau melihat Darren. Beriya berlari dari tadi. Takut badan Darren melidi pula.

"Aku anggap threadmill ini muka Suzie, motivate aku untuk pijak pijak, lari lari atas dia. Puas hati aku !"

Darren bersuara mencungap. Letih namun berbaloi dapat 'merenyukkan' muka Suzie.

"Mak ai ! Kau ni gempak jugak ek boss.."

Rere menyampuk perbualan Darren dan Hakim. Menyeluk poket track bottom yang dipakai lalu mengeluarkan telefon bimbit miliknya.

"Nah motivation untuk kau ! Gambar Lady Boss.. So kau boleh lari sampai esok.."

Rere membesarkan saiz gambar Suzie yang diambil melalui telefon bimbit sewaktu makan malam tahun lepas untuk tatapan mata Darren.

Darren menjeling sekilas. Menyampah. Makin 'pancit' berlari. Tekak haus dan perut pula lapar.

Hakim mencuit bahu Rere. Tidak setuju dengan perbuatan Rere.  

Masakan Hakim mahu membiarkan sahabat baiknya menyeksa diri. Ini bukan bersenam tapi sesi lepas geram.

Darren mencapai tuala kecil disisi lalu mengelap peluh dimuka. Meneruskan larian sehingga masa yang tertera diskrin tamat.

Berura ura untuk minum root beer float di A&W berdekatan. Pekena teh tarik pun sedap !




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2015 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
"Bro, apa cer kau ni? Macam marah besar dengan lady boss kita tu.."

Hakim bersuara sambil  tangan menyeduk tom yam campur kesukaannya. Disinilah tempat mereka bertiga melepak kebiasaannya selepas gym.

Restoran  D' Tomyam.  Rasanya penjaga kaunter dan pelayan restoran ini sudah cam muka mereka. Malah mungkin hafal nama juga  

Usai Darren 'take away' root beer float di A&W tadi mereka ke mari. Hakim kepingin makan nasi berlauk.  Rindu masakan ala masak dirumah. Bosan dengan makanan segera.

Aroma tom yam dan ditambah dengan kailan ikan masin membuat Darren berselera makan. Ada udang sambal juga. Siakap masak stim tampak memikat. Nasi sepinggan sudah licin. Darren memesan nasi tambah. Stress hilang bila perut penuh.

"Mana aku tak bengang bro.. "

Darren memulakan cerita. Mengesat mulut dengan tisu.

"Dia cakap sebab aku lewat hari ini, esok aku kena denda jadi 'volunteer' buat kerja amal dekat Hospital Besar Shah Alam."

Berbakti pada komuniti memang bukan satu masalah pada Darren. Ada benda lain membuat Darren naik angin.

"Oklah tu boss.. Kau tak payah masuk office, menghadap meeting bagai.. Betul tak Hakim?"

Rere yakin Hakim juga sependapat dengannya.

Hakim angguk tanda mengiyakan kata kata Rere.

"Masalahnya, boleh pula singa betina tu demand.. Nak suruh aku ambil dia dekat rumah.. Then, bawa dia ke sana sebab kereta dia rosak.. Kira aku kena pergi kerja amal tu berdua dengan dia.."

Walau Darren berkeras menolak habis habisan namun Suzie mengatakan penglibatan Darren dan dirinya adalah wajib. Salah satu dari kehendak pihak pengurusan tertinggi.

"Kalau macam tu.. Sumpah tak 'syok' bro !"

Barulah Hakim faham kenapa Darren tertekan. Terpaksa menghadap muka lady boss mereka seharian rupanya. Nasib badan..

"Tapi aku ada rancangan.. Confirm perempuan tu serik nak cari pasal dengan kau lagi.. "

Satu rencana nakal bermain diminda Hakim.

"Apa dia?"

Darren angkat kening. Semangat untuk tahu.

Rere juga teruja untuk mengenakan Suzie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 10-10-2015 03:27 AM

Darren berpakaian kasual. T shirt berwarna putih dan seluar jeans. Menyarung kasut Nike hitam. Sesuai untuk melakukan aktiviti nanti.

Sesampainya di depan rumah Suzie, Darren menghantar pesanan kepada Suzie. 10 minit menanti tiada jawapan balas. Darren terus saja menekan butang mendail.

Kedengaran suara Suzie di talian. Meminta Darren tunggu sebentar.  

Perempuan memang leceh ! Darren mengutuk sendirian.

Baik Zaheeda maupun Suzie, sama saja. Bersiap mengalahkan puteri kayangan. Sudahlah meminta Darren menjadi pemandu tidak berbayar, kini terpaksa menunggu pula.

Selang beberapa minit kemudian Suzie berlari anak masuk ke dalam kereta. Terjerit kecil sebaik saja melihat ke tempat duduk penumpang belakang.

