CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14068|Reply: 71

Syarul Ridzwan lebih rela dukung Make Up Artist Lelaki dari dukung wanita!

[Copy link]
Post time 8-10-2015 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Enggan Sentuh Wanita, Syarul Ridzwan Dukung Jurusolek Lelaki
Syarul Ridzwan FOTO RAJA FAISAL HISNAN

PETALING JAYA: Pelakon Syarul Ridzwan tepaksa mendukung seorang jurusolek artis lelaki untuk sebuah adegan drama Kau Aku Kita selepas dia berhasrat untuk tidak menyentuh mana-mana wanita bukan muhrim.

Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, berkata, pengarah drama itu, Jinggo memberi kelongaran kepadanya untuk melakukan sesuatu babak dengan cara lain kerana menghormati prinsipnya itu.

"Ini bukan syarat tetapi prinsip saya tidak mahu berpelukan dan bersentuhan dengan wanita, ia juga perkara baru yang saya sedang belajar untuk didik diri saya sendiri.

"Alhamdulilah pengarah faham dan menghormati prinsip itu. Baru-baru ini dalam dramaKau Aku Kita, pengarah meminta saya mendukung jurusolek lelaki bagi mengantikan pelakon wanita iaitu Janna Nick dalam satu adegan drama tersebut," ujarnya kepada mStar Online.



Syarul berkata demikian ketika diminta mengulas tentang sejauh mana prinsipnya yang tidak mahu adegan berpelukan dan bersentuhan dengan pelakon wanita.

Kau Aku Kita bakal disiarkan di slot Lestari, TV3 tidak lama lagi.

Syarul Ridzwan (kiri) bersama Amar Baharin dalam Tenggelamnya Kapal Van Da Wicjk yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 12 hingga 18 Oktober ini.


Tambah Syarul, prinsip tersebut dipraktikkan bukan kerana selepas menunaikan umrah pada Ramadan lalu, sebaliknya selepas satu kejadian dalam drama berjudul Romie Cinta Julie.

Bagaimanapun, dia enggan berkongsi peristiwa yang membuatkan dia berazam mahu menjaga batasan bersama wanita ketika penggambaran.

“Dalam drama berjudul Romie Cinta Julia tahun lalu ada adegan berpelukan yang mana terjadi satu peristiwa yang membuatkan saya tidak mahu lagi bersentuhan atau berpelukan dengan wanita.

“Namun biarlah peristiwa itu saya rahsiakan," ujarnya.

Syarul menambah, dia juga sedang belajar untuk mengamalkan prinsip tersebut ketika berada di luar terutamanya ketika bersalaman dengan wanita.

"Saya perlu istiqamah bukan sahaja ketika penggambaran, malah sedang belajar untuk cuba prinsip itu di luar. Kadang-kadang apabila wanita hulur tangan saya tersalam juga. Itu yang saya kata perlu istiqamah dan belajar sedikit demi sedikit," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syarul berkata, dia bakal mengadakan pertemuan dengan peminat-peminat drama popular lakonannya berjudul Hati Perempuan di Singapura.

Acara tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada peminat Singapura yang memberi sokongan terhadap drama berkenaan yang sedang ditayangkan di negara itu.

“Saya dan Mia Ahmad bakal bertemu dengan peminat kami di Singapura pada 7 November ini. Ia sebagai tanda penghargaan kami terhadap mereka yang membantu menaikkan nama kami berdua,” ujarnya.

Selain itu, Syarul turut terlibat dengan pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Da Wicjk yang bakal dipentaskan pada 12 hingga 18 Oktober ini di Panggung Sari, Istana Budaya.


p/s mesti MUA tu fefeling heaven sbb kena dukung dgn syarul ni kan??

p/s apa peristiwa yang berlaku semasa adegan peluk2 drama Romie Cinta Julia? Heols dapat boner kah??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 10:31 AM | Show all posts
peristiwa apakah ??  i ols is speku samada tiang khemah terlanggar artis wanita atau larva terpancut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Eleh..tah2 awek x kasi
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 10:34 AM | Show all posts
coco replied at 8-10-2015 10:31 AM
peristiwa apakah ??  i ols is speku samada tiang khemah terlanggar artis wanita atau larva terpancut ...

iols pon terpikir gini....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 10:37 AM | Show all posts
apakah yang berlaku sampaikan jadi "fobia" begitu
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 10:41 AM | Show all posts
heshe rogayah kah sis? top or bottom?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2015 10:42 AM | Show all posts

awek tak kasi berpeluk dengan perempuan lain, tapi redha bila boifren berpeluk dengan shemale
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Peristiwa hape kah itu???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
romie cinta Julia yg scene atas pkok tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 11:10 AM | Show all posts
bagusla..semoga istiqamah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
boner ke sis
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Budusnya

Sbb heshe berpeluk dg  aisya mamak hasnaa tu ke heshe clash berantak dgn ex gf (yg heshe dok puji2 sambil memasak ayam black pepper dlm ketuk2 sis, kemudian dlm prog lain dgb sherry hadad heshe masak menu yg sama jugak...dik, kau tau masak ayam black pepper ja kah?)
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Good for you syahrul.. Betulkah he ni heshe? Kenapa iolls nampak mcm straight jah
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 11:32 AM | Show all posts
coco replied at 8-10-2015 10:31 AM
peristiwa apakah ??  i ols is speku samada tiang khemah terlanggar artis wanita atau larva terpancut ...

ku juga terpikir menda yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 12:08 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 8-10-2015 11:31 AM
Budusnya

Sbb heshe berpeluk dg  aisya mamak hasnaa tu ke heshe clash berantak dgn ex gf (yg hes ...

pembetulan...

Dalam ketuk2 ramadhan Sheila Rusly tu Syarul masak Nasi Ayam.... dalam rancangan Jom Masak dgn Sherry tu dia masak ayam black pepper....

sekian.

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 12:12 PM | Show all posts
semoga Syarul terus IStikomah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 12:32 PM | Show all posts

awek ke ehem2
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Another Izzue Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 12:34 PM | Show all posts
ermmmm....





Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 12:39 PM | Show all posts
Dah gitu prinsipnya.. hormat jela..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.543509 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list