CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

cerpen : Lady Boss ( ends 4 April 2017 )

[Copy link]
 Author| Post time 15-10-2015 07:27 PM | Show all posts

Sorry masih baru.. ada limit page ek for cerpen?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 10:17 AM | Show all posts
elia201 replied at 15-10-2015 07:27 PM
Sorry masih baru.. ada limit page ek for cerpen?

takde la.. suka hati..
cuma nak menunggu habis tu seksa jiwa raga
sila sambung cepat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2015 10:44 PM | Show all posts
assalamualaikum
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 08:04 PM | Show all posts
'Oh, tuan tanah yang lama menyepi...
di manakah updatenya lagi...'

p/s:sila baca dengan irama lagu 'sketsa sebuah cinta', May
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2015 10:32 PM | Show all posts
Hari baru !

Suzie senyum sendiri. Kerja kerja berlambak diatas meja dibiarkan sejenak. Seharian menghabiskan masa bersama Darren semalam. Buat kali pertama tiada pertengkaran melingkari mereka. Diri dilayan penuh kelembutan.

Alasan Darren kerana takut Suzie pengsan lagi. Penat Darren mahu mengangkat nanti. Mengadu sakit belakang kerana terpaksa mendukung Suzie.

Darren memang kelakar ! Suzie tak kering gusi ketawa dengan lawak jenaka Darren. Serasa dihadapan mata bukan Darren yang dikenali dipejabat.

Suzie segera menaip sesuatu melalui OCS sebelum menekan enter. Berdebar menanti balasan.

OCS berkelip menandakan balasan diterima.

Suzie Ong
I ada belikan MC D breakfast special dengan Arabica Coffee favourite you...  Nanti I suruh tea lady pass dekat you

Darniel Hazren Lee
Tq ☺

Suzie menaip balas. Senyum melihat emoticon dihantar oleh Darren. Mood ceria.


Darren tersentak membaca OCS dari Suzie. Biar betul minah ni... Menggosok mata berulangkali. Takut tersalah baca. Mungkin saja Suzie bercanda.

Suzie Ong
You dah ada pasangan tak untuk townhall esok?
Kalau belum, let's go together..


Adakah Suzie sedang mengajak Darren keluar berdua? Darren kaget.

Baru teringat ada majlis pengiktirafan pekerja anjuran syarikat esok. Darren berura ura untuk tidak menghadirkan diri. Nampaknya Darren terpaksa menolak pelawaan Suzie.




Darniel Hazren Lee
I tak pergi. Sorry  
Enjoy yourself ok...

Suzie hampa membaca balasan dari Darren. Baru berura ura untuk melaram dengan baju rekaan Jovian dihadapan Darren.

Wait Suzie.. Suzie terfikir sesuatu.. Bukan susah untuk membuat Darren bersetuju menemani esok.

Satu idea nakal bermain difikiran. Suzie senyum sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:53 AM | Show all posts
apa je alasan lady bos nie nk suruh Darren ikut dia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-10-2015 11:23 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 22-10-2015 11:40 AM

Berkerut dahi Darren membaca email yang datangnya dari Ketua Kredit Negara mereka buat kesemua staff. Pemerhatian lebih tertumpu pada ketua jabatan dan bahagian.  Nama Suzie Ong sudah pasti adalah senarai utama wajib hadir. Terpandang nama Darren dan Hakim adalah antara Ketua Bahagian yang diwajibkan datang. Tema pakaian adalah Wild Wild West and Modern.

Setiap staff harus membawa pasangan. Sesiapa yang datang bersendirian bakal dikenakan denda. Digalakkan pasangan dari kalangan ketua dan staff. Hadiah disediakan untuk 'pasangan serasi'. Pemenang dinilai berdasarkan keserasian sepanjang majlis berlangsung.

Malah pertandingan karaoke juga turut diadakan untuk mencungkil bakat terpendam dikalangan pekerja. Hadiah lumayan menanti pemenang.

Tujuan townhall ini bukan setakat mengiktiraf jasa baik para pekerja, malah  bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama staff.

Masalah masalah.. Darren garu kepala. Mana mahu cari pasangan disaat terakhir begini?

Sejenak Darren teringatkan ajakan Suzie. Segera menaip ingin menghantar pesanan melalui OCS kepada Suzie. Bertanyakan pelawaan Suzie tadi.