"Mr Darren.. what is....?"  

Suzie hampir menjerit ketakutan melihat bakul terbuka sendiri. Segera keluar dari kereta apabila melihat benda menjalar dari dalam bakul. Badan panjang dan berkilat.

"Relax Miss Suzie, let me introduce my 'lovely' kid.."

Darren mencapai bakul berisi anak ular sawa peliharaan Hakim. Mengusap lembut lalu mencium dikepala.

"Come baby ! Say hi to Aunty Suzie.."

Darren mengacah anak ular ke arah Suzie. Tanda perkenalan.

"Please Mr Darren ! Keep it away from me !"

Suzie geli geleman melihat Darren selamba memegang reptilia itu.

"It's tame.. No worries ! Please come in.."

Beria mempelawa Suzie untuk menaiki keretanya. Darren menyembunyi ketawa dalam hati.

"Tolonglah Mr Darren... I geli tau tak... Please !!"

Terus terkeluar ayat bahasa Melayu dari mulut lady boss yang selama ini selalu 'speaking london'.

"Amazingla.. You pandai cakap Melayu rupanya.."

Darren berpura kagum. Sengaja menduga reaksi Lady Boss.

Suzie menarik muka masam.

"Hey, I lahir dan dibesarkan dekat Malaysia ok.. Bukan Melayu celup macam you !"

Giliran Suzie menempelak Darren. Ramai mempertikaikan kebolehan berbahasa kebangsaan Suzie. Barangkali kerana Suzie jarang bertutur dalam bahasa Melayu.

Kenyataannya Suzie memang fasih berbahasa Melayu. Malah Suzie tidak tahu pun berbahasa Mandarin, Cantonis atau Hokkien walau berbangsa Cina.

"Eh, mind your word ok ! No celup celup ! I memang pure.. Tak caya tanya Mak I.."

Darren masih leka mengulit reptilia yang melingkar di tangan. Kemudian, dililit ke leher lalu tersengih ke arah Suzie.

"Are we going to keep on talking like this? Come on, Darren ! We must punctual.."

Suzie melirik jam ditangan. Mereka akan lambat sekiranya Darren masih melengah masa. Perasmian bakal bermula dalam pukul 9.00 pagi. Lebih kurang satu jam dari sekarang.

"Rule number 1, please have a seat and fasten your seat belt.."

Darren masih lagi ingin menyakat Suzie. Puas hati dapat mengenakan Suzie.

"Please make it faster, Miss Suzie ! I need to send my 'child' to my friend's place first.."

Malas berlengah lagi, Darren terus saja menyimpan balik haiwan peliharaan  Hakim di dalam bakul. Mahu dihantar ke rumah sepupunya. Tujuan membawa ular bersama hanya semata mata untuk memberi 'kejutan' kepada Suzie.

Suzie teragak agak untuk masuk. Memandang takut takut ke arah bakul berisi anak ular. Risau pun ada. Digagahkan jua melabuhkan punggung duduk dikerusi depan.

"You sure ke 'anak' you tu tak keluar macam tadi?"

Memandang Darren untuk mendapatkan kepastian. Riak wajah Suzie cuak.

"I am not particularly sure but if it comes out then too bad lah..You kena gigit dulu.."  

Darren gelak jahat. Idea Hakim memang mantap. Pasti Suzie serik untuk naik satu kereta dengannya lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2015 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 24-10-2015 02:11 AM

Perwatakan wanita berusia 34 tahun didepan mata Darren berubah 360 darjah tatkala menyapa mesra para petugas hospital. Bijak berkomunikasi dan menjalin hubungan. Berbeza bila Suzie berada di pejabat.

Darren ditugaskan untuk membantu menguji sejauh mana tahap penglihatan para pengunjung. Memegang kad huruf bersaiz kecil, sederhana dan besar. Kerja Darren mudah. Hanya perlu memegang kad dan ditunjukkan kepada pelawat dalam satu jarak yang telah ditentukan.

Sekiranya pelawat mampu melihat dan memberitahu huruf yang tertera mengikut saiz dengan betul, bermakna penglihatan mereka normal dan tidak perlu menggunakan cermin mata.

Manakala Suzie membantu menyediakan kanta sesuai mengikut saranan pakar optometris bertugas.

Sesekali Darren terpandangkan Suzie.

Cekap !  Sempat memuji lady bossnya.

Nampak sangat tekun dalam melaksanakan tugasan. Jelas terpancar kesungguhan diwajah. Memang sesuai dengan jawatan yang disandang.  

Dan salah satu ciri wanita idaman Darren..

Ah sudah ! Darren segera menidakkan. Melalut jauh memikir. Segera fokus kepada pengunjung yang ingin menguji mata. Menunjuk kad huruf silih berganti.

