CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hearty_Winter

Pengalaman Misteri Dulu2 lerrr... (^_^)

[Copy link]
Post time 12-10-2015 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
mahu lagiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2015 12:35 PM | Show all posts
Assalamualaikum & selamat pagi semua.....  harap sume sihat sejahtera hendaknya.. aamiinn..

############
sambungan pengalaman misteri ke-2

Selang 2 3 hari selepas peristiwa yg dialami oleh Pak Ali, Paksu aku ade menelefon ayah bertanya khabar kami sekeluarga dan selebihnye bertanya tentang keadaan rumah tinggalannya serta hasil tanah pusaka tu. Ayah ada juga bertanya samada Paksu ada balik ke kampung atau tidak walaupun soalan tu agak pelik kedengarannya kerana jika Paksu balik sudah tentu lah dia datang ke rumah kami atau tumpang tidur semalam dua sementara rumah pusaka dibersihkan. Kebiasaanya mereka tidak akan bermalam jika mereka baru sampai. Ayah aku pun takdela nak cerita kisah Pak Ali tu pada Paksu. Senyap macam tu aje lah..

Setelah beberapa minggu kejadian, ade citer terbaru pulak. Kali ni ade jiran Paksu aku ni hantar kad jemputan kawin. Waktu tu siang le. Jiran Paksu aku bagi lah salam sebab dia kata tingkap rumah terbuka dan beranggapan Paksu dan Maksu aku ada di rumah. 2 3 kali bagi salam ada yang menyambut salam kali ni suara macam Maksu aku. Tapi suara jugak la orangnya tak keluar pun. Cuma dia suruh letak kad tu dekat tangga. Jiran aku cakap suara tu macam di dapur. Tak kurang juga yang menelefon ke rumah Paksu dan seperti biasa ada saja yang menjawab panggilan telefon tu. Sekali lagi jadi tanda tanya dan misteri. Siapakah dalam rumah tu sebenarnya???? Sejak kejadian tu jiran tetangga yang tahu tak pernah pergi ke rumah Paksu aku dan jika ada pekara penting atau urusan melibatkan hasil tanah rumah tu mesti minta ayah aku pergi sama.

Keadaan terus berlanjutan hinggalah Paksu dan Maksu aku balik dari Jepun. Masa Paksu dan Maksu aku balik tu, mereka semua dah tau cerita sebenar yang berlaku di rumah pusaka kami. sampai lah sekarang masih menjadi tanda tanya dan pernah jugak aku cuba bertanya dengan Paksu.... siapa??? Paksu aku cuma senyum seperti kebiasaannya. Heemmmm..

-sekian, suara MISTERI!!!-
###########

akan disambung Misteri pengalaman yang lain-lain pulak ye...tungguuu!!!...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2015 02:45 PM | Show all posts
################
Pengalaman Misteri ke-3

Kisah yg aku nak cerita ni berlaku pada zaman aku sekolah menengah atas, FORM 6. Aku dengan sorang budak perempuan ni (nama samaran Jue) kenal sejak menengah rendah lagi cuma kami berlainan kelas. Bila Form 6 aku sekelas dengan Jue. Jadi, aku tak berapa kenal rapat dengan Jue ni. Kenal2 camtu je. Masa aku dengan Jue Form 6, Jue ni kena Histeria. Puncanya, aku pun tak berapa jelas sangat cuma yg aku tahu asalnya dia kena gangguan masa dia belajar dekat sekolah Teknik, maksudnye masa dia Form 4 & Form 5. Setakat tu aje la yg aku tau selebihnya cuma dengar2 je dari kawan2 rapat.

Masa Form 6, adalah sorang mamat ni (nama samaran Bad)...nak aku kata dia ni minat dengan Jue tak jugak.. nak kata dia ni anggap mcm biasa pun entahlah.. tengok gaya layanan macam lebih dari seorg kawan. wallahualam! malas aku nak ambik port. Satu hari ni, sekolah adakan sukan jadi sebelum temasya sukan sebenar bermula selalu lah kitorang pelajar2 ni terlibat dengan aktiviti masing2 kan... ade yang masuk acara kawad kaki, balapan, dsb. So, time tu aku ni kira naib Presiden kelab beruniform walaupun mulanya aku ni jenis yang paling malasssssssss nak join benda2 camtu. huhuhuuu... aku join kawad kaki. Kebetulan, masa tu Bad pun join acara kawad kaki jugak tapi dia Unit Beruniform Pengakap. Group kawad dia belakang group aku. Jadi, kitorang ni selalu lah terlibat dalam acara di padang.