Namun sebelum sempat Darren menekan 'enter' pesanan OCS masuk dari Suzie.

Suzie Ong
Wanna go with me tomm?

Darniel Hazren Lee
Do I have a choice?
Hehe
Just kidding
Then I'll go with you

Darren menaip balas. Lega. Selesai sudah satu masalah. Malas semak kepala mahu memilih pasangan.

Suzie pun Suzielah.. Janji ada.. Asalkan mematuhi syarat majlis memadai bagi Darren.

Lantas meneruskan kerja yang kian melambak.  Masih banyak analisis data perlu dibuat semakan semula. Sempat mengerling jam ditangan.

Berbaki 30 minit lagi sebelum Darren perlu menghadiri mesyuarat dengan ketua cawangan Jalan Ipoh. Ada aduan tentang kesilapan teknikal dari pihak mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2015 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
"Please Zaheeda ! This is stupid mistake from your end ! How can you authorised branch to clear the cheque without thorough checking?!"

Darren panas hati. Hampir saja mencampak kertas ke arah Zaheeda. Sudahlah terpaksa menjawab dengan pihak atasan kerana kelalaian gadis itu. Kini riak 'blur' Zaheeda membuat Darren bertambah berang.

"I have no idea, Encik Darren..."

Zaheeda menjawab pelahan. Kecut perut menghadap wajah bengis Darren. Sedar salah dirinya tidak cermat ketika bekerja. Malah ini bukan kesilapan pertama Zaheeda.

Cuma kelalaian Zaheeda kali ini boleh memberi impak besar dan kerugian terhadap syarikat. Membenarkan cek bernilai RM 50,000 ditunaikan tanpa menyemak bahawa tandatangan yang tertera pada fizikal cek itu bukan lagi sah. Rekod tandatangan sudah ditukar sejak enam bulan lalu.

"What?! What you mean by no idea? Look here Zaheeda.. How am I going to justify this negligence? Now you tell me?!"  

Darren mati kutu untuk membuat Zaheeda mengerti bertapa cuainya gadis itu menggalas tugasan yang diberi. Pening kepala.

Mujur, pegawai di cawangan Bukit Bintang menghubungi Darren untuk mendapatkan kelulusan semula memandangkan jumlah cek agak besar dan terdapat percanggahan maklumat didalam sistem. Bolehlah Darren menarik nafas lega.

Walaubagaimanapun, Zaheeda perlu diberi pengajaran supaya lebih teliti di masa depan.

"Your probation will be extended for another 3 months.. Looking forward to see your improvement.. And please do not repeat this kind of mistake again!"

Darren malas menatap wajah cantik Zaheeda lagi. Air mata Zaheeda sedikitpun tidak mencairkan amarah Darren.

"I minta maaf Encik Darren ! I janji akan berubah.."

Zaheeda menyeka air mata dipipi. Sebak bertandang memikir teganya Darren memarahi dirinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2015 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 1-11-2015 02:34 AM

Suzie tercengang mendengar keputusan Darren. Terus saja meluru masuk ke dalam sebaik saja Zaheeda keluar dari bilik Darren.

"She was found guilty of teribble misconduct but yet you just extend her probation?! She suppose to be penalized.. Get HR to issue her warning letter.."

Lantang Suzie bersuara mengarahkan Darren. Pantang bagi Suzie melakukan kecuaian sewaktu bekerja.

"This is her first offence ..  Give her chance to learn.. Besides, she's still new on board.."

Serius Darren malas bergaduh dengan Suzie buat masa sekarang. Bangkit untuk keluar. Semak.

"Then my question to you... How you trained your staff?! Do we need to send her to classroom training again ?!"

Mata sepet Suzie sudah membulat. Bengang dengan Darren.

"I know what to do, Miss Suzie.. Trust me ! She won't repeat the same mistake again.. Please take my word for it.."

Memandangkan Darren tahu Suzie dalam keadaan hormon tidak stabil maka Darren tidak mahu memanjangkan pertelingkahan antara mereka. Takut Suzie pengsan lagi. Masak Darren mahu menjawab.

"Why is it hard for you to take action against her?!  This is serious offence ! Anything personal?"

Rupanya Suzie memang takkan berpuas hati selagi Darren tidak menurut perintah. Nada suara sinis ketika menyoal wujudkah hubungan peribadi antara Darren dan Zaheeda.

