View: 2692|Reply: 0
|
Ikan Kembung Masak Pindang... Slurpp
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Apa beza masakan 'singgang' dengan 'pindang', ada siapa boleh nyatakan. Pada penulis, mungkin hanya namanya saja yang berbeza sedangkan cara masakan adalah sama.
Masakan pindang tidaklah terlalu rumit untuk disediakan, ikan kembung pun boleh tak semestinya ikan tongkol. Masakan ini tidak berlemak seperti gulai lemak kerana ia tidak memerlukan santan. Rasanya yang sedikit masam dan masin sudah pasti membangkitkan selera. Kalau ada sambal belacan pasti lebih "kaw".
Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya :
Sumber foto : ninamirza.blogspot.my
Bahan-bahan
5 ekor ikan kembung sederhana besar
2 biji bawang besar - dimayang halus
2 ulas bawang putih - ketuk ajerr
1 inci kunyit hidup - ketuk ajerr
2 batang serai - ketuk pas tu hiris besar-besar
1 keping asam gelugur
2 biji tomato - belah empat
garam, gula secukup rasa
Cara-caranya :-
Ikan dibersihkan lalu ditoskan
Panaskan air dan masukkan bawang besar, bawang putih kunyit, serai.
Rebus hingga mendidih
Masukkan asam gelugur, kacau dan biar mendidih.
Masukkan pula ikan dan tomato
Kecilkan api. Setelah mendidih masukkan garam & gula secukup rasa.
Setelah masak boleh lah dihidangkan. Sedap makan bersama nasi panas-panas. Lepas tu hirup kuah nyaaa... Slurpp.. slurppp .....
Resepi oleh : ninamirza
|
|
|
|
|
|
|
| |
|