Satu petang ni, aku ada taklimat dari guru penasihat dari semua unit beruniform...so kami semua bekumpul di dewan terbuka. Lepas taklimat, aku dengan beberapa ketua dari group lain termasuklah si Bad ni duduk berkumpul sambil berbincang tentang acara sukan tu nanti. kebetulan masa tu si Jue ni pun ada program team dia.. aku pun dah ingat2 lupa dia team apa masa tu. dia dengan 2 lagi budak perempuan ni lalu sebelah tempat kitorang discuss tadi. Kebetulan si Bad masa tu dok cakap2 sebelah aku. Aku perasan masa tu si Jue ni sempat jeling pada aku. Aku tak dela rasa apa2 kan. Biasa2 je lah... rupa2nya korang nak tau apa???? dia cemburukan aku dengan si Bad ni??? MasyaAllah... aku??? Bad???? memang tak lah... tak pernah terfikir kot...lahaaaiiiii...kesian betul la si Jue ni. Salah orang dia nak fikir aku macam tu sekali...

Sejak dari tu, dia macam cuba jauhkan diri dari aku...kalau selisih pun dia dah tak pandang aku ni kot.. takpela...aku pun biarkan ajelah sebab aku fikir aku tak buat apa2. Nak risau apa kan... sehari sebelum temasya sukan bermula, waktu tu dalam kelas..subjek Pengajian AM..tiba2 si Jue ni boleh pulak dok termenung bila cikgu (nama samaran cikgu Rahim) panggil nama dia.. bila cikgu Rahim perasan macam ada sesuatu tak kena, cikgu Rahim pun pegi la dekat meja dia..boleh pulak la si Jue ni tiba2 menangis..perghhhh,,,sayu bunyinya wehhhhh...sayup je...dah le masa tu pkl 1 lebih..sebelum zohor..seram jugak la bila dengar balik...kussss semangat!!! tak semena2 dia terus bangun dan jatuh terduduk...menangis2... adoooiiiii kenapalah pulak si Jue...dalam kelas pulak tu dia buat hal. jadi cikgu Rahim arahkan 2 3 orang pelajar perempun cuba tenangkan dia tapi makin kuat tangisannya...sambil terbaring meronta2..last sekali aku pun turut serta mengawal dia. waktu tu aku sempat capai kaki dia je. Bayangkan, 7 8 orang dok pegang dia, tu pun hampir2 tercampak kami. Fuhhhh!!! kuat betul tenaga dia..

Masa dia meronta2 tu aku nampak cikgu Rahim terkumat kamit baca sesuatu... aku pun bacalah apa yang patut. Tapi tetap tak berkurang makin kuat tangisan dan meronta2 nak lepaskan diri. Lepas tu kitorang dengar dia mula bercakap sesuatu tapi kitorang tak faham butir bicara dia.. masa dia meracau tu mata dia merah menyala pastu siap fokus kat aku pulak tu. dan gaya macam nak terkam aku kot..macam marah aku sangat2. dalam hati aku mula la rasa cuak. cikgu Rahim pulak beranggapan Jue penat dengan rehearsal sukan. cikgu Rahim arahkan ketua kelas masa tu panggil ustaz Aman dan minta pihak pejabat call family dia untuk jemput Jue di sekolah. bila ustaz Aman datang, Jue dah lemah mungkin kepenatan menjerit dan meronta2 kot. mana taknya, yang pegang dia pun dah rasa sakit satu badan kot.. huhuuu..Tak lama lepas tu, ayah dan emak Jue datang dan bawa dia balik. 2 minggu jugak la Jue tak hadir sekolah, maybe belum cukup sihat. dengar cerita dari kawan2 rapat dia, pergi berubat.