"You and your stupid assumption !!"

Lantaran bengang dengan Suzie, Darren terus saja berlalu. Enggan mempedulikan Suzie.

"Wait Mr Darren ! Where you think you are going?! We haven't finished yet !"

Wajah Lady Boss sudah kemerah merahan. Menahan marah.

"1 o'clock already.. My lunch break.. To be continued.."

Rimas mendengar bebelan Suzie lagi, Darren terus keluar. Hajat hati untuk menjamu selera di gerai Mamak seberang pejabat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2015 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 24-10-2015 12:28 AM

Air mata masih meleleh di pipi gebu Zaheeda. Menolak pelawaan Malar dan Yana untuk makan bersama. Zaheeda mahu bersendirian. Teh tarik mamak memang 'kegilaannya' saat stress. Lantas sudah 2 cawan diminum oleh Zaheeda. Jahanam diet atkins yang diamalkan selama ini.

Zaheeda terpandangkan seorang lelaki bercermin mata hitam dan bertubuh tinggi lampai sedang berjalan ke arah gerai. Serentak jantung berdetak kencang.

Serasa itulah pemilik tulang rusuk Zaheeda yang hilang. Mencuri pandang ke arah Darren.

Memang jejaka idaman Zaheeda ! Putih, tinggi dan chinese look ! Bertuahlah kalau Zaheeda mampu membuat Darren jatuh cinta.

"Encik Darren !"

Zaheeda menegur selamba. Memaniskan riak wajah.

Mungkin ini kesempatan terbaik untuk Zaheeda mendekati Darren memandangkan Darren bersendirian. Sakit hati akibat dimarah tadi diabaikan.

"Eh you.."

Darren senyum. Terus saja melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Zaheeda.

"Bukan you selalu lepak dengan Kak Yana ke?"

Pelik melihat Zaheeda bersendirian. Sekadar berbual kosong. Luar kawasan bekerja Darren memang lebih santai. Segala hal terjadi dipejabat dilupakan seketika.

"I teringin nak minum teh tarik mamak.. Kak Malar dengan Kak Yana mana makan mamak."

Lega melihat wajah Darren tidak menyinga seperti dipejabat tadi. Zaheeda rasa terbuai menatap mata hening Darren.

"Oh.. I teringin nak makan maggi goreng.. You macam Hakimlah... Suka minum teh tarik Mamak.."

Darren membuat kesimpulan sebaik saja melihat dua cawan teh tarik dihadapan Zaheeda.

Ngiauan kuat kucing mengganggu perbualan Darren dan Zaheeda. Seumpama mengaduh kesakitan teramat. Zaheeda bingkas bangun.

"Mamak !! Kenapa you siram air panas dekat kucing ni?! Apa salah dia?!"

Zaheeda menyergah garang. Tunduk mendukung kucing berwarna oren yang basah bulunya. Ada bahagian kulit melecur. Simpati melihat si comel menahan kepedihan.

"Ini kucing banyak jahat !! Curi ambil ikan dekat dapur !! Saya rugilah ini macam.."

Mamak enggan mengaku salah. Rela bertegang urat untuk menegakkan pendiriannya. Memaki menggunakan bahasa kesat.

Panas hati melihat gelagat Mamak restoran. Darren segera bangun. Mencampuri perbalahan Mamak dan Zaheeda.

"Hey.. Berapa ekor ikan kau kena makan dengan kucing ni?!"

Darren segera menyeluk poket seluarnya. Tiga keping not 50 dikeluarkan lalu dicampak ke arah Mamak. Marah dengan tingkah materialistik manusia.

"Kita bawa kucing tu pergi veterinarian.."

Malas panjang cerita, Darren menarik tangan Zaheeda untuk berlalu. Selera makan hilang.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2015 05:59 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 23-10-2015 06:43 PM

Shelly dan Darren sibuk menjadi 'stalker' dari tadi. Memerhatikan saja tingkah laku lelaki tua garang yang selalu menyergah mereka. Apabila pasti 'line clear', Darren dan Shelly terus memanjat masuk. Target adalah untuk menyelamatkan kucing yang selalu didera oleh pemiliknya.