Pandangan Darren tertangkap pada sesusuk tubuh sedang berjalan menuju ke pintu keluar. Ingin mengejar namun Darren hanya terpaku memerhati.

Let her go, Darren ! Akal membantah keras tindakan kaki untuk mampir ke arah wanita yang kini berada beberapa ela dari sisi.

Wujud ke pelanduk dua serupa?

Serentak itu, Darren dipagut pilu. Mustahil itu Shelly..


Imbas kembali 3 tahun lepas...

"If you love me, please marry me ! I cintakan you, Darren !"

Air mata mengalir dipipi gebu Shelly. Sedih mengenang nasib diri terpaksa mengahwini pemuda pilihan ayahnya. Sudahlah pemabuk malah kaki perempuan pula itu. Shelly tidak tahu kenapa Papa beriya mahu Shelly mengahwini Alex. Hanya kerana Alex anak kepada usahawan tersohor dan bakal mewarisi aset berjuta.

Shelly bukan materialistik ! Sejak dari zaman sekolah menengah lagi hanya ada seorang saja jejaka bertahta dihati.

Darniel Hazren ! Itulah nama pemilik tunggal cinta Shelly.  

Malah mereka sudah berjanji sehidup semati. Mana mungkin Shelly sanggup mengahwini lelaki selain Darren.

"I am working on it, Shelly.. Papa you minta I sediakan 50k sebagai syarat untuk kahwini you.. Bagi I masa ok.."

Darren buntu untuk mencari wang. Baru sahaja mula bekerja. Pening memikir cara mahu memenuhi kemahuan Papa Shelly.

"Kita kahwin lari saja !"

Satu idea gila keluar dari mulut Shelly.

"Nope !"

Darren segera membantah. Mana mungkin membawa lari anak dara orang. Bimbang berlaku masalah di kemudian hari.

"You tak cintakan I, kan?"

Shelly emosi. Berfikiran Darren tidak bersungguh mencintai dirinya. Air mata berjuraian.

"I love you, Shelly ! Tapi I nak ambil you sebagai isteri I dengan cara terhormat ! Melalui restu dari Papa you.. Sabar sikit sayang.."

Darren cuba memujuk Shelly. Mengesat air mata dipipi gadis itu.

"Papa tipu you ! Kalaupun you berjaya dapatkan 50 ribu itu, Papa tetap takkan izinkan kita berkahwin melainkan...."

Bicara Shelly terhenti. Esak tangis bertambah kuat. Terluka dengan tingkah Papa.

"Melainkan apa, sayang?"

Entah kenapa dada Darren berdetak kencang mendengar kata kata Shelly.

"You convert ke agama I ! Papa tak bagi I tinggalkan kepercayaan nenek moyang kami !"

Shelly merebahkan diri ke dalam pelukan Darren.  Menangis semahunya. Darren berusaha menenangkan Shelly.

Darren kelu. Antara agama dan cinta. Silap Darren juga kerana tidak pernah memikirkan jurang antara mereka.

"Sabar Shelly... I akan cuba bercakap dengan Papa you.."

Kala ini, Darren benar benar buntu.

"I akan bunuh diri kalau tak dapat kahwin dengan you !"

Shelly nekad. Andai saja Darren gagal memujuk Papa, Shelly lebih rela mati dari hidup bersama Alex.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2015 01:16 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 10-10-2015 01:19 AM

"Hailah Mr Darren.. Dalam meeting berkhayal.. Dekat sini pun you suka mengelamun.. Ada masalah ke?"

Satu suara menyentak lamunan Darren tentang kisah lampau.

Darren segera kembali ke alam nyata. Bayangan Shelly hilang. Memandang kosong ke arah Suzie.

"You nak makan tak? I ada ambilkan nasi ayam untuk you.. Percuma untuk sukarelawan.."

Mereka memang selalu bertekak sewaktu dipejabat. Tetapi disini Suzie ingin mengambil kesempatan memperbaiki hubungan mereka. Niat ikhlas saat menghulurkan plastik berisi polistrin kepada Darren.

Darren serba salah untuk menerima pemberian Suzie. Bimbang termakan budi baik Suzie. Hanya menggeleng tanda menolak.

"I nak makan dekat restoran depan tu.. I pergi dulu.."

Darren meletakkan kertas huruf di atas meja. Ada petugas lain akan menggantikan tempat Darren. Bolehlah Darren berehat makan tengah hari sebentar.

"I join you sekali lah.."

Suzie menawarkan diri untuk menemani Darren. Menyerahkan semula nasi ayam yang diambil tadi kepada petugas berhampiran. Menuruti langkah Darren.

Tiada pilihan lain, Darren hanya mengangguk tanda setuju.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.076486 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list