1 hari ni, dalam tempoh Jue tu cuti sakit... mak dia ada la call aku..suspen jugak la aku kan.. nape call aku? rupa2nya mak dia tanya aku kenapa Jue jadi camtu..siap sebut2 nama aku bagai. aku cakap lah aku tak tau apa2 cuma aku cakap sebelum dia kena histeria tu dia memang tak bercakap sangat dengan aku. lepas tu mak dia cakap Jue pesan yang dia minta maaf sebab tiba2 je dia rasa macam nak marah je. sasaran pertamanya aku lahhhh..bila aku tanya pada mak dia marah sebab apa..mak dia cakap Jue ada terdengar 1 suara seolah2 macam menghasut dia supaya bencikan aku... HAAAAAA??? kepala aku pulak mula pusing dok fikir apa salah aku pada si Jue..mungkin disebabkan seolah2 aku ni macam nak rampas Bad dari dia.. dahsyat jugak dalamnye cinta Jue pada si Bad tu ye.. tapi aku tak tau la si Bad tu perasan ke tak Jue tu suka pd dia...issshhh!! complicated kot.. hahahaaaa.. Wallahualam.

Rasa korang la kan, ade ke kes macam yang aku alami tu ye?? huhuu..

Sekian, nanti aku cerita pengalaman misteri seterusnya ye...  
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 03:26 PM | Show all posts
Kenapa aku rasa si jue tu macam mengengada jah lebih?

Nak luah direct rasa jelousy dia, segan takut orang kata dia gedik.

Nak dipendam lelama, hati makin sakit.

Last resort, menghisteriakan diri jela option yang ada...tak gitu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2015 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts

wallahualam.. kesian pun ade bila ingat2 balik. tapi yelah.. masing2 pnye fiil kannn.. now dah tak tau pekembangan dia lepas abis form 6, aku masuk ipta pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 10:30 AM | Show all posts
banyaknya pengalaman misteri you ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-10-2015 12:04 PM | Show all posts
anarina replied at 15-10-2015 10:30 AM
banyaknya pengalaman misteri you ni

haaa.. tu laaa..

banyak kan... cuma time jumpa makhluk tu masa remaja dulu je..now takde dahhh.. takmo lah jumpa2 benda macam tu lagi... tatttooooottt...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2015 02:22 PM | Show all posts
#####################
Pengalaman Misteri ke-4

Pengalaman aku yang ni berlaku masa aku sekolah tahun 3. Dalam citer pengalaman aku yg ke-3, aku ada bagitau kan..yg family ayah aku ni boleh mengubat orang sakit temasuklah baby kecil yang ada masalah gangguan atau demam yang susah nak baik2.

Satu malam ni, ada 1 keluarga datang rumah aku nak berubat. Masa tu aku ingat lagi pukul 2 pagi. Kalau ada orang sakit, tak kira masa diorang datang ikut keperluan masing2 kan. Dah tentu2 lah kitorang sume dah tido. huhuuu.. Cuma ayah aku ni dia cekap sikit bab pendengaran. Kitorang kat rumah tak boleh dengar orang bagi salam klau masa tidur kecuali kalau ada orang ketuk pintu la kan. Bila ayah aku ni buka pintu, seorang lelaki umur dalam 40-an dah terpacak depan pintu pagar dengan muka yang cemas. Lepas tu keluar dari kereta seorang perempuan yang aku agak isteri dia dan 2 orang anak lelaki, seorang lagi perempuan. Tapi keadaan anak lelaki dia yg seorang tu macam dah tak sedar diri sebab aku nampak abang dengan kakaknya yang papah dia naik atas.

Masa diorang nak naik rumah aku tu, tiba2 angin ribut kuat sedangkan sebelum tu takde pulak tanda2 nak hujan. Ayah aku cepat2 arahkan diorang sume naik ke rumah. Sampai je di atas, aku dengar kat luar rumah macam nak tercabut pokok2 kelapa semua. Ayah arahkan mak ambil bantal untuk baringkan budak lelaki tu. Mulanya sebelum budak tu baring dia macam tak sedar..lemah. tapi bila dia baring tiba2 mata dia bulat tejegil dan duduk tegak mengadap ayah. Terperanjat betul aku masa tu. Bila ayah aku tanya dengan ayah budak tu sakit sejak bila...ayah budak tu cakap petang tu sebelum maghrib. Dia dari KL. Tapi yang peliknya macam mana dia boleh tau rumah aku dan tau ayah aku ni pandai mengubat orang. Emmmmmm...macam2 persoalan dok dalam kepala aku ni.