Shelly mendapatkan kucing berwarna hitam putih. Haiwan jinak itu tampak lesu. Ada kesan luka dipukul atas kepala. Tangan menanggalkan rantai loceng dileher kucing. Membelai lembut haiwan peliharaan itu sebelum dibiar bebas. Kucing menjilat tangan Shelly. Tanda terima kasih barangkali.

Shelly senyum kesukaan. Bersandar dibahu Darren.

Akhirnya misi mereka berjaya membebaskan kucing tadi dari didera.

"Give me five !!"

Darren dan Shelly mendekatkan jari jemari dan tapak tangan mereka. Gembira.

Pinnnnn...

Bunyi hon kereta belakang kedengaran. Bingit.

Zaheeda segera menepuk bahu Darren yang masih leka tidak menggerakkan kereta walau lampu isyarat sudah bertukar hijau.

Darren tersedar dari bayangan Shelly dan dirinya curi curi menyelamatkan seekor kucing sewaktu mereka masih disekolah menengah.

Sedar akan kesilapannya. Darren mengangkat tangan.

Segera menukar gear dan menekan pedal pemecut. Kereta meluncur laju.

Sudah memaklumkan kepada Suzie bahawa Darren akan lambat kembali ke pejabat. Mungkin Darren akan tapau saja makan tengah hari nanti.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2015 06:41 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 23-10-2015 06:55 PM

Malar singgah sebentar di meja kerja Yana. Usai membuat milo panas dipantry. Kebiasaan kaum hawa bila bertemu. Tak lain dan tak bukan adalah 'menganyam ketupat' aka mengumpat. Ada berita hangat ingin diborakkan.

"Kak Yana.. Aku rasa Encik Darren ni ada 'skandal' lah dengan Zaheeda.. Kau fikir yea.. Sebelum lunch, Zaheeda masuk bilik jumpa dia.. Entah apa dorang borak lama sangat.. La ni kau tengoklah.. Dua dua tak masuk office lagi.. Aku suspect depa lunch date berdua.."

Malar suka jika benar Darren dan Zaheeda berpacaran. Keduanya masih bujang. Sesuailah tu ! Senyum sendiri.

"Eh bukan Encik Darren tu 'anak ikan' Cik Suzie ke?"

Yana keliru.

Semalam gosip bertiup kencang mengatakan Darren bercinta dengan Suzie tapi kini lain pula cerita.

"Cik Suzie memang cun gila.. Tapi kalau aku jadi Encik Darren, akupun tak nak singa betin..."

Kata kata Malar terhenti apabila mendengar satu suara...

"Although your boss is not here doesn't mean you are free to chat around.. Go back to your workstation !"

Suzie bersuara agak keras. Mengarahkan Malar kembali melakukan kerja.

Malar kecut perut. Patuh pada arahan Suzie.

"And bear in mind.. Please mind your own business !"

Selesai berkata begitu Suzie terus berpaling pergi. Geram.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2015 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 25-10-2015 11:10 PM

Suzie sukar fokus. Sesekali mata menjeling ke arah bilik Darren. Masih kosong. Menandakan Darren masih belum pulang ke pejabat.

Gusar memikir jika benar Darren berhubungan dengan Zaheeda maka Darren tidak mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan Zaheeda.

No !! Mungkin Darren cuma bagi peluang saja ..

Suzie menidakkan andaian dihati.

Come on Suzie.. Kenapa you concern sangat pasal Darren? You suka dia ke?

Satu suara bergema mempertikaikan tindakan Suzie pula.

Entahlah.. Suzie buntu. Ada sesuatu dalam diri Darren buat Suzie kepingin sekali untuk sentiasa rapat dengan lelaki itu.

Kalau nak diikutkan Suzie boleh mendapatkan mana mana lelaki lebih kaya dan kacak dari Darren. Bertuah dilahirkan memiliki wajah cantik dan susuk tubuh menarik. Petik jari saja lelaki akan tunduk pada Suzie.

Tambahan pula, Suzie bekerjaya dan berdikari. Lengkap pakej yang dimiliki.

Sayang, Darren seolah tidak terpesona langsung dengan Suzie.

Mungkin kerana jarak usia antara mereka? Atau kerana Suzie adalah boss kepada Darren? Barangkali perbezaan agama antara mereka?

Tiada jawapan untuk itu.

Ketukan kedengaran dari arah luar. Lamunan Suzie terhenti. Bersuara membenarkan masuk.

Wajah Darren terpacul dimuka pintu. Menjinjing bungkusan ditangan. Suzie tidak perasan bila Darren kembali.

"All review done already.. I've sent the report to Heindrick and omitted you in the loop.. Sorry ! Will forward to you then."

Darren duduk berhadapan Suzie. Bahang kerana baru balik dari luar masih terasa. Kulit muka merah dipanah mentari tadi.

"Ok.." Suzie menjawab selamba.

"Anyway, I got something for you.."

Darren menghulurkan coklat Cadbury Blackforest besar ke arah Suzie. Semasa singgah membeli rokok di 7- Eleven tadi, Darren ternampak coklat itu di rak berdekatan kaunter pembayaran.

Teringatkan Suzie yang 'moody', Darren terus membeli. Berniat untuk dihadiahkan kepada Suzie. Siapa tahu coklat mampu mengubah mood Suzie.

Atau anggaplah ini sebagai membalas jasa Suzie membeli sarapan pagi untuknya tadi. Sekurang kurangnya Darren tak termakan budi Suzie.

"For what?"

Suzie menyoal kembali meski hati berbunga. Pertama kali menerima pemberian dari Darren. Menyembunyi senyuman kegembiraan.

"To boost your mood ! So that you will be happy.. Can help to reduce stress too.."

Darren senyum. Menampakkan lesung pipit dikedua belah pipi.

"Thanks for the breakfast treat.."

Berura ura untuk pergi. Darren masih banyak kerja tertunggak perlu dibereskan.

"Erm.. Mr Darren.. Our date.. I mean townhall tomorrow, you and I, we will still going there together?"

Agak segan untuk Suzie bertanya berhadapan begini. Namun, Suzie hanya inginkan kepastian. Mana tahu Darren berubah fikiran kerana pertikaman lidah tadi. Pipi memerah. Malu.

"Yup ! Unless you changed your mind.."

Darren tidak terasa hati jika Suzie ingin berpasangan dengan staff lain.

"No !!" Suzie terus saja menyanggah. Takut Darren salah sangka.

"Plan still on.. But I need to see you around 8 tonight.. "

Bibir Suzie mengorak senyuman lebar mendengar kata kata Darren.

"Why?"

Giliran Darren pula keliru dengan motif Suzie ingin bertemu malam ini.

"To discuss about our outfit for tommorrow.."

Suzie berharap sekali Darren akan mengikut warna pakaian Suzie supaya mereka nampak sedondon. Bila lagi Suzie boleh dapat peluang sebegini.

"If that's the case, I'll pick you up around 8.."

Darren menurut saja kehendak Suzie kalau itu mampu meredakan ketidakstabilan hormon Lady Bossnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2015 09:15 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 23-10-2015 09:22 PM

Peluang baik buat Rere mendekati Zaheeda. Membetulkan kedudukan rambut. Mahu tampil kemas dan menawan. Untung nasib Zaheeda sudi untuk menjadi pasangan Rere di majlis esok.

"Hai you.. Busy ke?"

Rere sengih umpama kerang busuk.

"Taklah.. Ada apa?"

Zaheeda hanya senyum. Meletakkan berus pemerah pipi di atas meja. Merenung wajah Rere.

"You dah ada partner untuk esok ke? I ingat nak ajak you pergi sama.."

Rere mengharap Zaheeda sudi menerima pelawaannya.

"Sorry.. I tak pergi.. Bosanlah ! Lainlah kalau Encik Darren ajak I.. Baru syok!"

Zaheeda menjawab bersahaja. Tidak sedar kata katanya boleh menyinggung perasaan Rere. Terserlah kebodohan disitu.

Rere bengang apabila mendengar nama Darren disebut. Ternyata gadis dihadapan ini memang menggilai Darren. Silap percaturan, Rere berputih mata melihat Zaheeda jatuh ke tangan Darren.

"By the way, I ajak ajak ayam saja.. I tahu you sukakan Boss, kan? I kawan baik Encik Darren.. I boleh bagi tips macam mana nak pikat hati dia.."

Rere bijak memancing perhatian Zaheeda. Yakin Zaheeda akan masuk perangkap.

"Ye ke?" Zaheeda makin berminat untuk tahu.

"Betul ! Senang saja.."