Ayah aku terus turun pergi ke bilik air dan selalunya dia akan ambil wuduk dan solat sunat 2 rakaat. Bila ayah aku dah selesai terus ayah aku duduk depan budak lelaki tu dan aku tengok mulut ayah terkumat-kamit macam baca sesuatu. Masa ayah aku ulang 1 ayat al-Quran ni..aku tengok budak tu dah meronta2 dan berusaha nak lepaskan diri. entah macam mana, dia telepas nak tuju ke tingkap nak melompat keluar tapi sempat ayah dia dengan ayah aku tangkap. Masa aku tengah khusyuk tengok, mak aku cuit suruh aku masuk bilik dan macam biasa aku memang tak akan masuk bilik sebab aku takut. aku duduk sebelah pintu tapi masih dekat dengan tempat mak aku duduk.. hahahaaa..

Lepas tu, aku perhatikan ayah aku sapu muka budak tu dengan air penawar yang dia buat lepas solat tadi terus budak tu jadi lemah dan jatuh terjelepuk. Masa tu jugak aku dah tak dengar angin ribut kat luar.. berenti secara tiba2 kot... Emmm..aku tak tau lah apa yang ada kat luar rumah masa tu.. bila budak tu lemah, ayah aku mula la bertanya budak tu dari mana...nak apa...kenapa ganggu budak tu...macam2 lagi la.. aku tak berapa jelas apa yang budak tu cakap sebab jarak aku duduk tu agak jauh dari tempat ayah dan budak tu. Tapi memang nampak la diorang berinteraksi. wallahualam.

Sejam lepas tu aku nampak budak tu tidur..letih la kot. Terus ayah aku cakap tidur la dulu, kalau nak balik pun tunggu lepas solat subuh. Tapi ayah aku siap pesan mandikan budak tu dengan air penawar yg ayah aku buat tu dan bagi minum sekali selama 3 petang selepas asar. Bila dalam perjalanan balik ke kl pun ayah aku pesan jangan singgah di mana2, terus balik rumah kecuali kalau ada keperluan.. macam nak pegi toilet ke tapi jangan bawa turun dari kereta budak lelaki tu.

Masa diorang sume dah balik, aku duduk la sebelah mak dan ayah aku di meja makan untuk sarapan pagi. Aku dengar mak dengan ayah aku berborak pasal budak tu. Dia kena gangguan waktu senja sebelum maghrib di luar rumahnya. Ayah aku cakap diorang baru pindah rumah di kl..sebelum tu diorang tinggal di kedah sebab ayah budak tu kerja di sana. rumah tu pulak baru dibeli dari pemilik asalnya seorang india. sepanjang perjalanan diorang ke rumah aku malam tu diorang kena gangguan juga. Kereta pancit, ular hitam lalu depan kereta sebesar pemeluk dan kereta jadi berat sangat. nasib tak jadi apa2. mungkin ada sesuatu yang masih tinggal di sana kata ayah aku. wallahualam.

Sekian.
####################
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 03:47 PM | Show all posts
Rumah family TT di mana?

Macam pelik pulak family budak tu boleh datang ke rumah TT memalam tu. Cemana bleh tahu kan???

Cemanapun, citer memang best. Harap banyak lagi citer lepas ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2015 09:52 AM | Show all posts
anak_minang replied at 15-10-2015 03:47 PM
Rumah family TT di mana?