Satu senyuman misteri bermain dibibir Rere. Berbisik sesuatu di telinga Zaheeda.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2015 02:17 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 25-10-2015 04:22 PM

Hari yang dinantikan oleh para pekerja. Majlis pengiktirafan di atas jasa jasa mereka selama ini. Ketibaan para hadirin disambut dengan persembahan band dari staff pelbagai bahagian.

Darren dan Suzie berjalan seiringan menuju ke tempat duduk khas buat mereka. Tipulah kalau Darren tidak terpesona dengan penampilan Suzie malam ini. Bergaun pendek hitam tanpa lengan dan memakai topi berbulu atas kepala. Sexy but elegant ! But tinggi tersarung dikaki pelengkap penampilan.

Rambut panjang Suzie pula dibiarkan lepas bebas dan dikerintingkan bahagian hujung. Nampak agak kebudak budakan ! Selalu Suzie gemar menyanggul rambut.

Suzie persis Marion Caunter versi lebih jelita dan anggun. Lumrah lelaki sukakan pada kecantikan. Apatah lagi wanita secantik Lady Boss.

Setakat pandang bolehlah.. Darren senyum sendiri. Jauh disudut hati masih belum ada sesiapa mampu menandingi Shelly.

Para hadirin menumpukan sepenuh perhatian kepada ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif mereka. Seorang lelaki Cina kacukan Scottish yang sangat terkenal dengan skandal dan mata keranjangnya. Bernama Variance
Lim. Pernah juga Darren mendengar cerita tentang kepantangan Variance melihat perempuan berdahi licin. Pasti akan diperangkap. Maklumlah lelaki berpangkat besar dan kacak bergaya. Mudah memikat perempuan.

Memandangkan meja Variance berdekatan Darren dan Suzie, Darren perasan Variance merenung Lady Boss dengan pandangan agak sukar ditafsirkan. Sedar diri hanya pekerja berpangkat bawahan, Darren malas ambil peduli. Menumpukan sepenuh perhatian pada majlis.

Kini tiba masa yang ditunggu. Penyampaian anugerah buat pekerja cemerlang. Diikuti dengan pertandingan karaoke untuk mencungkil bakat terpendam dikalangan pekerja. Para peserta kebanyakan memiliki vokal mantap. Pelbagai irama lagu dinyanyikan.

Selesai sesi karaoke dan pengumuman pemenang, hidangan makan malam disajikan.

Zaheeda dan Rere duduk disebelah meja Darren. Sesekali mata Zaheeda menjeling Darren. Lelaki itu nampak segak memakai jaket hitam dan topi cowboy. Mengikut tema wild wild west. Nampak sedondon dengan Suzie. Sungguh Zaheeda kecewa apabila mengetahui Darren berpasangan dengan Suzie.

Rere pula bangga berjaya membuat Hakim cemburu. Jelas terpancar diwajah Hakim perasaan iri hati kerana Rere berjaya menjadi pasangan Zaheeda malam ini.

Tambahan pula, Zaheeda tampil sangat menawan. Dress labuh tersarung di tubuh gadis itu menjadikan Zaheeda center of attraction. Ramai lelaki yang meneguk liur dan leka merenung dari tadi.

Darren kurang senang bila melihat berbotol minuman keras turut terhidang. Menolak apabila pelayan menyuakan segelas wain ke arah Darren. Manakala Suzie selamba saja meminta dua gelas wain diletakkan atas meja mereka.

"Come on, Darren ! Sporting a bit !"

Suzie memprovok Darren supaya minum bersama. Yakin Darren hanya 'alim alim kucing'.

"Please Suzie.. I said no !"

Darren berkeras berkata tidak.

Berbekalkan iman setebal kulit bawang, Darren takut melakukan perkara yang mendorong kepada kemungkaran. Cukuplah diri menahan godaan mata. Berdampingan dengan Suzie saja membuat Darren nyaris tergoda.

Susah betul jadi pasangan 'amoi' ni.. Darren merungut dalam hati.

"Whatever !"

Suzie meneguk selamba. Malas mahu mendesak lagi.

Muzik disko bergema memenuhi segenap ruang sebaik selesai upacara makan malam.  Beberapa pasangan bangun menari riang ria.  

"Come on Darren.. We dance together !"

Kali ini Suzie menarik tangan Darren pula. Menggoyangkan kepala mengikut rentak muzik.

"I'm not used to it.."

Darren menolak ajakan Suzie. Menepis lembut jari jemari runcing Suzie.

"You may dance with me, pretty lady.."

Variance senyum seraya menghulurkan tangan ke arah Suzie. Sedari tadi mencari peluang untuk mendekati wanita ini.

Suzie terkesima. Serba salah. Merenung ke arah Darren. Seketika kemudian, menghadiahkan senyuman manis buat Variance.

"May be next time.."

Suzie tahu dengan siapa dia berhadapan. Seorang lelaki berpengaruh didalam organisasi. Entah kenapa Suzie menolak pelawaan Variance.

Variance menghormati keputusan Suzie. Berlalu meninggalkan meja Suzie dan Darren.

"I don't mind if you want to dance with him.. Just enjoy yourself, Suzie !"

Lancar bibir Darren berkata begitu sedangkan dalam hati Darren lega bilamana Suzie menolak pelawaan Variance. Curiga dengan niat Variance terhadap Suzie.

"I am all yours tonight, Darren !"

Suzie senyum menggoda. Mata kuyu. Kesan pengambilan alkohol berlebihan. Masuk kali ini sudah berkoyan arak menembusi kerongkong Suzie. Ada juga tetamu kian hilang arah gara gara meneguk 'air kencing setan.' Darren sedar Suzie sedang mabuk. Maka Suzie berkata begitu tadi.

"We gotta go ! I'll send you home !"  

Darren merampas gelas berisi arak ditangan Suzie. Menarik tangan Lady Boss supaya berlalu. Darren tidak sanggup melihat Suzie menjatuhkan maruah sendiri dengan berkelakuan tidak senonoh pula. Arak boleh membuat manusia hilang waras dan malu.

Tambahan pula baju yang dikenakan Suzie terlalu menjolok mata. Bimbang ada lelaki hidung belang mengambil kesempatan di atas keadaan Suzie.

"Encik Darren.. Zaheeda hilang ! Tadi dia suruh Kak Yana tunggu nak balik sekali.. Tup tup dia pula tak ada.."

Yana terpaksa memberitahu Darren. Hanya Darren boleh membantu. Risau memikirkan keselamatan Zaheeda. Takut andai malapetaka menimpa gadis naif itu.

"Kak Yana tolong bawa Suzie ke kereta I. I parking dekat basement !  Tunggu dalam kereta ! Jangan keluar selagi I tak datang.. I pergi tanya security mana tahu dia nampak Zaheeda.."

Kunci kereta dihulur ke arah Yana. Yana menyambut kunci di genggaman Darren.

Darren menanggalkan jaket ditubuh lalu disarung ke Suzie. Risaukan Suzie kesejukan berpakaian terdedah begitu berjalan keluar nanti.

Manakala Suzie berkeras untuk mengikut Darren mencari Zaheeda. Tiada pilihan lain. Darren terpaksa 'mengangkut' Suzie sekali.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 04:04 PM | Show all posts
last2- darren n suzie kawen.happy ending.haha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2015 04:08 PM | Show all posts
mesti tt wat novel citer ni. percayala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2015 06:20 PM | Show all posts
Esmiria replied at 25-10-2015 04:08 PM
mesti tt wat novel citer ni. percayala

May be not..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2015 09:55 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 29-10-2015 12:05 AM

Rengekan Suzie tidak diendahkan oleh Darren. Mata meliar mencari bayangan Zaheeda. Berdasarkan maklumat pengawal berjaga di pintu hadapan, Darren yakin Zaheeda bersama Rere.

Memandangkan majlis tertutup ini hanya untuk para jemputan maka mudah bagi Darren mencari tahu senarai tetamu keluar masuk.

Pelbagai prasangka buruk bermain diminda. Apatahlagi apabila pegawai keselamatan mengatakan Zaheeda seperti dalam keadaan separuh khayal sewaktu dibawa pergi oleh Rere. Darren khuatirkan keselamatan Zaheeda.  

Walauapapun, Zaheeda tetap staff yang melaporkan diri dibawah Darren. Sedikit sebanyak Darren rasa bertanggungjawab jika perkara buruk menimpa gadis 'bimbo' itu.

Darren segera berlari ke arah parkir meninggalkan Suzie yang terkial mengekor. Ingin menjejaki Rere.