Macam pelik pulak family budak tu boleh datang ke rumah TT memalam tu. C ...

emmm... tu laa..

rumah saya di perak.. cuma kalau orang nak cari tu agak susah sikit sebab kena masuk dalam kawasan kampung dan jauh dari bandar. nak pergi rumah saya kena melalui kawasan tanah wakaf, ladang kelapa & kelapa sawit. kitorang sekeluarga pun heran...tapi memang selalu macam tu..orang ramai yang datang berubat mesti tau cari rumah. ada yang datang dari kedah, johor, kelantan.... tapi ayah saya ni pun dia akan dapat rasa (instinct) kalau ada orang nak datang... bila kitorang nak keluar ke mana2 mesti dia macam berat hati je kecuali kalau dia yang berkeinginan ajak keluar..dan tak lama lepas tu memang akan ada orang datang untuk berubat..

pernah 1 hari tu, ada kematian saudara sebelah arwah mak... ayah cakap macam ada orang nak datang je rasanya. kami pun senyap je lah. bila kitorang sampai rumah, memang sah ada orang datang sebab ada orang alihkan pasu bunga letak depan tangga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2015 09:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tt ooooo tt.....xde ka sambungan ker cerita baru ker....hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2015 04:20 PM | Show all posts
adzyla replied at 21-10-2015 03:22 PM
tt ooooo tt.....xde ka sambungan ker cerita baru ker....hehehe

ade ..cuma buat masa ni blom dapat sambung lagi awak..

tengah tunggu hari je ni... doakn saya dan baby sihat & selamat ye..

inshaAllah..nanti saya sambung lagi.. sebab banyak lagi citer2 menarik yg saya nak share..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MakSofia at 30-10-2015 10:45 PM
Hearty_Winter replied at 30-10-2015 04:20 PM
ade ..cuma buat masa ni blom dapat sambung lagi awak..

tengah tunggu hari je ni... doakn saya d ...


Selalu intai benang ni kot ade citer baru..semoga urusan sis dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hearty_Winter replied at 30-10-2015 04:20 PM
ade ..cuma buat masa ni blom dapat sambung lagi awak..

tengah tunggu hari je ni... doakn saya d ...

oooo...yeke...
tahniah tt...
moga segalanya di permudahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Take good care tt,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2015 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
best cter tt..mst de bnyk lagi cter since ayah tt bleh ubatkan org..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 03:45 PM | Show all posts
emm.. rasa macam nak sambung menulis semula laaa.. baby belum nak keluar lagi.. hehe..

################
Pengalaman Misteri ke-5

Pengalaman ni berlaku semasa saya sekolah menengah rendah cuma tak ingat masa tu tingkatan berapa. Malam tu ayah pergi mengubat orang, kiranya nenek kakak ipar yang sedang sakit tenat di kampung tak jauh dari kampung kami. Saya panggil nek Mah (nama samaran). Umur nek Mah hampir mencecah 95 tahun. Maklum lah, orang2 lama ni diorang selalunya banyak amalan, tak kira dari segi pemakanan, atau pun amalan untuk diri seperti pendinding., wallahualam.

Sejak dua tiga minggu sebelum kejadian tu, nek Mah memang dah nazak cuma yang peliknya masih belum dijemput Allah. Jadi, keadaan di rumahnya tak putus2 saudara mara, sahabat handai tak kurang juga jiran tetangga sentiasa mengunjungi rumahnya dengan niat ziarah..tak kurang juga ahli2 masjid datang untuk membacakan Yasin.. dalam rumah nek Mah cuma tinggal arwah dengan anak bongsu lelakinya iaitu pak usu kakak ipar saya la kan..anak2 nek Mah ni bukan calang2 orang, sume dari kalangan alim..imam masjid..ustaz2.. heemmm..

Nak dijadikan cerita, pada satu malam ayah saya pergi mengubat nek Mah.. sedang saya makan dengan mak di dapur...tiba2 terdengar ada sesuatu benda jatuh atas bumbung.. kuat sangat.. bbuuukkk!!!!.. berderau darah saya masa nk suap makanan dalam mulut masa tu. Terus saya melompat tukar tempat duduk dekat dengan mak.. mak pun masa tu terpinga2.. bila saya pandang muka mak, cuma nampak mak bagi isyarat suruh diam dan teruskan makan. Dalam keadaan setengah terpaksa, saya teruskan juga makan walaupun dalam kepala dah mula fikir macam2.. huhuhuuuu

Tak lama lepas tu, dalam keadaan kami masing2 senyap dan melayan suapan kedua..ketiga.. pintu dapur pulak macam nak roboh dibuatnya.. macam ada sesuatu langgar.. dan apa lagi... terus saya menjerit terkejut bercampur takut terkam mak.. hahaa.. tak dapat nak bayangkan masa tu tahap ketakutan saya.. kussssssss semangat.. terus kami berdua berhenti makan dan pergi ke ruang tamu..