Terserempak Rere diparkir sewaktu datang tadi, Darren tahu di mana Rere meletakkan kereta. Berharap agar ramalan Darren tersasar. Mustahil Rere tega melakukan perkara buruk ke atas Zaheeda.

"Darren wait ! "

Gagal mengawal imbangan badan, Suzie terjelepok jatuh. Buku lali bengkak.

Larian Darren terhenti. Berpatah balik ke arah Suzie. Menghulur tangan ke arah Suzie supaya bangkit semula.

Malangnya Suzie gagal berdiri betul. Hampir rebah semula. Mujur sempat berpaut pada bahu Darren.

"Are you ok?"

Darren terpaksa memegang pinggang Suzie untuk menstabilkan kedudukan Lady Boss. Risau juga digelar mengambil kesempatan. Simpati pula melihat keadaan Suzie. Wajah cantik wanita itu berkerut menahan sakit.

"I can't walk ! It's hurt !"

Nampaknya tiada pilihan lain. Darren meminta Suzie supaya duduk ditangga sebentar.

Darren pantas mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi Hakim.

Buat masa ini Darren perlukan bantuan seseorang untuk mencari Zaheeda. Hakim berjanji akan segera menyusul. Dirinya juga risaukan Zaheeda.

Usai bercakap di telefon bimbit, Darren mengambil tempat duduk ditangga bersebelahan Suzie.

"What time is it now? Damn sleepy !"

Suzie menguap. Mengantuk. Kepala dilentokkan ke bahu Darren. Memejam mata.

Belum sempat Darren menjawab, Suzie sudah hanyut dibuai mimpi. Menelek jam dipergelangan tangan. Tepat pukul 2 pagi. Padanlah Suzie terlena.

Yana muncul bersama Hakim. Tidak betah duduk diam saja menunggu perkembangan pencarian Zaheeda, Yana terus mencari Darren. Kebetulan terserempak dengan Hakim.

"Bro.. Aku rasa Rere dah gila ! Mana dia bawa pergi minah tu?"

Hakim gusar memikir nasib Zaheeda.

"Entahlah bro ! Aku pun tak sedap hati.. Aku call Rere tak angkat.. Zaheeda pun sama.."

Sebaik saja Darren berkata begitu kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. Nombor Zaheeda tertera diskrin. Darren terus menjawab. Kedengaran nada suara Zaheeda cemas dihujung talian.  

"You send me your location ! I jumpa you dekat sana."

Darren mahu bingkas bangun namun berubah fikiran tatkala melihat Suzie yang berada dibahu. Mengejutkan Suzie supaya bangun.

Suzie terpisat pisat seketika. Mencelikkan mata. Merenung malas ke arah Darren.

"Where are you going?"

Dalam keadaan mamai Suzie mengutarakan soalan kepada Darren.

"I need to see Zaheeda.. She's in danger !"

Darren menerangkan serba ringkas kepada Suzie panggilan yang diterima dari Zaheeda. Gadis itu kini berada disebuah bilik hotel setelah berjaya melarikan diri. Terpedaya dengan tipu muslihat Rere. Nyaris Zaheeda menjadi mangsa nafsu binatang Rere. Kini sedang trauma dan inginkan Darren menemani disisi memberi semangat.

It could be trap ! Spontan Suzie berfikiran begitu. Kenapa mesti Zaheeda menghubungi Darren? Gadis itu boleh saja menghubungi polis jika benar Rere cuba melakukan perkara terkutuk terhadap dirinya. Atau mungkin mencari mana mana teman rapat lain jika ingin meluahkan perasaan. Kenapa mesti Darren? Suzie dapat merasakan ada yang tak kena dengan Zaheeda.

"Biar Hakim pergi ke sana sekali.. I pun nak ikut !"

Mata Suzie yang tadinya mengantuk kembali segar. Menatap lokasi dalam whatsapp dihantar oleh Zaheeda diskrin Note 4 Darren.

"Kalau macam tu Kak Yana follow Encik Hakimlah.."

Yana juga ingin turut serta menemui Zaheeda.

Hakim cuma mengangguk. Enggan berlengah lagi. Hati mengutuk tindakan tidak berperikemanusian Rere.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 08:41 PM | Show all posts
mana plak tt ni...
lama betul aku tunggu update..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.216526 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list