Lebih kurang sejam lepas tu, entah macam mana kami berdua terlelap depan tv..ayah balik dari mengubati nek Mah.. saya perhatikan ayah terus pergi bilik air dan seperti kebiasaannya ayah memang mcm tu bila balik dari mengubati orang untuk ambil wudhuk dan solat sunat.. masa tu saya lihat mak tenang je.. tak nampak pun reaksi mak nak buka cerita pasal kejadian yang berlaku semasa kami makan tadi.

Keesokan paginya, macam biasa kami bertiga sarapan bersama. Sedang kami menikmati sarapan, ayah mula buka mulut.. ayah macam tau apa yang berlaku dan bertanya pada mak ada apa2 berlaku ke semasa ketiadaan ayah pada malam tu. mak pun mula la buka cerita...dari cerita berdentum atas bumbung sampai lah pintu dapur rumah kami macam kena langgar sesuatu benda yang kuat dan besar. ayah bagitau malam tu memang keadaan nek Mah nazak..dan terpaksa buka atap rumah betul2 atas tempat nek Mah dibaringkan. Lepas tu diorang yang ada di rumah nek Mah pakat2 mengaji bacakan Yasin dengan niat kalau masih panjang umur nek Mah moga Allah sembuhkan penyakitnya dan kalau sebaliknya permudahkanlah...

Masa diorang sume sedang bacakan Yasin, ayah kata terdengar bunyi bising sangat di bawah rumah dan dengar seperti beberapa tapak kaki berlari mengelilingi rumah nek Mah..diiringi angin kuat serta pelepah2 pokok kelapa jatuh. mengikut cerita ayah, nek Mah memang ada memakai sesuatu.. tu pun anak2 nek Mah cakap puas diorang pujuk nek Mah supaya buang benda2 tu tapi masalahnya nek Mah ni ingat2 lupa.. senang cakap dah mula nyanyuk.. so, susahlah diorang nak buang benda2 tu.. sampailah tahap bila sakit nak meninggal sampai nazak roh susah nak keluar dari badan..wallahualam.. Ayah cakap, mungkin kejadian yang berlaku di rumah kami ada kaitan dengan nek Mah sebab benda tu marah dan tak puas hati... fuuuhhh...berderau darah. nasib laaa benda tu tak wujud depan mata...kalau tak mau saya pengsan..

Selesai kami bertiga sarapan, telefon rumah berbunyi dan saya terus dapatkan telefon, terdengar suara seorang lelaki bertanyakan ayah. Saya terus panggil ayah dan beberapa minit lepas tu terdengar ayah ucap innalillah...dan saya mula mengagak..entah2 nek Mah yang meninggal.. Lepas ayah letak telefon, ayah cakap pada mak nek Mah dah meninggal...sahhh!!! kami pun bersiap2 untuk pergi umah nek Mah..

Ingatkan kejadian tu, selesai sampai situ je...rupanya masih panjang lagi ceritanya sampai bertahun2.. sampai lah cerita yang berlaku baru2 ni.. tapi nantilah lapang2 saya sambung lagi ye.. nak sambung buat kerja dulu..

Terima kasih kerana sudi membaca dan suka cerita2 dari pengalaman saya. In sya Allah nanti saya sambung lagi ye..  

#################
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 03:46 PM | Show all posts
MakSofia replied at 30-10-2015 10:42 PM
Selalu intai benang ni kot ade citer baru..semoga urusan sis dipermudahkan

sorry...lambat sambung. keadaan kesihatan tak berapa mengizinkan..

ok..dah sambung ye.. tenkiu  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 03:47 PM | Show all posts
MakSofia replied at 30-10-2015 10:42 PM
Selalu intai benang ni kot ade citer baru..semoga urusan sis dipermudahkan

terima kasih awak...

doakan saya dan baby selamat dan sihat ye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.069161 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list